Menurut Wright (1998), Kanak-kanak khas
didefinisikan sebagai kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa dalam
aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori, keupayaan komunikasi, tingkah laku
sosial, ataupun ciri-ciri fizikal.
Menurut Kirk (1989), kanak-kanak dikategorikan
sebagai kanak-kanak khas apabila terdapat keperluan dalam pengubahsuaian
program pendidikan. Ini adalah disebabkan oleh faktor permasalahan yang
berpunca dari keadaan fizikal dan mental yang ada pada mereka sehingga
menyebabkan mereka tidak dapat menerima pembelajaran seperti kanak-kanak
normal. Kanak-kanak ini juga memerlukan penjagaan, pemerhatian dan kaedah
pembelajaran yang khusus dalam membentuk dan mendidik sikap serta keperibadian
yang bersesuaian dengan persekitaran dan juga masyarakat umumnya.
Defini Kanak-Kanak Bermasalah
Pembelajaran
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan
kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar professional klinikal
sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang
dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam
kebolehan – kebolehan yang berikut:
i.
Kebolehan kognitif
ii. Tingkahlaku
social / perkembangan social
iii. Penguasaan
bahasa lisan / pertuturan
iv. Penguasaan
membaca
v. Kemahiran
perkembangan (development skills)
vi. Kemahiran
matematik
Masalah pembelajaran boleh terjadi disebabkan kecederaan otak, keturunan, ketidakseimbangan biokimia dan persekitaran.
Kecederaan Otak
Kecederaan otak boleh berlaku sebelum kelahiran bayi di mana ibu yang mengandung mengambil alkohol atau dadah, dijangkiti demam campak atau merokok. Kecederaan otak juga boleh berlaku semasa kelahiran seperti bayi kekurangan oksigen. Selepas kelahiran, kecederaan otak boleh berlaku disebabkan demam panas, hentakan yang kuat pada bahagian kepala akibat kemalangan dan jangkitan seperti meningitis.
Keturunan
Terdapat banyak kajian menunjukkan, keturunan merupakan salah satu sebab kepada masalah pembelajaran. Penyelidik mendapati bahawa kira-kira 30-50% kanak-kanak menghadapi masalah pembelajaran apabila mempunyai ibu atau bapa atau kedua-duanya menghadapi masalah pembelajaran. Ini menunjukkan masalah pembelajaran boleh diwarisi daripada keturunannya.
Ketidakseimbangan Biokimia
Ketidakseimbangan biokimia juga boleh menyumbang kepada masalah pembelajaran. Ketidakseimbangan bahan kimia dikatakan boleh menjadi punca kepada masalah hiperaktiviti yang boleh mengakibatkan kesukaran memberi tumpuan ke atas kerja sekolah.
Faktor Persekitaran
Selain kecederaan otak, keturunan dan ketidakseimbangan biokimia, faktor persekitaran juga boleh menjadi penyebab kepada masalah pembelajaran. Persekitaran yang serba kekurangan kerana kemiskinan seperti pemakanan yang tidak seimbang, keadaan rumah yang tidak selesa, persekitaran yang kotor dan bising, hubungan ibu bapa dengan anak-anak tidak mesra atau tidak mencukupi boleh menimbulkan masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak.
Terdapat bukti menunjukkan bahawa kanak-kanak bermasalah yang tidak menerima pengajaran yang sistematik, telah memudaratkan lagi masalah pembelajaran yang dihadapi. Oleh itu, pengajaran yang sistematik patut diaturkan untuk semua pelajar bermasalah pembelajaran.
DISLEKSIA
Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabuangan
dua perkataan Yunani iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud
perkataan. Dengan kata lain, disleksia
membawa maksud kesukaran menggunakan perkataan. Istilah ‘buta huruf’ juga digunakan untuk kategori
ini. Perkataan “dislekia” telah
diperkenalkan oleh seorang professor, yang juga merupkan seorang pakar
perubatan dan ahli ophthalmologi, dari Berlin pada tahun 1887. (Hammond dan
Hugges, 1996 dalam SpeEd, 2007)
Menurut World
Federation Of Neurology (1968), ‘disleksia ialah satu gangguan dalam
kanak-kanak yang telah menerima pendidikan biasa namun tidak memperolehi
kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf umurnya’. (SpeEd, 2007)
Selain disleksia, terdapat juga beberapa perkataan lain
yang berkaitan dengan disleksia. Antaranya ialah diskalkulia, disgrafia dan
diapraksia. Diskalkulia terjadi apabila
kanak-kanak bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik. Manakala disgrafia berlaku apabila
kanak-kanak bahasa dan dispraksia terjadi apabila kanak-kanak bermasalah dalam
koordinasi motor-mata-tangan.
