Thursday 28 January 2016

Kongenital Rubella, Anti Vaksin


Saban hari, golongan anti Vaksin semakin hari semakin bertambah akibat daripada persepsi ibu bapa yang mengatakan bahawa vaksin merupakan agenda golongan dan negara tertentu bagi menghasilkan "virus" baru yang mana akan memerlukan ubatan pada masa akan datang justeru akan menghasilkan satu "rantaian" perniagaan. Persepsi ini adalah sama sekali tidak benar dan salah. 

Perkara ini adalah amat menduka citakan bagi petugas kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana pembelajaran dalam bidang perubatan yang memerlukan individu yang cerdik pandai mengharungi pelbagai pahit getir bidang perubatan menjadi sia sia oleh kerana beberapa "blog" dan laman web yang menerangkan keburukkan pengambilan vaksin dan ada daripadanya tiada kajian sainstifik yang di jalankan.
Secara amnya, Vaksin merupakan satu mekanisma mikoorganisma yang di lemahkan yang di masukkan ke dalam tubuh badan seseorang bagi membantu sistem imuniti normal badan bagi mengawal dan mencegah beberapa penyakit yang tidak mampu di lawan oleh sistem imuniti semulajadi. Bagi mereka yang "educated" dan mempunyai inisiatif, mereka sedar akan kepentingan vaksin kerana mereka tahu, sistem imuniti semula jadi setiap orang berbeza dan tidak semua mampu menanggung jangkitan yang di terima. Peredaran zaman , perubahan iklim dan perubahan persekitaran mampu mengubah sesorang, begitu juga dengan bakteria dan virus, mereka juga berubah dan berevolusi mengikut peredaran masa yang menjadi ia "resistant" dan bertambah kuat.
Bagi mereka yang mendapat imunusasi yang sempurna, adalah tidak mustahil (kuasa Tuhan) untuk mendapat jangkitan juga, tetapi tahap keterukkan simptom dan gejala adalah tidak serius dan mudah di ubati dengam ubatan yang sedia ada berbanding mereka yang tidak mengambil vaksinasi di mana ia nya boleh menyebabkan simptom dan gejala yang teruk dan kematian.
Kongenital Rubella pada bayi yang baru lahir, merupakan salah satu daripada beberapa penyakit yang mungkin di hidap akibat kegagalan pengambilan vaksin. Mungkin kita tidak mendengar apa apa berita mengenai jangkitan ini sekarang oleh kerana berjayanya "plan" KKM 20-30 tahun dahulu dalam membasmi penyakit ini menerusi program vaksinasi dalam kalangan kanak kanak. Namun demikian, kini sudah terdapat kes ini terjadi tetapi tidak di perbesarkan kerana "morbiditi" kes ini adalah minima , tetapi tidak mustahil akan meningkat dan menjadi "impak" dalam masa 20 tahun akan datang oleh kerana keegoaan golongan si anti vaksin yang kini kian bertambah dan mereka akan mengandung dan beranak pinak pada masa akan datang.
Dasarnya, fetus akan terinfeksi dengan Rubella Virus melalui ibu. Tambahan lagi, hal ini terjadi apabila ibu "contracts" dengan virus ini pada usia gestasi 16 minggu kebawah. Antara simptom dan gejala yang akan boleh di dapati pada fetus/bayj ialah :
1. Kecacatan Jantung - PDA
2. Masalah Pendengaran / Pekak
3. Masalah Penglihatan - Kebutaan / katarak
4. Otak / Kepala yang kecil (Microcephaly)
5. Tumbesaran terbantut
6. Kematian!

Jadi, kepada golongan anti vaksin, ANDA mungkin menjadi punca anak,cucu dan cicit anda menjadi "severely disable" dan sudah pasti mereka akan BERTERIMA KASIH kepada anda kerana memberi mereka pewaris, zuriat , keturunan dan saudara yang "berpenyakit" atas kepercayaan karut yang di amalkan. Tambahan lagi, apa yang lebih di takuti ialah, individu yang "berpenyakit" tersebut mampu menjangkiti orang lain seterusnya boleh menyebabkan rebakkan dan para pengkaji terpaksa membuat kajian dan menghasilkan vaksin yang mungkin lebih tinggi dosnya bagi membendung perkara tersebut.
Kepada orang awam, penulisan ini bukanlah untuk tujuan menakutkan tetapi adalah "kisah" benar perkara yang sedang berlaku dan akan berlaku. Untuk makluman , KKM tidak mewajibkan pengambilan vaksin tetapi ada perlu mengisi borang yang menyatakan bahawa anda menolak pemberian vaksin kepada anak anda. Hal ini bagi memudahkan para petugas kesihatan kelak bagi mengetahui status kesihatan seseorang kanak kanak jika mereka di jangkiti apa apa penyakit yang berkaitan dengan kegagalan vaksinasi.
Bagi staff kesihatan termasuk Penolong Pegawai Perubatan (PPP) kesedaran dan pengetahuan mengenai kepentingan vaksin adalah "must to know" hal ini kerana ia bagi memudahkan bagi masyarakat untuk mendapatkan pendidikan kesihatan dan pandangan mengenai kebaikkan dan keburukkan pengambilan vaksinasi di samping tidak menjadi "duri dalam daging" dengan menjadi platform untuk menyebarkan ideologi keburukan vaksinasi.


"Mencegah lebih baik daripada merawat"
" Sunnah bukan sahaja pada makanan"
" Staff kesihatan bukan Tuhan, tetapi memenuhi syariat fardhu kifayah"
"Zaman dahulu tidak sama dengan sekarang"
" Sebarkan ilmu untuk kesejahteraan semua"

(sumber PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN KKM)

No comments:

Post a Comment