3 Rahsia Yang Ditutup Rapat-Rapat adalah:
1. Jodoh
Takde siapa tahu siapa jodoh kita dan boleh tentukan siapa jodoh kita.
Tak guna kita fikir sedalam-dalamnya macam mana berjumpa jodoh dan bila
berjumpa jodoh. Kenapa eh? Lagi banyak kita fikir lagi pening dan lost
lah kita. Kenapa eh? Jodoh itu rahsia yang ditutup rapat-rapat. Oleh
sebab itu, banyak berdoa pada Allah dan yakinlah bahawa jodoh yang
ditentukanNya pasti yang terbaik dan pada masa yang kita dah bersedia
dan mampu memikul tanggungjawab
rumahtangga. Setiap hari sedekahkan al-fatihah dan doa yang terbaik buat
bakal jodoh. Jadilah yang solehah, dapatlah nanti suami yang soleh.
Yang dah bertemu jodoh, peliharalah ia dengan iman dan ihsan. Hiaskan
perkahwinan itu dengan kasih sayang.
2. Rezeki
Rezeki pun rahsia yang ditutup rapat-rapat. Ada orang cacat tubuh badan
dan derianya tapi, mampu membina empayar yang besar. Ada orang usaha
satu hari, esok dah berjaya. Belajar main-main tapi result gempak. Baca
sekali dah hafal and faham. Ada orang sempurna tubuh badan, satu kerja
pun susah nak buat.Ada orang pula kerja bagai nak gila, masih sama.
Belajar pagi petang siang malam, result biasa2. Baca berpuluh puluh kali
pun susah nak faham. Kejayaan,keluarga, harta, ketenangan dan banyak
lagi adalah rahsia Allah. Sebab tu bila kita rasa kita boleh menentukan
rezeki kita, otak boleh jadi gila dan rasa nak pecah. Bila kita rasa
kita boleh tentukan rezeki kita, hati tak tenang dan selalu dalam
kerisauan. Rezeki kita, Allah yang tentukan. Yakin lah orang berusaha
pasti berjaya. Hidup susah itu bukan selamanya.Orang bijaksana belajar
daripada kesalahan. Orang bersyukur tenang hatinya. Rezeki itukan rahsia
Allah. Apa yang kita dapat hari ini adalah yang terbaik untuk
membersihkan hati dan selalu bersyukur.
3. Ajal maut.
Sakit bukan punca meninggal dunia. Ada orang sakit kronik, hidup
bertahun-tahun. Ada yang sihat walafiat, meninggal dalam tidur. Hidup
mati itu rahsia Allah yang ditutup rapat-rapat. Selagi hidup, usahalah
menjaga kesihatan dan kehidupan yang dipinjamkan Allah dengan
bersungguh-sungguh kerana pastinya ajal akan menjemput di mana sahaja
dan pada bila-bila masa. Fikirkan kematian dan dosa sudah cukup untuk
buatkan kita menjadi insaf kerana syurga dan neraka itu benar. Semoga
diberikan pengakhiran yang terbaik di syurga.
Santapan rohani hari ini.
No comments:
Post a Comment