Tuesday, 22 December 2015

SIKAP


السلام عليكم



MENGAPA terdapat sebahagian orang berjaya dalam kehidupan peribadi ,keluarga dan karier tetapi ada juga yang tidak?

Namun ,semua orang mempunya kuasa untuk menyedari potensi diri dan menukar kesediaan dan kemampuan dalam tindakan dan mencapai hasil yang baik.Apa yang membezakan kelainan ini adalah sikap seseorang, cara berfikir dan merasai.

Masa lebih berharga daripada wang ringgit. Tapi, realitinya, ramai yang lebih mengambil berat soal wang ringgit daripada mengambil berat terhadap soal masa.
Buktinya kita dapat lihat berapa ramai yang menghabiskan dan membiarkan masa mereka berlalu begitu sahaja.
Setiap urusan berkaitan simpanan wang ringgit di dalam akaun bank kita akan direkodkan oleh pihak bank. Setiap wang keluar dan masuk perlu direkodkan bagi memastikan tiada kehilangan wang.
Tidak cukup dari itu, kita juga ada merekod sendiri perbelanjaan kita setiap hari dalam buku yang kita khaskan.
Lebih-lebih lagi jika kita terlibat dalam perniagaan, urusan kira-kira menjadi amat penting.
Sebagaimana kita mengambil berat soal kira-kira wang ringgit, kita juga perlu mengambil berat soal pengurusan masa kita dengan merekod dan membuat ‘kira-kira’ penggunaan masa kita setiap hari.
Ya. Rahsia orang yang berjaya dan cemerlang adalah terletak pada pengurusan masa mereka. Bukannya pada banyaknya harta mereka.


Encyclopedia Britannica mendefinisikan sikap sebagai "Sebuah posisi mental yang berkaitan dengan fakta atau kenyataan:perasaan atau emosi terhadap sebuah fakta atau kenyataan.

Mengikut Hogg & Vaughan (2005, p 150) " Sikap berkaitan dengan keyakinan,perasaan dan kecenduurangan perilaku sosial benda-benda bermakna,kelompok peristiwa atau simbol ."

Dipendekkan ,maknanya sikap adalah cara bagaimana kita merasai dan berfikir tentang orang,benda dan peristiwa dalam tahap setuju atau tidak setuju.


Dulu waktu sekolah rendah, kalau DATANG LAMBAT,kakak dan abang pengawas ambik nama lepas tu kena denda kutip sampah sekitar kawan sekolah.


Naik sekolah menengah, kalau DATANG LAMBAT, pengawas ambik nama juga. Kena denda juga kutip sampah atau cuci tandas.

Masuk universiti, kalau DATANG LAMBAT ke kuliah, lecturer potong ‘carry mark’ ,end up bila banyak sangat,pastu tak cukup jam kredit tak lepas masuk exam hall. Ada juga yang terus tak boleh masuk kuliah terus satu hari sebab lecturer kunci pintu.

Bila dah bekerjaya, kalau DATANG LAMBAT, bos akan marah, bonus dan kenaikan gaji terjejas. Bahkan kalau selalu sangat, HR akan hantar showcause letter.

 Tapi.........................................................

Kalau DATANG LAMBAT solat jemaah, samada tertinggal rakaat pertama atau bahkan kalau datang ketika tahiyyat akhira, Allah tetap beri ganjaran 27 kali pahala. Tak kena tolak jadi 20, 10 atau 7. Tetap juga 27. Cuma pahala afdhalnya yang mungkin berbeza di sisi Allah.





Sikap kita dibentuk dan diperolehi dari apa yang kita ketahui dan dari proses bagaimana kita mengetahui sesuatu. Ia juga datang dari pengaruh faktor luaran dan faktor dalaman.Faktor dalaman adalah cara kita berfikir,perasaan,falsafah,bagaimana melihat diri sendiri,pengalaman dan pilihan kita.Faktor luaran pula adalah pendidikan ,persekitaran keluarga,sekolah,rakan-rakan ,media dan apa yang ada di sekeliling kita.
Faktor - faktor ini mengawal hantaran maklumat ke minda kita.






Kebaikan sikap adalah satu pilihan.Semua orang bole mempunyai mental positif terhadap orang lain,benda,perkara dan situasi.Perkara yang berlaku ke atas kita hanya mengawal 10%  daripada hasil yang dikecapi,yang selebih 90% adalah dikawal oleh cara bagaimana kita bertindakbalas dan respon kepada apa yang berlaku kepada kita.



