Friday 25 December 2015

PERKAHWINAN



السلام عليكم

K.A.H.W.I.N.     Kahwin.


Kahwin tu bila kau dah ready nak kejut orang sebelah bangun solat malam, bersilat masak dan hidang makanan walaupun tengah malas berganda, pujuk dan suap bila orang tu susah nak makan, memaafkan walaupun bukan salah sendiri, menerima kekurangan dengan senyuman, menadah telinga dengar cerita walaupun tengah tak ada mood nak layan, berdiri, berlari silap ari bulan terbang buat macam macam walaupun mengantuk. Dinding pun nampak macam tilam, saling mengingatkan soal pakaian dan solat seperti dai'e, sabar melayan dan memujuk macam jaga baby umor setahun walaupun tengah penat sebakul, tidur walaupun mata masih segar bugar, tersenyum walaupun tengah moody, dan bersedia menghadapi hari esok untuk rutin yg sama sekali lagi.
Walaupun bukan setiap hari begini, tapi itulah perumpamaan perkahwinan, commitment lelaki mahupun perempuan.. jangan mengeluh sebab tak kahwin lagi, tanya diri dah ready ke nak hadapi semua ini? just prepare.
Jangan kahwin kerana cintakan seseorang, kahwinlah kerana Allah, lalu kau akan mencintai seseorang itu...

*psst : Peringatan untuk diri sendiri yang belum berkahwin ni 
 
 


Siapa yang tak mahu berkahwin dalam dunia ni.Cuma jodoh itu kita tak tahu siapa dia,di mana ,cepat atau lambat.Ada jodoh kita berjodohan, sekiranya tiada jodoh kita di dunia ,tunggu di syurga nanti.  

Secara personal, kita,saya,kamu...apa sebenarnya perasaan bila terdengar orang bercakap mengenai hal ni???????Perkataan yang nampak enteng sebenarnya bagi orang yang tak mempercayai kekuatan sebuah institusi kekeluargaan ,bagi orang yang menganggap remeh erti "tanggungjawab",bagi orang yang memang takde perasaan langsung nak berkahwin,berkeinginan nak berkeluarga atau ada lagi istilah istilah lain lagi yang saya tak berapa tahu.Sudah bersediakah kita Ini untuk melangkah kaki ke peralihan sebuah status kehidupan???Sejauh mana persediaan kita tu..dari segi agama,dari segi ekonomi,dari segi ilmu kehidupan dan  ilmu rumahtangga.Apa makna "PERKAHWINAN" itu kepada diri kita ,keluarga,agama ?


"Tipulah jika ada pasangan yang tidak pernah bergaduh disepanjang tempoh perhubungan yang dibina bersama.

Berjauh hati, bermasam muka, merajuk, berselisih faham adalah perkara lumrah yang biasa berlaku dalam perhubungan.

Ia akan berlaku walaupun untuk sekali sekala.Semua itu adalah proses mengenali dan pembelajaran dan memperbetulkan kesalahan kita untuk menjadikan kita individu yang lebih dewasa dan berfikiran lebih matang untuk kemaslahatan hidup bersama.Ketepikan dan belajar untuk buang pengaruh negatif."



Dah cukup puas fikir?Jom berkongsi ilmu .

Dalam sesebuah rumahtangga muslim,setiap anggotanya mestilah melaksanakan tanggungjawab kepada Allah s.w.t dan mematuhi perintah yang dibawa Rasulullah s.a.w.Setiap ahli keluarga mempunyai peranan terttentu terhadap keluarga mereka.Konsep kebahagiaan dn kesejahteraan keluarga tidak akan dapat dicapai sekiranya pasangan suami isteri tidak memahami tujuan perkahwinan dan tanggungjwab mengenainya.

Membangunkan insan merupakan perkara yang amat penting bagi umat Islam agar masyarakat yang kuat dapat dibentuk.Bagi membolehkan insan membangun dengan sempurna, ia perlu kepada 3 asas yang utama iaitu:
  1. akidah
  2. ibadah
  3. akhlak
Akidah dari segi bahasa: simpulan,ikatan atau pegangan

Akidah dari segi istilah: kepercayaan dan keyakinan yang pasti serta keputusan yang muktamad tidak bercampur baur dengan syak dan keraguan.

