Sunday 20 December 2015

SABAR





"Was tainu bisobri was solah, wa innaha lakabiratun ila alal khosyiin"

(Maksudnya:
Meminta tolonglah dengan sabar dan solat dan sesungguhnya perkara ini sangat berat
kecuali bagi orang yang khusyuk.)



Huraian ayat yang dipangkalnya iaitu meminta tolonglah kepada Allah.Tuhan menganjurkan kepada kita
supaya kita meminta pertolongan kepada-Nya, supaya kita boleh bersabar.

Belajar pujuk diri sendiri, awak.
If you can’t help yourself feel better, then no one can. Be strong!

Memang Allah sentiasa ada untuk kita. Tapi awak tetap kena usaha, doa dan barulah berserah. Terus.
Senyumlah.

Tuhan takdirkan semua kita ada bahagian masing-masing. Jika nak tenang perlu selalu positif. Usaha kita nak positif tu pun Tuhan nilai tau.

Fikir lebih jauh ke hadapan.

Stop crying.InsyaAllah, dipermudah.
.




Mudah-mudahan ilmu ini dapat menjadi panduan hidup kita, dapat kita hayati dan applykan dalam
perjuangan dan kehidupan kita. Walaupun ayat ini pendek, tapi bunyi arahan Tuhan ini besar. Hendaklah
kamu meminta tolong kepada Tuhan tentang kesabaran. Bunyi ayat ini sahaja sudah terasa besar,
sedangkan sifat mahmudah banyak. Sifat mahmudah lain tidak pula Tuhan anjurkan kita minta tolong
pada Tuhan. Tuhan tidak anjurkan, hendaklah kami minta tolong pada Allah supaya tawadhuk, pemurah,
berani dan lain-lain sifat mahmudah. Tetapi tentang sabar umat Islam disuruh minta tolong pada Tuhan.
Disini kita faham sabar tu besar, payah hendak diamalkan. Bahkan kalau boleh kita amalkan,
mahmudah-mahmudah yang lain, tanpa kita sedari, ada unsur sabar di situ. Kalau tak ada unsur sabar
tak boleh berani, tak boleh pemurah, tak boleh tawaddhu dan lain-lain.



Itu di segi apa yang Tuhan ucapkan menunjukkan sabar itu susah hendak dilaksanakan. Lebih-lebih lagi
sabar sudah jadi bahasa Malaysia, sudah jadi budaya Malaysia. Tiap hari kita bercakap, kena sabarlah,
eloklah bersabar. Oleh kerana bahasa Quran sudah jadi bahasa Melayu, dari pada orang kampung
sampai orang bandar cakap sabar, sabar. Jadi perkara yang mudah diperkatakan, biasanya kita pandang
enteng, sedangkan hakikatnya ia mudah dikatakan tak mudah diamalkan.

Jadi kalau sampai ada ayat yang Allah khas arahkan untuk kita minta tolong pada Tuhan supaya
bersabar sedang untuk sifat mahmudah lain tidak, kita faham susahnya nak sabar, walaupun kita tak
nampak ilmunya tentu kita dapat agak, mengapa dengan mahmudah yang satu ini Tuhan suruh minta
tolong dengan Dia sedang mahmudah lain Tuhan tidak suruh minta tolong dengan Dia?

Para-para rasul nak dapat gelaran ulul azmi, bukan dirujuk dengan sifat berani, sifat pemurahnya tapi
dirujuk dengan sifat sabarnya. Hanya 5 orang yang dapat gelaran itu. Rasul yang dapat ulul azmi, bukan
kerana hebat berjuang, bukan kerana hebat berkorban tapi kerana sabar. Itu pun 5 orang sahaja. Di sini
menunjukkan sabar itu mudah disebut tapi tidak mudah diamalkan. Sebab tu siapa yang boleh
melakukan sabar, apa kata Tuhan?

Diberi pahala kepada orang sabar itu tanpa hisab.

Kalau kebaikan yang lain 1 bayar 10, kalau ikhlas lagi 1 bayar 70, kalau ikhlas lagi 1 bayar 700, ikhlas
lagi 1 bayar 7,000. Kalau sabar terpulang kepada Tuhan, nak bagi 1 juta, 100 juta. Di sini kita nampak
orang boleh sabar ini luar biasa, Tuhan bagi markah tak kira-kira. Kalau orang pemurah, tawadhuk, orang
pemaaf, Allah tidak bagi pahala tanpa hisab. Mahmudah lain paling tinggi 7,000, sabar tak kira, terpulang
pada Tuhan, begitulah Tuhan sudah janji pada diri-Nya. Siapa sabar Aku akan bagi pahala terpulang
pada Aku sebanyak mana Aku nak bagi. Kalau mahmudah lain, ada kira paling banyak 7,000. Di sini kita
nampak besarnya nilai sabar itu. Orang yang boleh sabar ini orang yang takut pada Tuhan. Khusyuk
dalam ayat tu maksudnya takut.




Orang pemurah tidak begitu takut dengan Tuhan, dia nak pahala. Orang berani tak mesti takut dengan
Tuhan, dia nak pahala. Tapi sabar kalau tak takut dengan Tuhan, tak boleh sabar.

 
"Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia dan juga ujian ketika hidup di dunia; dan

amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu."



#sabar.pdf(application/pdf object)
Dalam Hadis :
Ashobru junnatun
Sabar itu adalah perisai.

No comments:

Post a Comment