Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.
Kehidupan adalah pengalaman, kehidupan adalah jumlah banyak perkara, keadaan, segmen. Kehidupan adalah kebahagiaan, kegembiraan, kesedihan, kekecewaan, kejayaan, kegagalan, baik atau buruk (bergantung kepada bagaimana kita melihat dan berapa banyak yang kita sedar), memenuhi di banyak tempat: kewangan, kesihatan, kerohanian, pertumbuhan, menjadi sedar, kecerdasan , pembangunan, keluarga, cinta, perhubungan, komunikasi dan dari segala sesuatu.
- Seseorang telah berkata: "Saya tidak mahu mempunyai masalah".
Mereka yang tidak mempunyai masalah berada di tempat lain.
- Orang lain berkata:
"Hidup ini sukar untuk hidup dan penuh dengan masalah."
Jika anda mempunyai masalah, bermakna anda masih hidup.
- Masalah mempunyai penyelesaian.
- Jika anda mempunyai pengetahuan, sentiasa boleh berfikir dan
percaya, Bermakna Anda boleh menyelesaikannya.
- Jika anda percaya bahawa anda boleh, anda boleh.
- Jika anda boleh dan mahu, bertindak.
- Jika anda bertindak, anda telah berjaya.Apakah kuasa terbesar anda sebagai manusia?
Mereka yang tidak mempunyai masalah berada di tempat lain.
- Orang lain berkata:
"Hidup ini sukar untuk hidup dan penuh dengan masalah."
Jika anda mempunyai masalah, bermakna anda masih hidup.
- Masalah mempunyai penyelesaian.
- Jika anda mempunyai pengetahuan, sentiasa boleh berfikir dan
percaya, Bermakna Anda boleh menyelesaikannya.
- Jika anda percaya bahawa anda boleh, anda boleh.
- Jika anda boleh dan mahu, bertindak.
- Jika anda bertindak, anda telah berjaya.Apakah kuasa terbesar anda sebagai manusia?
Kuasa untuk mengawal pemikiran anda. Kuasa yang kita dapat dari Allah dengan kelahiran kita.
Kita akan membenarkan orang lain untuk mengawal fikiran kita atau kita akan menguruskan mereka dan kita akan menjadi pencipta.
Apakah PEMIKIRAN?
Pemikiran adalah (TENAGA) ENERGY (ia terbukti secara saintifik) dan merupakan aktiviti mental dan intelektual yang merangkumi kesedaran individu yang subjektif.Erti sebuah kehidupan
"Berangkatlah
kamu baik dalam keadaan ringan atau pun merasa berat,dan berjihadlah
dengan HARTA dan DIRIMU di jalan Allah.yang demikian itu adalah lebih
baik bagimu jika kamu mengetahui "
Dalam Islam kita diajar solat sunat istikarah.Seringkali kita tersilap,bahawa istikarah hanya untuk pilihan jodoh.Tidak begitu,sebaliknya istikarah adalah bertujuan agar pilihan yang kita lakukan adalah pilihan yang betul.Iya,kita boleh membuat apa sahaja pilihan,namun kita perlu ingat hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui apa natijah disebalik pilihan yang kita buat. Oleh sebab itu,kita mendirikan solat sunat istikarah agar pilihan yang kita buat akan menghasilkan natijah yang baik dan jika sebaliknya,moga Allah tidak mengizinkan berjalannya pilihan yang kita buat.
Islam mengajar kita agar kita tidak berputus asa dalam kehidupan ini. Islam mengajar kita agar berusaha dalam kehidupan ini untuk kejayaan di dunia,maupun akhirat.Islam tidak mengajar umatnya untuk bermalas-malasan dalam kerja maupun ibadat.Islam mengajar umatnya cukup sempurna dalam menghayati erti sebuah kehidupan ini.Kita sebagai seorang Islam seharusnya bersyukur dimana kita tidak perlu bertanya-tanya,dengan pertanyaan tentang diri,tentang alam,tentang Allah,dan semua perkara dalam kehidupan sepertimana penganut-penganut agama lain.Allah SWT telah mengurniakan kepada hambaNya,qalam yang cukup lengkap tentang dunia,erti sebuah kehidupan dan juga hari akhirat.Allah telah menjelaskan di dalm alquran,dari mana asal kejadian manusia,kenapa kita diciptakan oleh Allah SWT,bagaimana penciptaan langit dan bumi,bagaimana sifat-sifat Allah SWT dan semuanya panduan sebuah kehidupan yang sementara ini adalah cukup lengkap.Saya sertakan dibawah ini beberapa kalam Allah yang menyentuh tentang kekuasaan Allah,penciptaan manusia dan penciptaan langit dan bumi.
