Monday 18 January 2016

Bolehkah Wanita Bekerja??

Islam membenarkan isteri bekerja tetapi semua kebenaran tadi adalah diikat dengan syarat-syaratnya.  

Islam menjadikan lelaki sebagai kepala keluarga, dialah tanggung jawab utama lahir batin keluarga. Islam juga sangat profesional dalam membahagi tugas rumah tangga, kepala keluarga diberikan tugas utama untuk menyelesaikan segala urusan di luar rumah, sedang sang ibu memiliki tugas utama yang mulia, yakni tanggungjawab asas bagi seorang isteri ialah mengurus keluarga,mendidik anak anak dan memberi sepenuh perhatian terhadap generasi-generasi masa depan itu serta segala urusan dalam rumah,

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian saling memakan harta sesama kalian dengan jalan yang tidak benar, akan tetapi hendaklah kalian berdagang atas dasar saling rela diantara kalian” 

Katakanlah (wahai Muhammad), bekerjalah kalian! maka Alloh, Rasul-Nya, dan para mukminin akan melihat pekerjaanmu“  

1. Pekerjaannya tidak mengganggu kewajiban utamanya dalam urusan dalam rumah
2. Harus dengan izin suaminya, kerana isteri wajib mentaati suaminya.
3. Menerapkan adab-adab
4. Pekerjaannya sesuai dengan tabi’at wanita

  • Menurut pandangan Islam, dari awal mula lagi, isteri tidak wajib berkongsi peranan membiayai nafkah (perbelanjaan) yang diwajibkan ke atas suami. Suami juga tidak harus mewajibkan isteri  membantunya (dengan bekerja).
  • Kerelaan seorang isteri untuk turut berperanan membantu perbelanjaan keluarga merupakan suatu perkara dibenarkan menurut pandangan syara' demi menjayakan makna bantu membantu dan bertolak ansur di antara suami isteri.
  • Diharuskan untuk membuat persefahaman dan persepakatan di antara suami isteri akan cara pengurusan pendapatan merkea termasuk pendapatan yang diperolehi oleh isteri.

AKAN TETAPI, wajib diperhatikan dalam pelaksanaan pekerjaan dan bisnesnya, hendaklah pelaksanaannya bebas dari hal-hal yang menyebabkan masalah dan kemungkaran. Dalam pekerjaan wanita, harusnya tidak ada ikhtilat (campur) dengan lelaki dan tidak menimbulkan fitnah. Begitu pula dalam bisnesnya harusnya dalam keadaan tidak mendatangkan fitnah.
Boleh bekerja, harus dengan syarat tidak membahayakan agama dan kehormatan, baik untuk wanita mahupun lelaki. Pekerjaan wanita harus bebas dari hal-hal yang membahayakan agama dan kehormatannya.

Islam tidak mengekang wanita, tapi mengatur wanita agar hidupnya menjadi baik, selamat, tenteram, dan bahagia dunia akhirat. Begitulah cara Islam menghormati wanita, menjauhkan mereka dari pekerjaan yang memberatkan mereka, menghidarkan mereka dari bahaya yang banyak mengancam mereka di luar rumah, dan menjaga kehormatan mereka dari niat jahat orang yang hidup di sekitarnya.

(berbagai sumber)

No comments:

Post a Comment