Ibadah adalah aspek pesnting dalam kehidupan manusia.Ia menjadi penghubung antara hamba dan pencipta(Allah s.w.t)

Ibadah dari segi bahasa:merendah diri,tunduk,patuh,taat dan memperhambakan diri kepada yang lain.

Ibadah dari segi istilah:taat ,patuh serta merendah diri sepenuhnya kepada Allah s.w.t mengikut peraturan dan suruhannya.

Akhlak  merupakan satu gambaran terhadap perilaku seseorang manusia.Ia mempengaruhi dalam membangunkan hubungan sesama manusia dan juga hubungan dengan Allah.


Peranan akhlak dalam keluarga

Suami  adalah pemimpin dalam sesebuah rumahtangga.Suami perlu menjadi contoh kepada ahli keluarga dengan menzahirkan akhlak yang mulia.

"sesungguhnya lelaki yang mukmin yang sempurna imannya adalah mereka yang baik tingkah laku dan lemah lembut terhadap isteri dan anak-anaknya".
                                                                       (riwayat at-tirmizi)


Isteri adalah pembantu kepada suami dalam menguruskan rumahtangga .



Dalam konteks pengurusan rumahtangga ,Islam mengkehendaki suami isteri membina hubungan mereka berasaskan akhlak mulia seperti sabar,hormat-menghormati,memelihara kehormatan diri, mentaati perintah Allah ,bertolak ansur,berkerjasama,jujur dan sebagainya.                   (riwayat al-Nasa'i) 


 

Konsep Perkahwinan Dalam Islam:


 a. Selaras dengan fitrah manusia yang memerlukan pasangan
 b. Mendapatkan zuriat yang soleh
 c. Memupuk sikap tanggung jawab


Perkahwinan Menurut Islam.

Pembentukan institusi keluarga Islam bertitik tolak daripada perkahwinan. Perkahwinan merupakan ikatan antara lelaki dan wanita melalui akad nikah dan ijab kabul. Perkahwinan merupakan satu peristiwa bersejarah yang tidak wajar dilupakan oleh seseorang yang beriman.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Maka kahwinlah kamu mana-mana yang baik bagi kamu daripada wanita dua, tiga atau empat. Maka sekiranya kamu khuatir bahawa kamu tidak dapat berlaku adil maka cukuplah seorang sahaja.
(Surah al-Nisaa’: 3)

Sementara Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

Adalah Nabi s.a.w. memerintah kami berkahwin dan menegah kami daripada membujang dengan tegahan yang keras. Dan sabda Baginda: Kahwinlah kamu dan beranak pinaklah kamu kerana sesungguhnya aku berbangga kerana banyak bilangan kamu pada hari kiamat kelak.
(HR. Imam Ahmad)


Islam juga memberi panduan yang jelas bagi seseorang lelaki memilih jodoh. Namun begitu, Islam lebih mengutamakan perempuan beriman kerana hanya keimanan saja dapat menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Sabda Rasulullah s.a.w.:


Janganlah wanita itu dikahwini kerana kecantikannya mungkin kecantikannya menyebabkan dia berperangai buruk. Dan jangan pula kerana kekayaannya kerana mungkin kekayaannya menyebabkan dia menjadi sombong dan tetapi kahwinlah wanita itu kerana agamanya. Dia seorang hamba yang hitam kulitnya tapi bersih agamanya adalah terlebih utama.
(HR. Baihaqi)


Adakah anda faham apakah yang dimaksudkan dengan nikah?

 Nikah dari segi bahasa ialah ikatan atau simpulan. Manakala, menurut istilah syarak, ia bermaksud suatu ikatan atau akad yang menghalalkan pergaulan dan membatas hak dan kewajipan serta tolong-menolong antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang bukan mahram.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:


Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku.
(HR. Ibnu Majah)






PEMILIHAN CALON 


"Kahwinlah perempuan-perempuan yang keturunan banyak anak, sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya umatku di hadapan para Nabi pada Hari Kiamat nanti."

Begitulah penekanan Rasulullah saw ke atas umatnya, baginda bangga dengan umat yang ramai kerana di situlah letaknya kekuatan agama Islam.




Islam menggalakkan mengahwini wanita-wanita asing daripada keluarga terdekat untuk meluaskan hubungan kekeluargaan dan mngukuhkan persaudaraan Islam.

