Pengenalan kepada Perundangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di Malaysia
Keselamatan dan kesihatan pekerjaan meruapakan satu bidang yang bertujuan melindungi keselamatan dan kesihatan pekerja. Keselamatan tempat kerja merupakan suatu aspek penting di dalam sesebuah organisasi syarikat. Kerajaan telah mengambil langkah-langkah perlu dengan memperkenalkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 pada 25 Februari 1994.
Antara faktor yang membawa kepada pengenalan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 adalah kerana terdapatnya banyak kelemahan di dalam Akta Kilang dan Jentera 1967 dan statistik kemalangan di tempat kerja yang tinggi. Sebagai contoh, insiden letupan kilang mercun di Sungai Buloh yang berlaku pada 1994 yang mengakibatkan berpuluh-puluh pekerja terperangkap dan terkorban di dalam insiden tersebut. Di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994, ianya merupakan salah satu tanggungjawab majikan untuk mengambil berat tentang keselamatan dan kesihatan para pekerja ketika bekerja dan juga orang lain yang turut berada di kawasan tersebut.
Akta ini dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari Kementerian Sumber Manusia dan dibahagikan kepada limabelas bahagian iaitu :
- Permulaan (Preliminary),
- Perlantikan Pegawai (Appointment of Officers),
- Majlis Negara bagi Keselamatan & Kesihatan (National Council for OSH) ,
- Kewajipan Am Majikan & Orang Yang Bekerja Sendiri (General Duties of Employers and Self-Employed Persons),
- Kewajipan Am Perekabentuk, Pengilang & Pembekal (General Duties of Designers, Manufacturers and Suppliers),
- Kewajipan Am Pekerja (General Duties of Employees),
- Organisasi Keselamatan & Kesihatan (Safety and Health Organizations),
- Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan & Penyakit Pekerjaan & Siasatan (Notification of Accidents, Dangerous Occurrence, Occupational Poisoning and Occupational Diseases and Inquiry),
- Larangan Terhadap Penggunaan Loji atau Bahan (Prohibition Against Use of Plant or Substance),
- Tataamalan Industri (Industry Codes of Practice),
- Penguatkuasaan & Penyiasatan (Enforcement and Investigation),
- Liabiliti bagi Kesalahan (Liability for Offences),
- Rayuan (Appeals),
- Peraturan-peraturan (Regulations), dan Pelbagai (Miscellaneous).
Organisasi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
Organisasi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja terbahagi kepada tiga iaitu :
- Jabatan Keselamatan dan Kesihatan (Department of Safety and Health),
- Majlis Negara (National Council),
- Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (National Institute of Safety and Health).
Di antara fungsi-fungsi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan adalah menguatkuasakan Akta Kilang dan Jentera 1967 dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, menjalankan kerja galakan dan promosi, mengkaji perundangan sedia ada, memberi khidmat nasihat dan kepakaran, menjadi sekretariat kepada Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
(OSHA)
- Diperkenalkan di Amerika Syarikat pada 1970.
- Berkuatkuasa di Malaysia pada Februari 1994.
- Sediakan perundangan untuk memupuk,merancang dan kendalikan mutu keselamatan & kesihatan pekerja yang tinggi semasa bekerja.
- Matlamat jangka masa panjang akta untuk hasilkan satu budaya kerja yang sihat dan selamat dikalangan pekerja dan majikan di Malaysia.
- Di bawah tanggungjawab Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja,Kementerian Sumber Manusia.
Kandungan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 (OSHA)
- 15 bahagian & mendefinisikan kewajipan am majikan, pengilang, pekerja, perekabentuk, pengimport & pembekal.
- Akta beri peruntukan perlantikan pegawai-pegawai penguatkuasa, Penubuhan Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, pembentukan polisi & penyusunan langkah-langkah utk. Keselamatan, kesihatan & kebajikan orang-orang yg sedang bekerja dpd bahaya.
- Kuasa utk penguatkuasaan & penyiasatan serta liabiliti utk kesalahan-kesalahan juga dinyatakan dgn jelas.
Objektif Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 (OSHA)
- Pastikan keselamatan. Kesihatan & kebajikan pekerja terhadap risiko yg berbangkit dpd aktiviti di tempat kerja.
- Lindungi orang awam dpd sebarang kemalangan.
- Nyatakan persekitaran pekerjaan di tempat kerja yg bersesuaian dgn keperluan fisiologi & psikologi mereka.