Kanak-kanak disleksia susah menguasai kemahiran membaca dan
menulis, tetapi mereka memiliki bakat, kepintaran, atau kecerdasan yang
lain. Hal ini disebabkan oleh perbezaan
dalam cara otak memproses maklumat, terutama sekali berkenaan dengan bunyi,
simbol dan makna. Untung S. Drazat
(2006) menyatakan bahawa disleksia adalah sejenis kesulitan pembelajaran yang
ditanda dengan kesulitan membaca.
Beberapa kanak-kanak yang mengalami disleksia juga berkemungkinan
mengalami kesulitan menulis, dan kadang-kala juga kesulitan berbicara atau
berhitung. Beliau menyambung bahawa
ramai kanak-kanak disleksia mempunyai potensi untuk berprestasi yang amat luar
biasa dan mempunyai kecekapan mental yang tinggi.
Masalah Pendengaran
Masalah Matematik dan Nombor
Dari segi mendengar, mereka kelihatan seperti tidak
mendengar (Sri Cempaka, 2007) atau tidak mempedulikan (SpeEd, 2007). Hal ini kerana
mereka lambat dalam memproses maklumat mereka terima. Maka, mereka tidak akan melakukan arahan yang
diberi oleh guru, terutamanya jika arahan tersebut terlalu panjang. Mereka juga tidak akan menyusun sesuatu
mengikut susunan, contoh melakukan arahan mengikut urutan. Namun, mereka suka mendengar bacaan tetapi
tidak berminat untuk membaca sendiri.
Masalah Pertuturan
Dari segi pertutran pula, mereka menghadapi kesukaran
bertutur dan juga mempunyai kesukaran untuk mengeluarkan atau memilih perkataan
yang sesuai semasa bercakap bagi menyampaikan maksudnya. (Untung S. Drazat,
2006) Hal ini mungkin kerana
perkembangan pertuturan dan bahasa yang lambat.
Selain itu, bahasa lisan lebih baik daripada penulisan. Mereka suka belajar dengan irama kanak-kanak
“nursery rhymes”.
Masalah Mengeja
Menurut SpeEd
(2007) kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan
pengetahuan yang diperolehi adalah terhad.
Untuk tempoh jangka masa yang panjang, kelemahan dalam proses mengeja
akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca dan memulis. Timbulnya masalah ini adalah berpunca
daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal
pasti huruf-huruf seperti: ‘m’ – ‘w’, ‘y’ – ‘g’ – ‘j’, ‘u’ – ‘n’,’m’ – ‘n’, ‘c’
– ‘e’, ‘p’ – ‘q’, ‘h’ – ‘n’ dan ‘b’ – ‘d’.
Selain itu, terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti ‘t’
- ‘h’ dan ‘f’ - ‘v’. Hal ini akan
menyebabkan mereka kelihatan seperti tidak berhati-hati apabila mengeja. (Sri
Cempaka, 2007)
Mereka keliru antara perkataan yang hampir sama, contoh ‘buah’ dan ‘bahu’. Mereka juga keliru
huruf atau bunyi abjad yang hampir sama dalam suku kata, contohnya ‘almari’
dan ‘lamari’. Selain itu, mereka menggbungkan suku kata
secara terbalik, contohnya ‘baju’
menjadi ‘juba’ dan juga salah
menyusun abjad dalam perkataan, seperti ‘sabun’
menjadi ‘basun’.
Sama seperti,
kanak-kanak keliru antara huruf yang hampir sama, kanak-kanak disleksia juga
keliru dengan nombor yang sama bentuk, contohnya: 3 – 5 – 8, 9 – 6 (Sri
Cempaka, 2007) dan 2 – 5 (Untung S. Drazat, 2006) Selain itu, mereka juga
terbalik susunan nombor, contoh 45 menjadi 54.
Kanak-kanak ini
juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik
mental. (SpeEd, 2007) Mereka keliru atau tidak memahami tanda-tanda
dan simbol-simbol matematik, contohnya: +,
- dan =. Selain itu, mereka keliru
dengan konsep masa, waktu dan konsep wang.
Mereka sukar dalam menyusun atur maklumat, seperti hari-hari dalam
seminggu dan bulan-bulan dalam tahun dan sukar mempelajari sifir matematik.
AUTISME
Definisi Autisme
Autisme
merupakan satu gangguan biological yang agak kompleks yang berlaku dalam
kehidupan seseorang kanak- kanak itu.