Risiko dari perkahwinan sanak saudara akan melahirkan anak-anak yang tidak sihat dan lembab otak. Tujuan digalak berkahwin dengan orang yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan supaya dapat melahirkan anak-anak yang sihat, bertenaga, cantik dan pintar.

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

"Janganlah kamu nikahi wanita-wanita kerabat terdekat, maka sesungguhnya anak yang bakal lahir nanti berakhlak lemah fikiran dan akal."

Diharamkan seseorang lelaki memilih seseorang wanita yang telah dipinang saudaranya, kerana bererti ia menyerang hak dan menyakiti hati peminang pertama, memecah belah hubungan kekeluargaan dan mengganggu ketenteraman. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

"Orang mukmin satu dengan lainnya bersaudara, tidak boleh ia membeli barang yang sedang dibeli saudaranya, dan meminang pinangan saudaranya sebelum ia tinggalkan."




Islam juga mengutamakan wanita yang masih gadis untuk dipadankan dengan lelaki yang muda belia, sebab itulah disunatkan memilih gadis.


Rasulullah saw menyatakan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan isteri berbanding dengan janda.

Rasulullah saw bersabda:

"Kahwinlah para gadis kerana sesungguhnya, mereka itu menarik tutur bahasanya, bersih rahimnya (mampu berzuriat), kurang dalihnya dan mudah meredhai kerjanya."








Walau bagaimana, terdapat pula keadaan tertentu apabila janda pula menjadi yang utama. Misalnya, untuk menyelesaikan masalah perlindungan kepada janda dan anak-anak.

Islam turut menghormati taraf kedudukan seseorang, sebab itulah pemilihan pasangan hidup hendaklah juga mengambil kira taraf atau sekufu. Firman Allah swt yang bermaksud:

"Lelaki yang berzina tidak boleh berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina juga atau perempuan musyrik. Dan perempuan yang berzina tidak boleh dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina juga ataupun lelaki yang musyrik. Yang demikian itu haram terhadap orang yang beriman."

"Wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat adalah untuk wanita-wanita yang jahat, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik."

Ayat di atas patut menjadi iktibar, terutama kepada para lelaki dan wanita yang ingin berkahwin. Kepada yang sudah berumahtangga, ambillah iktibar ini dan muhasabah kepada diri kita kembali apabila menghadapi masalah dalam rumahtangga dan mengapa Allah swt pertemukan jodoh kita dengan pasangan kita sekarang.

 
I believe in Islam like the sun rising, not because I can see it, but because by it I see everything else.

Ciri-ciri bakal suami :

Wanita berhak memilih bakal suami.Kriteria yang perlu diberi perhatian:

  1. menghayati agama
  2. memiliki akhlak yang baik
  3. mampu(setaraf)

Ciri-Ciri Calon Suami Yang Baik Menurut Islam


Pemilihan seorang wanita bagi mencari bakal suami yang memiliki ciri-ciri calon pilihan suami yang baik menurut Islam adalah sukar sebenarnya. Memang benar bahawa jodoh dan pertemuan itu takdir dan ketentuan Allah سبحانه وتعالى. Namun ketentuan ini tidak menafikan usaha dan ikhtiar.

Syaidatina Aisyah r.ha. berkata, “Pernikahan hakikatnya adalah penghambaan, maka hendaknya dia melihat dimanakah kehormatannya akan diletakkan.”

Berikut adalah ciri-ciri calon pilihan suami yang baik menurut Islam:
 .
1. Berkemampuan

Lelaki yang berkemampuan sebagaimana hadis Rasulullah Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah :
“Wahai permuda-pemuda; sesiapa di antara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu.”

Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang kebiasaan, serta pakaian untuk menutup aurat. Seperti memberi makan dengan apa yang dia (suami) sendiri makan, memberi pakaian dengan apa yang dia sendiri pakai. Bukan bermaksud memberi pakaian lelaki kepada isterinya, tetapi taraf kualiti sesuatu itu, yang diperuntukkan untuk dirinya, itulah yang diperuntukkan untuk isterinya juga. Maknanya lelaki yang bertanggung jawab. Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku perceraian.
.
2. Tidak Dayus

Lelaki yang sanggup menjadi pembela pasangannya. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi perempuan daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi dan menjadi isterinya, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.
.
3. Baik

Pandai menjaga darjat diri dan menepati janji, apabila berkata dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.
.
4. Tidak Membebankan

Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan. Bukan dari jenis lelaki yang tidak bertimbang rasa, yang sentiasa memerintahkan isterinya itu dan ini tanpa mengira isterinya sakit atau kepenatan. Kelebihan ini juga bukan jalan kepada pihak isteri untuk mengambil kesempatan dan mesambil lewakan layanannya kepada suami.
.
5. Mempercayai Isteri

Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersikap ‘suuzon’ iaitu tidak bersangka buruk terhadap isteri. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk. Si isteri pula janganlah memusnahkan amanah dan kepercayaan yang diberi.
.
6. Bertanggungjawab

Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Mungkinlah pendapat ‘memakan harta perempuan’ di sini adalah sepertinya seorang suami yang tidak melakukan apa-apa dengan bersenang-senangan semata-mata. Dan menghabiskan harta isterinya dalam jalan mungkar, syahwat dan sia-sia pula.

Allah سبحانه وتعالى sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha yang semaksima mungkin.

Namun begitu suami boleh menggunakan harta si isteri dengan kerelaannya bukan berdasarkan niat mengambil kesempatan. Dan seperti yang kita ketahui juga Khadhijah r.ha. telah menghabiskan hartanya demi membantu suaminya (Rasulullah ) dalam menegakkan agama suci, Islam.

Khadijah r.ha. diriwayatkan telah membuka isi hati kepada suaminya dengan ucapan: “Wahai Al-Amiin, bergembiralah! Semua harta kekayaan ini baik yang bergerak maupun yang tidak bergerak, yang terdiri dari bangunan-bangunan, rumah-rumah, barang-barang dagangan, hamba-hamba sahaya adalah menjadi milikmu. Kamu bebas membelanjakannya ke jalan mana yang kamu redhoi !”

Dan sebagaimana Firman Allah سبحانه وتعالى:
وَوَجَدَكَ عَائِلًا فَأَغْنَىٰ ﴿٨﴾
“Dan Dia (Allah) mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kekayaan.”
(Surah Adh-Dhuhaa: Ayat 8)
.
7. Mudah Memaafkan

Sifat mudah memaafkan ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasulullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.
.
8. Berketurunan Baik Dan Rajin Beribadah

Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia serta sangat menghormati orang tua, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup.
.
Apa yang lebih utama dari segala huraian di atas ialah Agamanya. Pilihlah yang beragama dan teguh dengan pegangan Islam ini. Tidak mengapa jika calon suami itu terkurang sedikit dari segi keduniaannya, tetapi lebih dari segi agamanya.

Firman Allah سبحانه وتعالى:
إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّـهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ﴿١٣﴾
“Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Bahawasanya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah Al-Hujuraat 49: Ayat 13)

Syarat bagi seorang lelaki untuk masuk syurga menjadi anak yang soleh kepada ibu bapanya manakala syarat bagi wanita pula menjadi isteri yang solehah kepada suaminya yang akan membawanya ke syurga kelak.
Dalam memilih bakal isteri, Islam menggariskan beberapa panduan untuk mengekalkan perhubungan suami isteri agar mereka dapat hidup bahagia sepanjang masa. MENCARI calon isteri bukanlah suatu perkara mudah seperti membeli barang di pasar atau pasar raya. Setiap orang inginkan bakal isteri yang sempurna dalam banyak perkara. Islam sendiri menggariskan beberapa ciri dalam memilih calon isteri bagi kebahagiaan yang berkekalan
Ciri-ciri bakal isteri:
  1.    Berharta
  2.    Berketurunan baik
  3.    Cantik
  4.    Beragama 
Perempuan yang haram dikahwini:

