Tulang-tulang
manusia ini mempunyai anatomi perpaduan manusia primitif dan moden.
Penyelidik menemui fosil dari Zaman Batu di dua gua di China. Fosil
tersebut diduga spesies baru manusia. Manusia jenis baru yang disebut
manusia gua Red Deer itu kemungkinan berlangsung sampai awal masa
pertanian.
Penemuan
ini terdiri dari tengkorak dan beberapa potongan tulang berumur 14.300
dan 11.500 tahun. Tulang-tulang ini kemungkinan berasal dari empat
individu. Para ahli terkejut dengan bentuk tulang-tulang tersebut kerana
mempunyai anatomi perpaduan manusia primitif dan moden.
Mereka
dinamakan Manusia Rusa Merah setelah ada indikasi kegemaran manusia ini
memangsa dan memasak rusa. Fosil ini ditemui di gua Longlin, wilayah
Guangxi, seperti dikutip dari Guardian.
Manusia
Rusa Merah mempunyai sejumlah perbedaaan dengan manusia moden. Mereka
mempunyai rahang yang lebih menonjol, gigi molar besar, kening yang
menonjol, tengkorak tebal, wajah rata, dan hidung lebar. Otak mereka
seukuran manusia dari Zaman Ais.
"Mereka
boleh jadi garis evolusi baru manusia. Atau populasi manusia moden yang
sebelumnya tidak diketahui, tiba dari Afrika dan gagal bertahan hidup
di Asia Timur," kata Darren Curnoe yang mengetuai pasukan penyelidik
dari University of New South Welsh, Australia.
Dia
menambah tengkorak manusia baru ini sangat unik. Manusia ini juga
sangat berbeza dengan semua manusia moden, baik yang hidup hari ini atau
di Afrika 150 ribu tahun lalu.
Selain
itu, Curnoe menambah, manusia in tetap hidup sampai hampir 11 ribu
tahun yang lalu. Pada tahun itu, manusia moden sudah hadir. "Mungkin
spesies manusia ini terpencil dari manusia moden. Kami menduga mereka
tidak melakukan kahwin silang atau kalau iyapun, dalam jumlah yang
terhad."
Penemuan
spesies manusia itu menunjukkan betapa rumitnya evolusi manusia. Curnoe
menilai evolusi manusia yang paling menarik adalah di Asia, tepat saat
berakhirnya Zaman Ais.
Tulang
dari Zaman Batu itu adalah sangat penting kerana para saintis mempunyai
beberapa fosil manusia dari Asia. Tapi bagaimana garis dan penempatan
manusia-manusia ini masih samar. Penemuan terbaru menunjukkan gambar
yang jauh lebih kompleks dari evolusi manusia dari yang dijangkakan
sebelumnya.
Manusia
mempunyai beberapa penduduk yang hidup di daerah itu yang mungkin
mewakili jalur evolusi yang berbeza: orang-orang Red Deer di benua Asia
Timur; Homo floresiensis atau 'Hobbit' di pulau Flores di Indonesia, dan
manusia moden tersebar luas dari timur laut Asia ke Australia . "Ini
menggambarkan gambaran yang menakjubkan dari kepelbagaian."
-sayaberitahu.com
No comments:
Post a Comment