 "Walau sebanyak mana pun seseorang itu menerima latihan sikap , sikap seseorang adalah ditentukan oleh pergaulan orang-orang di sekelilingnya."


Dengan berubah kepada sikap posistif ,kita berupaya mengubah hidup kita.Apa yang terjadi ke atas diri anda adalah pilihan anda sendiri.Kearah kegagalan dengan menagamalkan pemikiran dan sikap negatif , atau anda boleh memilih menanam benih yang akan membuahkan hasil lumayan dan mencapai matlamat hidup..

Sentiasa salurkan maklumat yang benar ke minda kita untuk membentuk tabiat pemikiran positif(optimis) .

 Akhir kata dari cik penulis,jom ubah dan update sikap kepada sikap positif :) :) . Semoga makalah ini dapat bermanfaat bagi penulis dan para pembaca semua. Aamiin.

 .مع السلامه

























Sunday, 20 December 2015

SABAR





"Was tainu bisobri was solah, wa innaha lakabiratun ila alal khosyiin"

(Maksudnya:
Meminta tolonglah dengan sabar dan solat dan sesungguhnya perkara ini sangat berat
kecuali bagi orang yang khusyuk.)



Huraian ayat yang dipangkalnya iaitu meminta tolonglah kepada Allah.Tuhan menganjurkan kepada kita
supaya kita meminta pertolongan kepada-Nya, supaya kita boleh bersabar.

Belajar pujuk diri sendiri, awak.
If you can’t help yourself feel better, then no one can. Be strong!

Memang Allah sentiasa ada untuk kita. Tapi awak tetap kena usaha, doa dan barulah berserah. Terus.
Senyumlah.

Tuhan takdirkan semua kita ada bahagian masing-masing. Jika nak tenang perlu selalu positif. Usaha kita nak positif tu pun Tuhan nilai tau.

Fikir lebih jauh ke hadapan.

Stop crying.InsyaAllah, dipermudah.
.




Mudah-mudahan ilmu ini dapat menjadi panduan hidup kita, dapat kita hayati dan applykan dalam
perjuangan dan kehidupan kita. Walaupun ayat ini pendek, tapi bunyi arahan Tuhan ini besar. Hendaklah
kamu meminta tolong kepada Tuhan tentang kesabaran. Bunyi ayat ini sahaja sudah terasa besar,
sedangkan sifat mahmudah banyak. Sifat mahmudah lain tidak pula Tuhan anjurkan kita minta tolong
pada Tuhan. Tuhan tidak anjurkan, hendaklah kami minta tolong pada Allah supaya tawadhuk, pemurah,
berani dan lain-lain sifat mahmudah. Tetapi tentang sabar umat Islam disuruh minta tolong pada Tuhan.
Disini kita faham sabar tu besar, payah hendak diamalkan. Bahkan kalau boleh kita amalkan,
mahmudah-mahmudah yang lain, tanpa kita sedari, ada unsur sabar di situ. Kalau tak ada unsur sabar
tak boleh berani, tak boleh pemurah, tak boleh tawaddhu dan lain-lain.



Itu di segi apa yang Tuhan ucapkan menunjukkan sabar itu susah hendak dilaksanakan. Lebih-lebih lagi
sabar sudah jadi bahasa Malaysia, sudah jadi budaya Malaysia. Tiap hari kita bercakap, kena sabarlah,
eloklah bersabar. Oleh kerana bahasa Quran sudah jadi bahasa Melayu, dari pada orang kampung
sampai orang bandar cakap sabar, sabar. Jadi perkara yang mudah diperkatakan, biasanya kita pandang
enteng, sedangkan hakikatnya ia mudah dikatakan tak mudah diamalkan.

Jadi kalau sampai ada ayat yang Allah khas arahkan untuk kita minta tolong pada Tuhan supaya
bersabar sedang untuk sifat mahmudah lain tidak, kita faham susahnya nak sabar, walaupun kita tak
nampak ilmunya tentu kita dapat agak, mengapa dengan mahmudah yang satu ini Tuhan suruh minta
tolong dengan Dia sedang mahmudah lain Tuhan tidak suruh minta tolong dengan Dia?

Para-para rasul nak dapat gelaran ulul azmi, bukan dirujuk dengan sifat berani, sifat pemurahnya tapi
dirujuk dengan sifat sabarnya. Hanya 5 orang yang dapat gelaran itu. Rasul yang dapat ulul azmi, bukan
kerana hebat berjuang, bukan kerana hebat berkorban tapi kerana sabar. Itu pun 5 orang sahaja. Di sini
menunjukkan sabar itu mudah disebut tapi tidak mudah diamalkan. Sebab tu siapa yang boleh
melakukan sabar, apa kata Tuhan?