i.         Haram selama-lamanya, ada 3 faktor / sebab utama :
·         Faktor keturunan. Contoh :
1)       Ibu, nenek dan ke atas
2)       Anak, cucu, cicit dan ke bawah
3)       Adik beradik perempuan seibu sebapa
4)       Adik beradik perempuan seibu
5)       Adik beradik perempuan sebapa
6)       Emak saudara sebelah bapa
7)       Emak saudara sebelah ibu
8)       Anak saudara dari adik beradik perempuan dan ke bawah
9)       Anak saudara dari adik beradik lelaki dan ke bawah
·         Faktor penyusuan. Contoh :
1)       Ibu susuan
2)       Adik beradik ibu susuan
3)       Adik beradik susuan
4)       Anak saudara ibu susuan
5)       Ibu mentua susuan
·         Faktor musaharah / persemendaan. Contoh :
1)       Ibu mentua dan ke atas
2)       Ibu tiri dan ke atas sama ada telah disetubuhi atau tidak
3)       Anak tiri (jika ibunya telah disetubuhi)
4)       Menantu perempuan dan isteri cucu lelaki dan ke bawah sama ada telah disetubuhi atau tidak
ii.        Haram buat sementara waktu
·         Perempuan yang ditalak tiga
·         Isteri orang
·         Perempuan yang masih dalam idah
·         Perempuan yang sedang hamil hasil perzinaan
·         Perempuan yang tidak beragama samawi
·         Mengumpul isteri dengan mahramnya seperti adik beradiknya atau anak saudaranya dalam satu masa
·         Perempuan yang hendak dijadikan isteri kelimanya sedangkan ia sedang memiliki 4 orang isteri


Peminangan dan batas-batas pergaulan
 
a.       Merisik
§    Maksud:          langkah awal dalam proses memilih calon isteri yang sesuai serta menepati ciri-ciri yang dihendaki oleh seseorang
§    Islam mengharuskan seseorang lelaki dan perempuan melihat bakal tunangnya
b.       Meminang
§   Maksud:          lamaran daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan isterinya
§   Konsep :     
-          Tanda persetujuan pihak lelaki untuk mengambil seseorang wanita sebagai isteri
-          Boleh dilakukan dengan lafaz terang atau kiasan
-          Biasanya pihak lelaki memberikan hadiah kepada pihak perempuan ( ia tidak bertentangan dengan ajaran islam, asalkan tidak berlaku pembaziran atau ada unsur maksiat )

c.        Batas pergaulan dalam tempoh pertunangan :
§         Masih seperti orang asing / ajnabi
§        Diharamkan bergaul bebas dan keluar berdua-duaan tanpa mahram


Rukun & Syarat Sah Nikah
Rukun nikah
  1. Pengantin lelaki (Suami)
  2. Pengantin perempuan (Isteri)
  3. Wali
  4. Dua orang saksi lelaki
  5. Ijab dan kabul (akad nikah)
   * singkatan S.I.S.W.A.


Syarat Sah Nikah

Syarat bakal suami
  • Islam
  • Lelaki yang tertentu
  • Bukan lelaki mahram dengan bakal isteri
  • Mengetahui wali yang sebenar bagi akad nikah tersebut
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
  • Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa
  • Mengetahui bahawa perempuan yang hendak dikahwini adalah sah dijadikan isteri
Syarat bakal isteri
  • Islam
  • Perempuan yang tertentu
  • Bukan perempuan mahram dengan bakal suami
  • Bukan seorang khunsa
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Tidak dalam idah
  • Bukan isteri orang
   Jenis-jenis wali :
i.         Wali nasab ( keturunan )
a.       Wali mujbir
b.       Wali bukan mujbir
ii.       Wali hakim
-          Mereka yang diberi kuasa oleh sultan atau pemerintah untuk mengahwinkan perempuan ketika ketiadaan wali, keengganan atau hilang kelayakan wali nasab untuk mengahwinkannya
Syarat wali
  • Islam, bukan kafir dan murtad
  • Lelaki dan bukannya perempuan
  • Baligh
  • Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Tidak fasik
  • Tidak cacat akal fikiran,gila, terlalu tua dan sebagainya
  • Merdeka
  • Tidak ditahan kuasanya daripada membelanjakan hartanya

    Syarat perkahwinan dari wali mujbir:
    i.         anak dan bapa tidak bermusuhan
    ii.       bakal suami sekufu dengan anaknya
    iii.      mas kahwinnya tidak kurang dari mas kahwin adik-beradik perempuannya
    iv.      bakal suami anaknya mampu membayar mas kahwin
    v.       bakal suami anaknya mampu menanggung keperluan hidup / tidak mendatangkan mudarat
    ·     
    Sebab yang mengharuskan perpindahan wali nasab kepada wali hakim:
     