- Adakan perundangan Keselamatan & Kesihatan pekerjaan yg boleh digantikan secara berperingkat oleh sistem, peraturan & tata amalan industri yg diluluskan & digabungkan dgn peruntukan akta utk kekalkan atau perbaiki standard keselamatan & kesihatan.
Faktor-Faktor Pengaruhi Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan
- Dpd kajian, kemalangan berlaku kerana tiada pengurusan keselamatan & kesihatan di tempat kerja.
- Pengurusan keselamatan & kesihatan di pengaruhi oleh beberapa faktor utama:
- Kehendak Perundangan
- Faktor Kemanusiaan
- Faktor Ekonomi.
- Akta 514 –tetapkan “pengaturan kendiri” – tanggungjawab keselamatan & kesihatan di tempat kerja terletak kpd majikan & pekerja.
- Kehendak perundangan ditambah dgn penguatkuasaan oleh Jab. Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi memastikan semua tempat kerja punyai pengurusan keselamatan dan kesihatan.
Faktor Kemanusiaan
- Pengurusan keselamatan & kesihatan dianggap sbg satu syarat dlm menjawab menjamin sesebuah industri/tempat kerja diberi perhatian sbg selamat & sihat.
- Pengurusan sistematik akan angkat moral sesuatu industri.
- Faktor Ekonomi
- Setiap kehilangan kerosakan & kematian perlu dibayar premium insurans.
- Keuntungan adalah utk jangka panjang.
Kepentingan Program Keselamatan dan Kesihatan
- Tanggungjawab jaga keselamatan & kesihatan terletak pada majikan, pihak pengurusan, pekerja & komuniti.
- Pihak pengurusan atau majikan tanggung risiko secara langsung atau tidak langsung atau kedua-dua sekali akibat dpd kemalangan pekerja.
- Tanggungan Secara Langsung
- Kemalangan libatkan kerosakan jentera – libatkan kos pembaikan/ penggantian yg tinggi.
- Kos akan kurangkan aliran wang tunai sykt.
- Pampasan, SOCSO atau gaji diberikan kpd pekerja terlibat.
Tanggungan Secara Tidak Langsung
- Pihak pengurusan juga terpaksa tanggung kos pengambilan pekerja baru utk ganti pekerja yg mati/hilang upaya.
- Mungkin libatkan kos tidak langsung yg tinggi spt latihan bg pekerja baru.
- Nama baik majikan tercemar.
- Majikan terdedah kpd denda & tuntutan undang-undang.
Kemalangan di tempat kerja
- Statistik Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) – kira-kira 250 juta pekerja terbabit dlm kemalangan di tempat kerja setiap tahun, termasuk 1.6 juta yg kehilangan nyawa.
- Di Malaysia – purata 1,000 pekerja maut setiap tahun. Kajian Rambang MTUC
- Daripada 400 sykt dlm pelbagai sektor – 90% tidak punyai JKTK, termasuk sebuah sykt yg punyai hampir 2,000 pekerja (Berita Harian 29/04/2004).
- Akta sedia ada – majikan gagal patuhi hanya dikenakan denda hingga RM50,000 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya, selain wajib baginya sediakan dasar keselamatan di tempat kerja & pamerkan di tempat strategik supaya mudah dibaca.
- Kajian MTUC pada 2002 terhadap kesan mengendalikan kimia berbahaya, dapati keadaan amat membimbangkan & satu laporan mengenainya telah dikemukakan kpd Kementerian Sumber Manusia awal tahun 2003 – Ancaman kesihatan kpd pekerja sektor elektronik yg perlu kendali bahan kimia berbahaya dlm jangkamasa panjang.
- MTUC memayungi 230 kesatuan sekerja yg hanya mewakili kira-kira 500,000 pekerja atau 10% dpd jumlah keseluruhan warga pekerja di Malaysia.
- Di sektor elektronik – hanya 8,000 dpd 120,000 pekerja sertai kesatuan (BH – 29/04/2004).
Rujukan
- Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
- http://www.dosh.gov.my
Most Downloaded
- Occupational Safety and Health Act 1994 (Act 514) (66577)
- Safety and Health Officer Training Centre (59793)
- Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) (49152)
- Factories and Machinery Act (Ammendment) (2006) (46051)
- Guidelines for Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control (HIRARC), 2008 (39225)
No comments:
Post a Comment