Gizi seimbang bermaksud pemakanan harian yang mengandungi kesemua kelas makanan dengan kuantiti yang betul dalam jumlah yang mencukupi.
Amalan pemakanan yang sihat boleh dirancang dengan menggunakan piramid makanan yang juga digunakan dalam penyediaan makanan sihat.
Terdapat banyak kepentingan apabila kita makan makanan yang berkhasiat. Antara kepentingannya ialah membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia bermaksud kanak-kanak dapat membesar dengan normal. Selain itu,kepentingan makan makanan yang berkhasiat dapat membolehkan manusia bekerja secara produktif dan selesa. Manusia memerlukan tenaga yang banyak dalam kehidupan seharian terutamanya orang yang bekerja sebagai buruh binaan dan petani-petani. Oleh itu, dengan mengamalkan amalan pemakanan yang sihat, mereka dapat bekerja secara produktif. Di samping itu, dengan memakan makanan yang berkhasiat kita dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, kencing manis dan osteoporosis(reput tulang).
Kita juga dapat mempraktikkan amalan pemakanan yang betul berpandukan piramid makan untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat. Pengambilan makanan yang berlebihan bagi setiap kumpulan makanan dalam pyramid makanan atau makanan tidak seimbang bukan sahaja boleh menyebabkan penambahan berat badan, malah merupakan salah satu tanda awal ransangan terhadap setiap penyakit yang bakal kita hadapi. Kita memerlukan jadual atau carta di dalam memilih setiap makanan yang berkhasiat bagi mengekal kesihatan badan kita dan juga mengelak dari sebarang penyakit. Sekiranya kita tersilap memilih makanan untuk di makan setiap hari ia boleh mengundangkan penyakit pada badan kita. Selain daripada itu adalah merupakan satu keperluan bagi setiap individu dalam merancang pemakanan seimbang dengan menggunakan senarai kalori makanan yang kita makan seharian. Sebagai contohnya, untuk sarapan pagi kita boleh mengambil secawan susu, roti dan jem dan untuk makan tengahari pula, kita boleh mengambil sepinggan nasi putih, semangkuk sup sayur, seekor ikan goreng dan jus buah-buahan. Untuk makan malam pula,kita boleh mengambil sepinggan nasi putih,kari ayam, sayur-sayuran dan segelas air kosong.
No comments:
Post a Comment