    i.         Tidak terdapat wali nasab mengikut susunan
    ii.       Wali akrab tidak dapat dikesan dan tidak diketahui sama ada hidup atau mati
    iii.      Wali tinggal jauh melebihi dua marhalah
    iv.      Wali akrab dalam tahanan dan tidak dapat dihubungi
    v.       Wali sedang dalam ihram haji atau umrah
    vi.      Wali mnyembunyikan diri
    vii.    Wali setaraf bergaduh dan tidak dapat diselesaikan
    viii.   Wali sendiri yang hendak berkahwin dengan perempuan itu dan tiada wali lain yang setaraf dengannya
    ix.      Wali enggan mewalikan perempuan itu
* Sebaiknya bakal isteri perlulah memastikan syarat WAJIB menjadi wali. Sekiranya syarat wali bercanggah seperti di atas maka tidak sahlah sebuah pernikahan itu. Sebagai seorang mukmin yang sejati, kita hendaklah menitik beratkan hal-hal yang wajib seperti ini. Jika tidak di ambil kira, kita akan hidup di lembah zina selamanya.

   Susunan wali :
  •  Bapa (wali mujbir)
  •   Datuk sebelah bapa (wali mujbir)
  •   Adik beradik lelaki seibu sebapa
  •    Adik beradik lelaki sebapa
  •    Anak saudara lelaki dari adik beradik lelaki seibu sebapa dan ke bawah
  •   Anak saudara lelaki dari adik beradik lelaki sebapa dan ke bawah
  •   Bapa saudara seibu sebapa dan ke atas
  •    Bapa saudara dari sebelah bapa
  •     Anak lelaki dari bapa saudara seibu sebapa (sepupu)
  •     Anak lelaki dari bapa saudara pihak bapa (sepupu)
  •     Raja (wali hakim)


Syarat-syarat saksi
  • Sekurang-kurangya dua orang
  • Islam
  • Berakal
  • Baligh
  • Lelaki
  • Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul
  • Dapat mendengar, melihat dan bercakap
  • Adil (Tidak melakukan dosa-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil)
  • Merdeka
Syarat ijab
  • Pernikahan nikah ini hendaklah tepat
  • Tidak boleh menggunakan perkataan sindiran
  • Diucapkan oleh wali atau wakilnya
  • Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(nikah kontrak e.g.perkahwinan(ikatan suami isteri) yang sah dalam tempoh tertentu seperti yang dijanjikan dalam persetujuan nikah muataah)
  • Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu ijab dilafazkan)
* Contoh bacaan Ijab:Wali/wakil Wali berkata kepada bakal suami:"Aku nikahkan/kahwinkan engkau dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai".

Syarat qabul
  • Ucapan mestilah sesuai dengan ucapan ijab
  • Tiada perkataan sindiran
  • Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu)
  • Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(seperti nikah kontrak)
  • Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu qabul dilafazkan)
  • Menyebut nama bakal isteri
  • Tidak diselangi dengan perkataan lain
* Contoh sebutan qabul(akan dilafazkan oleh bakal suami):"Aku terima nikah/perkahwinanku dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai" ATAU "Aku terima Diana Binti Daniel sebagai isteriku".

Mahar

a.       Maksud mahar :
·         Suatu pemberian wajib daripada suami kepada isteri sama ada dalam bentuk wang atau sesuatu yang bernilai selepas akad nikah
b.       Hukum nahar :
·         wajib
c.        Jenis nahar :
·         Mahar musamma:
-          Mahar yang ditentukan kadarnya dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak
·         Mahar misil  :
-          Mahar yang ditentukan kadaarnya mengikut kadar mahar saudara-saudara perempuan pihak isteri
d.       Kadar mahar:
·         Islam tidak menetapkan kadar mahar
·         Ia bergantung kepada persetujuan dan budi bicara kedua belah pihak bakal suami dan isteri
·         Kedudukan isteri dan suami diambil kira sebagai asas penentuan
e.       Hikmah kadar mahar tidak ditetapkan oleh islam:
·         Membolehkan pihak suami dan isteri berbincang mengenai kadar yang sesuai dan berpatutan
·         Islam tidak mahu membebankan umatnya dengan menetapkan perkara yang diluar kemampuan dan taraf umatnya
·         Islam mahu umatnya mengamalkan sifat bersederhana dan berbelanja mengikut kemampuan masing-masing
f.         Syarat mahar :
·         Ulamak mazhab syafie dan hanbali berpendapat bahawa semua barang atau manfaat yang boelh dijadikan bayaran atau upah boleh dijadikan mahar
·         harta yang bernilai
·         bukan harta yang dirampas
·         bersih dan halal
·         kadar dan jenis disebut dengan jelas
g.       Hikmah diwajibkan mahar :
·         Melahirkan keikhlasan suami dan isteri atas perkongsian hidup bersama
·         Sebagai tanda kesanggupan suami untuk membina rumahtangga
·         Sebagai persiapan pertama bagi suami untuk memikul tanggungjawab memberikan nafkah kepada isteri
·         Memulia dan mengiktiraf kedudukan kaum wanita


