Monday 18 January 2016

TAKBUR

Jika ada orang yang enggan menerima kebenaran dan suka meremehkan orang lain, itu bererti orang tersebut telah terkena penyakit hati, iaitu takbur. Takbur juga disebut sombong. Contohnya, Fir‘aun yang enggan menerima kebenaran yang dibawa Nabi Musa a.s. dan Abu Jahal yang enggan menerima kebenaran yang dibawa Rasulullah saw. Sikap meremehkan orang lain dicontohi oleh Iblis yang merasa lebih mulia dibandingkan Nabi Adam a.s. Sifat takbur sangat dilarang dalam Islam. 
Takbur secara bahasa ertinya membesarkan diri atau menganggap dirinya lebih dari orang lain.  
Pengertian takbur secara istilah adalah suatu sikap mental yang memandang rendah terhadap orang lain, sementara ia memandang tinggi dan mulia terhadap dirinya sendiri.

Dari pengertian , ciri-ciri orang yang takbur:
  1. Suka memuji diri dan membanggakan kemuliaan diri, harta, ilmu, keturunan dan lain sebagainya.
  2. Meremehkan orang lain.
  3. Suka mencela dan mengkritik orang lain dengan kritik yang menjatuhkan.
  4. Memalingkan muka ketika bertemu dengan orang lain.
  5. Berlagak dalam berbicara.
  6. Pemboros dalam harta benda.
  7. Berlebih-lebihan dalam berpakaian dan berhias.
Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina .

Tidak masuk surga orang yang di dalam hatinya terdapat seberat biji sawi dari sifat kesombongan. (H.R. Muslim)

Di antara bahaya dari sifat takabur antara lain sebagai berikut.

  1. Merosak pergaulan manusia, merenggangkan hubungan silaturahim dan menghalang kasih sayang serta sikap tolong-menolong. Orang yang sombong pasti dibenci orang lain kerana kesombongannya. Mereka akan segan berhubungan dengan dia. Hal ini bererti mengurangi pergaulan.
  2. Menumbuhkan permusuhan kerana orang yang takbur dalam berteman selalu membeza-bezakan dan mendiskriminasikan orang atau kelompok lain yang tidak sedarjat dengan diri atau kelompoknya.
  3. Sifat takbur akan menumbuhkan sifat-sifat buruk lainnya, seperti dengki kepada orang lain, pemarah, pembohong, khianat, dan sebagainya. Orang yang takbur tidak segan segan menggunakan sifat-sifat buruk tersebut demi mempertahankan kemuliaannya.
  4. Sifat takbur akan menjadikan orang tidak berkembang dan beku. Oleh kerana usaha-usaha melakukan kebaikan terhadap dirinya tidak ada, orang yang takbur beranggapan bahawa dirinya sudah baik, hebat, terhormat, mulia, istimewa, dan sempurna.
  5. Sifat takbur menjadi penghalang masuk syurga.
  6. Sifat takbur (sombong) mengakibatkan pemiliknya tidak mempunyai perasaan untuk mencintai dan menyayangi sesama saudara yang mukmin sebagaimana mencintai atau menyayangi dirinya sendiri.
  7.  Sombong adalah selendang Allah. Barangsiapa yang berani memakai selendang-Nya, Allah akan murka dan menjatuhkan hukuman yang berat kepadanya.
  8. Orang yang takbur akan lupa diri, siapa dirinya, dari mana, dan hendak ke mana dia sebenarnya.
  

No comments:

Post a Comment