Menurut Pakar Psikiatri Kanak-Kanak dan Remaja, Hospital Universiti
Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr. Zasmani Shafiee, autisme adalah gangguan
perkembangan otak kanak-kanak yang menyebabkan mereka akan mengalami masalah
tertentu. Pada 1943, Leo Kanner telah
mengenalpasti gejala yang menjelaskan ciri-ciri autisme. Kanner pula (1943/ 1983) menghuraikan istilah
autistik sebagai "mengelakkan diri dari reality atau kehidupan
sebenar." Sebelum Kanner,
kanak-kanak yang mengalami masalah autisme dilabelkan sebagai "schizophrenia, febble minded, idiot,
mentally retarded, mbecile, childhood schizophrenia, early infantile autism,
childhood onset pervasive deveopmental disorder”. Anggapan apabila dewasa mereka menjadi
schizophrenia diakui tidak benar oleh beberapa pengamal profesional.
Kanner
menghuraikan kanak-kanak ini mempunyai daya ingatan yang tinggi, lambat
perolehan pertuturan dan bahasa (termasuk sebutan terbalik, ekolalia, dan
masalah literasi) dan terlalu menekankan perlakuan yang sama. Perkataan "autisme" dipinjam dari
perkataan yang pernah digunakan untuk menjelaskan sifat schizophrenia yang
bermaksud menarik diri daripada perhubungan dan menutup diri dari dunia luar.
Ciri-Ciri Autisme
Terdapat
banyak ciri dalam mengenalpasti kanak- kanak yang mempunyai autisme.
Pertama, dari aspek tingkah laku. Kanak- kanak yang menghidap autisme
akan
lebih gemar bersendirian. Kanak- kanak
sebegini tidak gemar bergaul dengan orang di sekelilingnya seperti
rakan-
rakan, guru termasuklah ahli keluarga yang terdekat. Kanak- kanak ini
juga sukar memberi kerjasama
dalam kumpulan ataupun rakan sekelas mereka.
Selain itu, mereka tidak suka didakap atau dipeluk dan mereka akan
meronta- ronta jika tindakan ini dilakukan terhadap diri mereka. Kontak mata juga tidak akan wujud dengan orang yang
sedang bercakap dengan mereka. Tingkah
laku mereka menggambarkan seolah- olah mereka ini tergolong dalam orang pekak
kerana mereka tidak akan mempedulikan sesiapa sahaja yang sedang berkomunikasi
dengan mereka. Mereka tidak dapat
memberitahu apa yang mereka hajati sebaliknya hanya mampu menarik tangan ibu
bapa atau penjaga dan membawa kepada sesuatu yang mereka hajati itu, sebagai
menyatakan apa yang mereka mahukan.
Contohnya, mereka akan meminta bantuan daripada orang lain untuk
mengambil sesuatu, walaupun barang itu berada dekat atau boleh diambil sendiri
oleh mereka. Sesetengah kanak-kanak
autisme akan meronta-ronta atau menangis dengan kuat apabila kehendaknya tidak
dituruti dan keadaan inilah yang membuatkan sesetengah ibu bapa tidak mahu
membawa mereka keluar berjalan-jalan.
Dari
segi permainan pula, disebabkan kanak-kanak autisme juga kurang daya imaginasi
semasa bermain, mereka lebih gemar bermain sendirian. Cara mereka bermain juga agak ganjil suka memutar
sesuatu objek, gemar mengatur atau menyusun sesuatu benda seperti permainan dan
buku. Kanak- kanak ini juga hanya
menumpukan perhatian kepada satu objek sahaja seperti tayar kereta mainan.
Dalam
aspek bahasa pula, terdapat beberapa ciri yang boleh dikenalpasti dalam kanak-
kanak yang mempunyai autisme. Kebolehan
untuk kanak- kanak autisme berbahasa adalah terhad. Mereka tidak dapat bertutur dengan baik,
perkara yang dituturkan tanpa makna dan tidak mempunyai kebolehan bertanya
soalan dengan baik dan hanya boleh bertutur dengan bahasa yang hanya difahami
mereka sendiri. Perkara ini disebabkan
oleh fungsi bahasa yang tidak diperolehi secukupnya. Mereka yang mempunyai autisme dilihat sebagai
kanak- kanak yang suka bercakap dan kadang kala bercakap secara berlebihan
dalam topik tertentu, gemar bercakap tentang perkara yang sama, di ulang
beberapa kali dan juga suka meniru percakapan orang lain tanpa
memahaminya.