 Walimatul urus
a.       Maksud walimatul urus :
·         kenduri / jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan
b.       Hukum walimatul urus :
·         Sunat muakkad
c.       Adab walimatul urus :
·         Diadakan secara sederhana dan tidak membawa kepada pembaziran serta bergolok gadai
·         Tidak menimbulkan sifat riyak dan bangga diri
·         Tidak mengandungi unsur-unsur maksiat dan khurafat seperti mengadakan upacara tepung tawar untuk menolak bala atau percampuran bukan mahram tanpa batas
d.       Hikmah walimatul urus :
·         Melahirkan rasa kesyukuran kepada allah kerana dapat membina rumahtangga
·         Melahirkan rasa kegembiraan atas ikatan perkahwinan
·         Tanda tahniah dan selamat kepada pasangan pengantin
·         Mengisytiharkan kepada orang ramai bahawa pasangantelah menjadi suami isteri yang sah





 
1. Konsep Perkahwinan Dalam Islam: a. Selaras dengan fitrah manusia yang memerlukan pasangan b. Mendapatkan zuriat yang soleh c. Memupuk sikap tanggung jawab

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Hukum Perkahwinan :

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

HUKUM PERKAHWINAN:


HARUS  :Tiada tuntutan mendesak @ perkara yang mengharamkannya
WAJIB   :Mampu zahir dan batin,dikhuatiri teribat dengan zina
SUNAT  :Mampu zahir dan batin,tidak dikhuatiri terlibat dengan zina
MAKRUH:Tidak mampu nafkah zahir tetapi berkeinginan berkahwin
HARAM  :Tidak mampu atau melakukan kezaliman kepada pasangan


4. Hikmah Perkahwinan :

a. Menjamin Kesihatan – mengelakkan daripada penyakit kelamin
b. Memenuhi tuntutan rohani dan jasmani
c. Menjalinkan silaturrahim antara kedua belah pihak 
d. Memberi ketenteraman kepada suami dan isteri.




 Asas Pembinaan Rumah Tangga untuk Menjamin Kebahagiaan : 


a. Iman dan takwa
b. Kasih sayang dan kasihan belas
c. Pergaulan yang baik 

Persediaan Sebelum Memasuki Gerbang Perkahwinan :



a. Ilmu dan akhlak
b. Fizikal dan mental 
c. Ekonomi yang stabil



.مع السلامه
1. Konsep Perkahwinan Dalam Islam: a. Selaras dengan fitrah manusia yang memerlukan pasangan b. Mendapatkan zuriat yang soleh c. Memupuk sikap tanggung jawab

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
1. Konsep Perkahwinan Dalam Islam: a. Selaras dengan fitrah manusia yang memerlukan pasangan b. Mendapatkan zuriat yang soleh c. Memupuk sikap tanggung jawab 2. Pengertian Perkahwinan a. Bahasa : Cantum /himpun b. Istilah Syarak : Akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa yang membawa maksud nikah untuk menghalalkan persetubuhan lelaki dan perempuan 3. Hukum Perkahwinan : Hukum Keterangan Harus Tiada tuntutan mendesak atau tiada perkara yang mengharamkannya Wajib Mampu zahir dan batin,dikhuatiri terlibat dengan zina Sunat Mampu zahir dan batin, tidak dikhuatiri terlibat dengan zina Makruh Tidak mampu nafkah zahir tetapi berkeinginan berkahwin Haram Tidak mampu atau melakukan kezaliman kepada pasangan. 4. Hikmah Perkahwinan : a. Menjamin Kesihatan – mengelakkan daripada penyakit kelamin b. Memenuhi tuntutan rohani dan jasmani c. Menjalinkan silaturrahim antara kedua belah pihak d. Memberi ketenteraman kepada suami dan isteri. 5. Asas Pembinaan Rumah Tangga untuk Menjamin Kebahagiaan : a. Iman dan takwa b. Kasih sayang dan kasihan belas c. Pergaulan yang baik 6. Persediaan Sebelum Memasuki Gerbang Perkahwinan : a. Ilmu dan akhlak b. Fizikal dan mental c. Ekonomi yang stabil 7. Implikasi Perkahwinan Yang Tidak Mengikut Undang-Undang Keluarga Islam: Implikasi Keterangan Diri - Dikenakan tindakan undang-undang - Dipandang serong Keluarga - Nama baik keluarga akan tercemar. Masyarakat - Menjadi kucar kacir kerana tidak menghormati undang-undang

