Seorang ‘banduan akhir’, iaitu yang menantikan hukuman mati meminta sebatang pen dan sekeping kertas sebagai ‘permintaan
terakhir’nya. Selepas menulis selama beberapa minit, banduan tersebut
meminta pegawai penjara untuk menyerahkan surat yang ditulis itu kepada
ibu kandungnya.
Surat itu berbunyi…
IBU...,
Sekiranya terdapat LEBIH keadilan di dunia ini, kita berdualah yang
seharusnya dihukum bunuh, dan bukan hanya saya seorang. Ibu juga
bersalah ke atas liku kehidupan yang saya jalani.
INGATKAH IBU
ketika saya mencuri basikal milik seorang budak lelaki yang sebaya saya?
Ibu yang membantu saya menyorokkan basikal itu dari pengetahuan ayah.
INGATKAH IBU ketika saya mencuri wang dari dompet jiran kita? Ibu juga
yang pergi bersama saya ke sebuah pasaraya untuk membelanjakannya.
INGATKAH IBU ketika saya bertengkar dengan ayah dan kemudian ayah pergi
meninggalkan kita? Ayah sekadar mahu memperbetulkan diri saya kerana
perbuatan saya mencuri keputusan akhir sebuah pertandingan yang
menyebabkan saya dibuang sekolah.
IBU…
KETIKA ITU saya
hanyalah seorang kanak-kanak, yang tidak lama selepas itu saya menjadi
seorang remaja yang bermasalah. Dan sekarang, saya hanyalah seorang
lelaki yang rosak.
KETIKA ITU saya hanyalah seorang kanak-kanak yang memerlukan pembetulan, bukannya keizinan (untuk berbuat kerosakan).
TETAPI, SAYA TETAP MEMAAFKAN IBU….
Saya mohon agar surat ini sampai kepada seberapa banyak ibubapa di
dunia ini, agar mereka tahu yang menjadikan seorang anak itu baik atau
jahat adalah… PENDIDIKAN IBUNYA!!!.
Terima kasih ibu kerana MEMBERIKAN ‘nyawa’ kepada saya dan juga menyebabkan saya KEHILANGANNYA.
Dari anakmu,
(Seorang Banduan Hukuman Mati)
***********************************************
PELAJARAN BUAT IBUBAPA
Perkara paling sukar dalam usaha memperbetulkan masyarakat sekarang ini
ialah untuk membuatkan seorang ibu SEDAR akan kesilapan diri mendidik
anaknya. Lebih sukar lagi untuk menerima teguran tentang tabiat buruk
yang telah berlaku pada anaknya sekalipun bukti terang nyata di depan
mata.
Tiada guna adanya ayah yang tegas dan bijaksana sebagai
ketua keluarga jika si ibu tidak telus dan tulus merujuk dan berkongsi
maklumat mengenai perkembangan anak-anaknya. Apabila sedar, keadaan
sudah terlambat.... "Rebung sudah menjadi buluh".
Lebih sulit
lagi jika si Ayah juga jenis yang tidak ambil kisah. Hal ehwal keluarga
dan urusan anak-anak diserahkan kepada isteri semata-mata. Urusan
mencari rezeki dan persekolahan anak semuanya si ibu uruskan. Apabila
anak bermasalah, mencuri, merempit, merogol, hisap dadah bahkan dilokap
polis pun minta isteri juga yang uruskan.
Ramai sekali suami yang
hanya tahu meniduri isteri sahaja. Lebih berat lagi jenis yang
hari-hari minta duit isteri dan asyik keluar bersama rakan-rakan sampai
ke tua. Ada pula yang kaki joli, ketagihan dadah, arak dan judi. Ada
pula yang hanya mahu mencukupkan quota poligami sahaja. Kemudian dikuda
pula semua isteri yang ada untuk turut 'membaiayai' dirinya. Hidup tidak
ubah seperti ‘jantan sewaan’ sahaja.
Ada ibu yang berjaya
melepasi ujian ini. Ada pula yang terpaksa membiarkan bukan sahaja anak,
malah diri sendiri untuk ikut mencuri. Mungkin dia 'terpaksa' kerana
itu sahaja punca nafkah buat mereka.
Apapun, perlu diingat bahawa
tugas utama ibu adalah mendidik anak. Jika berjaya ibu melangkah ke
syurga, maka jejak yang sama jugalah bakal diikuti oleh anaknya. JEJAK
KAKI IBU itulah yang menjadi hakikat di sebalik ungkapan, “syurga itu di
telapak kaki ibu”. Kisah Siti Hajar dan Ismail a.s. adalah antara
contohnya.
Jika ibu sampai bersikap degil dan mungkar, maka jejak
yang sama jugalah bakal ditiru oleh anak-anaknya. Kisah isteri dan
anak-anak Nabi Noh a.s. adalah rujukannya.
No comments:
Post a Comment