Kesemua
ciri ini dapat dilihat dengan jelas ketika kanak- kanak ini mencecah usia tiga
tahun hingga empat tahun. Namun,
terdapat kes- kes tertentu di mana aspek tingkah laku dapat dilihat lebih awal
iaitu ketika berumur 18 bulan lagi.
Faktor- Faktor Autisme
Bagi kanak-kanak autistik, pepton ini diserap kembali oleh tubuh, memasuki aliran darah, terus ke otak dan diubah menjadi morfin iaitu casomorfin dan gliadrofin, yang merosakkan sel-sel otak dan menyebabkan fungsi otak terganggu. Fungsi otak yang terganggu adalah melibatkan fungsi kognitif, komunikasi reseptif, perhatian dan tingkah laku.
mempunyai masalah dalam interaksi sosial dan
komunikasi. Oleh yang demikian, mereka
akan mengalami masalah untuk berbual dengan orang yang terdapat di sekeliling
mereka. Kanak- kanak yang mempunyai
autisme mampunyai tingkah laku yang agak pelik.
Mereka gemar melakukan sesuatu perkara berulang- ulang. Contohnya, mereka gemar mengulang ayat- ayat
yang sama.
Punca
sebenar autisme tidak diketahui tetapi beberapa teori terakhir mengatakan
faktor genetik memainkan peranan penting yang menyebabkan berlakunya keadaan
austistik pada kanak-kanak. Malah kini,
turut dikenal pasti dalam punca berlakunya autistik adalah akibat
pencernaan. Lebih dari 60% kanak-kanak
autistik mempunyai sistem pencernaan yang kurang baik. Makanan seperti susu
berasaskan haiwan dan tepung gandum tidak dapat dicernakan dengan baik dan ini
menyebabkan protein daripada makanan ini tidak berubah menjadi asid amino
ataupun pepton, iaitu bentuk rantaian yang mana akhirnya dibuang melalui
kencing.
Bagi kanak-kanak autistik, pepton ini diserap kembali oleh tubuh, memasuki aliran darah, terus ke otak dan diubah menjadi morfin iaitu casomorfin dan gliadrofin, yang merosakkan sel-sel otak dan menyebabkan fungsi otak terganggu. Fungsi otak yang terganggu adalah melibatkan fungsi kognitif, komunikasi reseptif, perhatian dan tingkah laku.
Selain
itu juga, pemakanan yang tidak berzat, pendarahan, keracunan makanan,pengaruh
virus yang dihidapi oleh si ibu semasa hamil seperti rubela dan herpes turut
mempengaruhi pertumbuhan sel otak yang dapat menyebabkan fungsi otak bayi yang
dikandung terganggu terutama dalam aspek fungsi pemahaman, komuni-kasi dan
interaksi.
Definisi
Sindrom Down
Sindrom Down merupakan gangguan
kromosom yang disebabkan oleh ciri- ciri
fizikal yang boleh diidentitikan dan
biasanya disebabkan lambat dalam perkembangan fizikal dan intelektual. Sindrom down dinamakan sempena nama John Langdon Down, doktor British yang
pertama kali menggambarkannya pada tahun 1866. Masalah sindrom down ini wujud
apabila bayi yang dilahirkan dengan mempunyai masalah genetik iaitu mempunyai
masalah kromosom ke-21. Ramai pernah
mendengar namun ramai juga cetek pengetahuan mengenainya. Ia bukan penyakit moden atau penyakit 'orang
kaya', malah Sindrom Down (SD) tidak tepat dikatakan penyakit. Sindrom down boleh dikenal pasti semasa
kelahirannya. Namun, kelainan ini boleh
dikesan semenjak daripada bayi tersebut berada dalam kandungan ibunya
lagi. Sering kali Sindrom Down dikaitkan
dengan kelemahan keupayaan berfikir (kognitif) dan tumbesaran kanak-kanak dan
juga perwatakan muka.
Ciri- ciri Sindrome Down
Kanak-
kanak sindrom down mempunyai beberapa ciri khusus yang boleh dikenal
pasti. Pertama dari aspek fizikal iaitu
sifat pada kepala, muka dan leher.
Mereka mempunyai iras muka yang hampir sama dan muka mereka agak leper. Mempunyai pangkal hidung yang kemek. Jarak
diantara dua mata agak jauh dan berlebihan kulit di sudut dalam. Saiz mulut
kanak- kanak sindrom down adalah kecil dan saiz lidah mereka agak besar
menyebabkan lidah selalu terjelir.
