Beberapa bulan lalu saya ada terbaca dalam salah satu blog/fb bahawa di republic
Chezch tidak kedengaran ibu menjerit atau memarahi anak-anak tetapi
anak-anak mengikut peraturan dan baik tingkahlakunya. Rupa-rupanya
mereka menggunakan kaedah berbisik untuk menyampaikan arahan.... Hmmm
ini suatu yang bagus untuk dicuba.
Maka saya pun mencubalah. Ini kisahnya...
.
Setiap pagi Hisham pasti akan berpesan
"ibu nanti balik cepat-cepat ya!"
Kadang kadang sampai dekat 20 kali dia pesan sambil saya bergerak ke
arah kereta dan acapkali menyebabkan kakak-kakaknya marah kerana
berulang-ulang kali pesan dan tidak puas hati dengan jawapan "ya" dari
saya.
.
Satu pagi setelah 5 atau 6 kali Hisham berpesan benda
yang sama, saya pun merendahkan kedudukan saya sehingga sama paras
dengannya. Saya pandang mata Hisham dalam beberapa saat sahaja sambil
senyum.
"Hisham, ibu nak pinjam telinga Hisham"
Hisham terdiam, saya pun bisik pada dia
"OK...nanti ibu habis kerja ibu balik cepat-cepat ya" Hisham tersenyum...
"yeay ibu balik cepat-cepat" katanya puashati dengan jawapan saya.
.
Owh macam tu rupanya apa yang dia mahukan kata saya dalam hati.
.
Nak tahu apa jadi keesokan harinya?
.
"Ibu.... nak salam" saya pun menghulurkan tangan seperti biasa
"Nak pinjam telinga ibu" katanya lagi
Terkejut saya dia meniru style saya.
Bila saya merendahkan telinga saya hingga ke mulut dia, Hisham pun kata dengan berbisik " Nanti ibu balik cepat-cepat ya"
"Ok, ibu balik cepat-cepat" saya berbisik semula kepada Hisham.
Hanya sekali sahaja... Hisham memang cute!!
Cubalah... lepastu kongsikan macamana respon anak anda di sini... itu
fokus namanya memberikan beberapa saat yang sangat berharga dan dihargai
anak.
.
Selamat mencuba! Dan semakin nampak sopanlah kita dengan kaedah berbisik ini.
(dr norzilazakaria pakar psikiatri)
No comments:
Post a Comment