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

1. Konsep Perkahwinan Dalam Islam: a. Selaras dengan fitrah manusia yang memerlukan pasangan b. Mendapatkan zuriat yang soleh c. Memupuk sikap tanggung jawab 2. Pengertian Perkahwinan a. Bahasa : Cantum /himpun b. Istilah Syarak : Akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa yang membawa maksud nikah untuk menghalalkan persetubuhan lelaki dan perempuan 3. Hukum Perkahwinan : Hukum Keterangan Harus Tiada tuntutan mendesak atau tiada perkara yang mengharamkannya Wajib Mampu zahir dan batin,dikhuatiri terlibat dengan zina Sunat Mampu zahir dan batin, tidak dikhuatiri terlibat dengan zina Makruh Tidak mampu nafkah zahir tetapi berkeinginan berkahwin Haram Tidak mampu atau melakukan kezaliman kepada pasangan. 4. Hikmah Perkahwinan : a. Menjamin Kesihatan – mengelakkan daripada penyakit kelamin b. Memenuhi tuntutan rohani dan jasmani c. Menjalinkan silaturrahim antara kedua belah pihak d. Memberi ketenteraman kepada suami dan isteri. 5. Asas Pembinaan Rumah Tangga untuk Menjamin Kebahagiaan : a. Iman dan takwa b. Kasih sayang dan kasihan belas c. Pergaulan yang baik 6. Persediaan Sebelum Memasuki Gerbang Perkahwinan : a. Ilmu dan akhlak b. Fizikal dan mental c. Ekonomi yang stabil 7. Implikasi Perkahwinan Yang Tidak Mengikut Undang-Undang Keluarga Islam: Implikasi Keterangan Diri - Dikenakan tindakan undang-undang - Dipandang serong Keluarga - Nama baik keluarga akan tercemar. Masyarakat - Menjadi kucar kacir kerana tidak menghormati undang-undang

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
1. Konsep Perkahwinan Dalam Islam: a. Selaras dengan fitrah manusia yang memerlukan pasangan b. Mendapatkan zuriat yang soleh c. Memupuk sikap tanggung jawab 2. Pengertian Perkahwinan a. Bahasa : Cantum /himpun b. Istilah Syarak : Akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa yang membawa maksud nikah untuk menghalalkan persetubuhan lelaki dan perempuan 3. Hukum Perkahwinan : Hukum Keterangan Harus Tiada tuntutan mendesak atau tiada perkara yang mengharamkannya Wajib Mampu zahir dan batin,dikhuatiri terlibat dengan zina Sunat Mampu zahir dan batin, tidak dikhuatiri terlibat dengan zina Makruh Tidak mampu nafkah zahir tetapi berkeinginan berkahwin Haram Tidak mampu atau melakukan kezaliman kepada pasangan. 4. Hikmah Perkahwinan : a. Menjamin Kesihatan – mengelakkan daripada penyakit kelamin b. Memenuhi tuntutan rohani dan jasmani c. Menjalinkan silaturrahim antara kedua belah pihak d. Memberi ketenteraman kepada suami dan isteri. 5. Asas Pembinaan Rumah Tangga untuk Menjamin Kebahagiaan : a. Iman dan takwa b. Kasih sayang dan kasihan belas c. Pergaulan yang baik 6. Persediaan Sebelum Memasuki Gerbang Perkahwinan : a. Ilmu dan akhlak b. Fizikal dan mental c. Ekonomi yang stabil 7. Implikasi Perkahwinan Yang Tidak Mengikut Undang-Undang Keluarga Islam: Implikasi Keterangan Diri - Dikenakan tindakan undang-undang - Dipandang serong Keluarga - Nama baik keluarga akan tercemar. Masyarakat - Menjadi kucar kacir kerana tidak menghormati undang-undang

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu



 

No comments:

Post a Comment