Pertumbuhan gigi lambat dan tidak teratur. Selain daripada itu, mereka
mempunyai paras telinga yang lebih rendah dan biasanya kepala mereka lebih
kecil dan agak leper daripada bahagian depan ke belakang serta mempunyai leher
yang agak pendek berbanding kanak- kanak normal.
Selain
daripada itu, mereka juga mempunyai tangan, lengan dan kaki yang berlainan
daripada kanak- kanak yang normal. Sifat yang jelas ialah, tangan mereka
mempunyai jari-jari yang agak pendek dan jari kelingking membengkok ke
dalam. Tapak tangan mereka biasanya
hanya terdapat satu garisan urat dinamakan "simian crease". Pada bahagian kaki pula, kanak- kanak sindrom
down mempunyai kaki yang agak pendek dan jarak di antara ibu jari kaki dan jari
kaki kedua agak jauh terpisah serta keadaan tapak kaki yang agak leper.
Otot-
otot bagi kanak- kanak sindrom down juga mempunyai masalah tertentu iaitu
mereka mempunyai otot yang lemah menyebabkan mereka menjadi lembik dan
menghadapi masalah lewat dalam perkembangan motor kasar.
Dalam
pada itu juga, kanak- kanak seperti ini turut mempunyai masalah di dalam organ
dalaman tubuh mereka terutamanya usus dan jantung. Masalah usus yang timbul ialah, pertama,
salur esofagus yang tidak terbuka (atresia) ataupun tiada saluran sama sekali
di bahagian tertentu esofagus. Biasnya
ia dapat dikesan semasa berumur satu hingga dua hari iaitu ketika bayi
mengalami masalah menelan air liurnya dan yang kedua ialah, salur usus rectum
atau bahagian usus yang paling akhir (dubur) yang tidak terbuka langsung atau
penyempitan yang dinamakan "Hirshprung Disease". Keadaan ini disebabkan sistem saraf yang tidak
normal di bahagian rektum. Biasanya bayi akan mengalami masalah pada hari kedua
dan seterusnya selepas kelahiran di mana perut membuncit dan susah untuk buang
air besar.
Selain
itu, bayi sindrom down juga akan mengalami masalah pada bahagian jantung
mereka. Masalah jantung yang paling
kerap berlaku ialah jantung berlubang seperti Ventricular Septal Defect (VSD)
iaitu jantung berlubang di antara bilik jantung kiri dan kanan atau Atrial
Septal Defect (ASD) iaitu jantung berlubang diantara atria kiri dan kanan. Masalah lain adalah termasuk salur ateriosis
yang berkekalan (Patent Ductus Ateriosis / PDA). Bagi kanak-kanak sindrom down boleh mengalami
masalah jantung berlubang jenis kebiruan (cynotic spell) dan susah
bernafas.
Antara
masalah perubatan lain yang timbul dalam kalangan kanak- kanak sindrom down
ialah, kanak-kanak sindrom down mungkin mengalami masalah Hipotiroidism iaitu
kurang hormon tairoid. Masalah ini
berlaku di kalangan 10% kanak-kanak sindrom down. Kanak-kanak sindrom down
mempunyai ketidakstabilan di tulang-tulang kecil di bahagian lener bolih
menyebabkan berlakunya penyakit lumpuh (atlantoaxial instability) dimana ianya
berlaku di kalangan 10% kanak-kanak sindrom down. Sebahagian kecil mereka
mempunyai risiko untuk mengalami kanser sel darah putih iaitu leukimia.
Punca
Sindrom Down
Dikatakan
bahawa ibu-ibu yang berumur 35 tahun ke atas semasa mengandung mempunyai risiko
yang lebih tinggi untuk melahirkan anak Sindrom Down. Perkara ini disebabkan
oleh kelebihan kromosom 21. Keadaan ini disebabkan oleh
"non-dysjunction" kromosom yang terlibat iaitu kromosom 21 dimana
semasa proses pembahagian sel secara mitosis pemisahan kromosom 21 tidak
berlaku dengan sempurna. Perkara ini terjadi kepada 95% kanak- kanak yang
berkemungkinan mendapat sindrom down.
Manakala, 5% lagi kanak-kanak sindrom down disebabkan oleh mekanisma
yang dinamakan "translocation".
Keadaan ini biasanya berlaku oleh pemindahan bahan genetik dari kromosom
14 kepada kromosom 21. Bilangan
kromosomnya normal iaitu 23 pasang atau jumlah kesemuanya 46 kromosom.
Mekanisma ini biasanya berlaku pada ibu-ibu di peringkat umur yang lebih muda. Sebahagian kecil Sindrom Down disebabkan oleh
mekanisma yang dinamakan "mosaic".
No comments:
Post a Comment