Monday 18 January 2016

HAKIKAT MANUSIA

Manusia satu satunya makhluk yang sedia memikul tanggungjawab Allah yang pernah ditawarkan.Sebelum amanat atau tugas tugas keagamaan diberikan kepada manusia,Allah telah menwarkan kepada langit,bumi dan gunung-gunung,namun mereka enggan untuk memikul amanat tersebut kerana tanggungjawab itu amat berat.

Setiap manusia dituntut menunaikan kewjipan meskipun susah untuk melakukannya.Usaha untuk menyempurnakan kewajipan itulah yang namanya "hidup" .

Image result for prof hamka
Buya Hamka  atau pemilik nama sebenar ialah Prof Abd. Malik Amarullah


Menurut Prof. Hamka dalam bukunya "Lembaga Hidup" mengatakan bahawa kewajipan itu terbahagi kepada 4 bahagian:
1)Kewajipan kepada diri sendiri (kesopanan diri)
2)Kewajipan kepada orang lain (kesopanan masyarakat)
3)Kewajipan kepada Allah (kesopanan agama)
4)Kewajipan kepada makhluk bernyawa yang lain (kesopanan belas kasihan)

                                                    Image result for prof hamka


Manusia juga dikatakan sebagai makhluk yang "tersayang" .Begitu sayangnya Allah kepada manusia,Dia menyerahkan segala sesuatu yang ada di bumi ini.Baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi,semuanya diciptakan Allah untuk keperluan kemudahan manusia itu tersendiri.Sekaligus Allah melimpahkan nikmat keturunan serta nikmat kerukunan dan kedamaian baik lahir mahupun batin.
( Luqman ayat 20)

 Manusia juga makhluk  "terpandai" .Kalau dilihat dalam sejarah yang termaktub dalam al-Quran dimana datuk kita Adam telah mengatasi malaikat ketika keduanya duji oleh Allah.Kemudian Allah  menguji manusia mengatasi jin ketika keduanya diuji oleh Nabi Sulaiman.Dari cerita-cerita tersebut membuktikan bahawa manusia merupakan makhluk yang pandai yang dibekali akal fikiran yang tidak diberikan kepada makhluk makhluk yang lain oleh Allah  s.w.t.

Manusia dikatakan pula sebagai "makhluk syurgawi " .Di dalam surah al baqarah ayat 35 dinyatakan bahawa mulanya Adam dan Hawa diperintah oleh Allah untuk tinggal dalam syurga.Namun setelah diperdaya oleh syaitan,keduanya diturunkan oleh Allah ke bumi ini untuk sementara.

Jelas bahawa manusia yang diciptakan  Allah s.w.t yang terdiri dari unsur jasmani dan rohani ini paling tinggi martabatnya menurut Allah s.w.t berbanding makhluk lain.Namun malangnya, martabat yang begitu tinggi yang telah diberikan Allah  tidak selalu dapat dipertahankan oleh manusia.Disaat itulah martabat manusia jatuh serendah-rendahnya.Manusia itu dihina dan direndahkan oleh sikapnya sendiri.'Kemudian kami jatuhkan dia(manusia) ke lapisan yang serendah rendahnya  ".

Setiap manuis itu wajib mempunyai agama,yang merupakan satu satunya sifat manusia yang dapat membezakan manusia dengan binatang.Jika jiwa pada manusia itu terutup  tau hilang,hilang batas pemisah antara manusia dengan binatang.Samalah sifatnya manusia dengan binatang (al anfal -55)


Image result for teori darwin
charles darwin


Menurut teori Darwin : Manusia manusia dan beruk sama bermoyangkan kera purba.








Image result for teori darwin

Teori sains itu adalah jawapan akal manusia.

Manusia adalah makhluk yang terhad batas akalnya sekalipun ilmunya setinggi gunung dan teknologi yang dihasilkannya memukau dunia.

"Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik baiknya dan yang mulia penciptaan manusia dari tanah.Kemudian menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina( air mani).Kemudian dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalam tubuhnya( roh, ciptaan)Nya dan Dia menjadikan kamu mendengar,melihat dan hati tetapi kami sedikit sekali mahu bersyukur."

Setiap yang berjiwa dan hidup pasti akan merasai mati.Hidup sesudah mati adalah suatu kepastian yang harus ditempuh oleh setiap manusia itu Janji Allah itu benar.Semuanya ditentukan oleh diri kita sendiri.Kenalilah diri kita.Ambil contoh teladan dalam mengharungi kehidupan dunia yang bersifat sementara dan memperdayakan .Aamin ya rabbal aalamin.

No comments:

Post a Comment