Setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini telah pun di tetapkan
rezekinya samaada banyak atau sedikit sejak di dalam kandungan ibunya
lagi. Keyakinan kepada rezeki yang datangnya daripada Allah SWT adalah
merupakan salah satu daripada rukun iman yang ke 6 iaitu percaya kepada
qada dan qadar.
Setiap rezeki manusia sudah ditetapkan oleh Allah. Jadi kita tidak perlu risau akan hal ini.
Allah
SWT menyebut di dalam surah al-An’am, ayat 151 yang bermaksud :
“Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka. (yakni
anak-anak)”
Walaubagaimana pun kita perlu berusaha dan bertawakal kepada Allah SWT untuk memiliki rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.
Beberapa amalan untuk mendapat rezeki yang murah adalah seperti berikut :
1.Menjaga hubungan dengan pencipta
2.Banyakkan beristighfar dan mengnigati Allah
3.Berbakti dan mendoakan kedua ibubapa
4.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
5.Bersedekah
6.Menjalin silaturrahim.
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya
dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya
(menjalini silaturahim)” (Hadis Riwayat Bukhari)
7.Syukur diatas segala nikmat pemberian Allah.
Firman Allah SWT maksudnya : “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur,
nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu
kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Surah Ibrahim ayat 7)
8. Berusaha dengan bersungguh-sungguh keluar rumah mencari rezeki.
No comments:
Post a Comment