"Pengalaman adalah guru yang kejam sebab ia menguji terdahulu,
kemudian baru ia memberi sesuatu pengajaran"
Ada beberapa tips yang boleh membantu kita untuk melakukan anjakan paradigma dalam diri.
1. NiatBak kata member aku "Niat itu penting! apa-apa pun, yang penting niat!"
Tidak kira apa jua kita lakukan, niat adalah perkara utama. Ketika solat pun perlu dimulakan dengan niat. Ia juga boleh dikatakan azam dalam diri seseorang dan tanpanya kita akan hilang arah tujuan. percayalah bahawa niat yang baik akan sentiasa mendapat pertolongan daripada Yang Maha Kuasa.
2. Kenali diri sendiri
Kita harus mengetahui potensi kita sendiri. Kebanyakan daripada kita tidak mengetahui apakah kelebihan yang kita miliki dan dalam masa yang sama masih mencari identiti (kalau pandai mengumpat ke mengata ke atau memiliki sesuatu yang lain dari orang lain, itu bukanlah kelebihan yang posotif ) Ia merupakan masalah yang biasa yang dihadapi fasa perkembangan manusia (manusia sahaja ok? bukan binatang ke apa ke, tak termasuk, harap maklum). Jadi kita perlu senaraikan kelebihan dan kekurangan yang ada pada kita dan lebihkan muhasabah diri. Anda pasti akan mengetahui potensi diri sendiri.
3. Tetapkan matlamat
Dalam meletakkan sesuatu matlamat atau impian, pastikan ia realistik agar mudah dicapai. Janganlah kita menetapkan sesuatu yang sukar. Penetapan Matlamat yang tidak relevan dan sukar hanya akan menjadikan diri anda terbeban seterusnya berdepan dengak konflik yang tidak sudah. Untuk sesetengah orang, mereka perlu menyediakan diari matlamat dengan menulis deskripsi matlamat mereka, rancangan tindakan yang sesuai dan bila mahukan ia tercapai. Semua bergantung kepada setiap individu, lain orang, lain cara.
4. Buang persepsi yang salah atau berfikiran negatif
Sentiasa anggap sesuatu yang telah dialami mempunyai maksud dan hikmah tersendiri. Jangan berfikaran sempit dan menyalahkan takdir atas setiap peristiwa yang telah kita harungi. Ini akan menjadikan kita seorang yang berfikir dan secara tidak langsung memberi kita motivasi untuk terus maju.
5. Hentikan perkataan negatif
Orang yang hebat adalah orang yang menilai sesuatu perkara sebelum berkata. Orang hebat juga tidak pernah berkata "Tidak". Ini kerana setiap perkataan itu menjadi tenaga dan motivasi kepada diri sendiri. Maka, berfikirlah dengan matang dan positif. Kita juga perlu melatih diri kita untuk menggunakan perkataan yang mampu membangkitkan aura dalaman kita.
6. Pedulikan apa kata orang
Kata-kata biasa sering dikatakan "Ada aku kesah?".
Untuk berubah, pasti banyak dugaannya. Hidup tanpa cabaran bukanlah kehidupan namanya. Sentiasa ingat bahawa bukan orang lain yang mengubah nasib kita tapi diri kita sendiri. Orang akan berkata apa sahaja jika kita ingin berjaya, namun tetapkan jati diri kita untuk terus mencapai kejayaan.
7. Membaca kisah orang yang berjaya
Dengan menjadikan buku sebagai rakan karib, ia bukan sahaja menambah intelektual, malah meningkatkan daya imaginasi kita. Namun, harus dipastikan apa sahaja buku yang kita baca melalui tapisan akal fikiran bagi menjana pengetahuan dan bukannya input yang membuatkan kita terus leka. Dekatilah tokoh-tokoh yang berjaya dan cuba hadiri ceramah motivasi bagi meningkatkan keinginan untuk berjaya (pastikan bukan ceramah politik yer, kalau tidak lingkup jer matlamat kita..heheh). Jika malas sekalipun, jadikan model buku yang kita baca itu sebagai pendorong kita seperti A Tribute To Dr. Mahathir Mohamad. Tapi ingat, ambil yang positif sahaja dan realistik dengan kehidupan kita.
Hitam Putih Kehidupan :
Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan
Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa
Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban
Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan
Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan
Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa
Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban
Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan
Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
wow inspired a lot !!
Jadi..
Marilah kita sama-sama berubah kearah kebaikan
No comments:
Post a Comment