Diberi pahala kepada orang sabar itu tanpa hisab.

Kalau kebaikan yang lain 1 bayar 10, kalau ikhlas lagi 1 bayar 70, kalau ikhlas lagi 1 bayar 700, ikhlas
lagi 1 bayar 7,000. Kalau sabar terpulang kepada Tuhan, nak bagi 1 juta, 100 juta. Di sini kita nampak
orang boleh sabar ini luar biasa, Tuhan bagi markah tak kira-kira. Kalau orang pemurah, tawadhuk, orang
pemaaf, Allah tidak bagi pahala tanpa hisab. Mahmudah lain paling tinggi 7,000, sabar tak kira, terpulang
pada Tuhan, begitulah Tuhan sudah janji pada diri-Nya. Siapa sabar Aku akan bagi pahala terpulang
pada Aku sebanyak mana Aku nak bagi. Kalau mahmudah lain, ada kira paling banyak 7,000. Di sini kita
nampak besarnya nilai sabar itu. Orang yang boleh sabar ini orang yang takut pada Tuhan. Khusyuk
dalam ayat tu maksudnya takut.




Orang pemurah tidak begitu takut dengan Tuhan, dia nak pahala. Orang berani tak mesti takut dengan
Tuhan, dia nak pahala. Tapi sabar kalau tak takut dengan Tuhan, tak boleh sabar.

 
"Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia dan juga ujian ketika hidup di dunia; dan

amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu."



#sabar.pdf(application/pdf object)
Dalam Hadis :
Ashobru junnatun
Sabar itu adalah perisai.

Sunday, 6 December 2015

3 Rahsia yang Ditutup Rapat

3 Rahsia Yang Ditutup Rapat-Rapat adalah:

1. Jodoh
Takde siapa tahu siapa jodoh kita dan boleh tentukan siapa jodoh kita. Tak guna kita fikir sedalam-dalamnya macam mana berjumpa jodoh dan bila berjumpa jodoh. Kenapa eh? Lagi banyak kita fikir lagi pening dan lost lah kita. Kenapa eh? Jodoh itu rahsia yang ditutup rapat-rapat. Oleh sebab itu, banyak berdoa pada Allah dan yakinlah bahawa jodoh yang ditentukanNya pasti yang terbaik dan pada masa yang kita dah bersedia dan mampu memikul tanggungjawab rumahtangga. Setiap hari sedekahkan al-fatihah dan doa yang terbaik buat bakal jodoh. Jadilah yang solehah, dapatlah nanti suami yang soleh. Yang dah bertemu jodoh, peliharalah ia dengan iman dan ihsan. Hiaskan perkahwinan itu dengan kasih sayang.

2. Rezeki
Rezeki pun rahsia yang ditutup rapat-rapat. Ada orang cacat tubuh badan dan derianya tapi, mampu membina empayar yang besar. Ada orang usaha satu hari, esok dah berjaya. Belajar main-main tapi result gempak. Baca sekali dah hafal and faham. Ada orang sempurna tubuh badan, satu kerja pun susah nak buat.Ada orang pula kerja bagai nak gila, masih sama. Belajar pagi petang siang malam, result biasa2. Baca berpuluh puluh kali pun susah nak faham. Kejayaan,keluarga, harta, ketenangan dan banyak lagi adalah rahsia Allah. Sebab tu bila kita rasa kita boleh menentukan rezeki kita, otak boleh jadi gila dan rasa nak pecah. Bila kita rasa kita boleh tentukan rezeki kita, hati tak tenang dan selalu dalam kerisauan. Rezeki kita, Allah yang tentukan. Yakin lah orang berusaha pasti berjaya. Hidup susah itu bukan selamanya.Orang bijaksana belajar daripada kesalahan. Orang bersyukur tenang hatinya. Rezeki itukan rahsia Allah. Apa yang kita dapat hari ini adalah yang terbaik untuk membersihkan hati dan selalu bersyukur.



3. Ajal maut.
Sakit bukan punca meninggal dunia. Ada orang sakit kronik, hidup bertahun-tahun. Ada yang sihat walafiat, meninggal dalam tidur. Hidup mati itu rahsia Allah yang ditutup rapat-rapat. Selagi hidup, usahalah menjaga kesihatan dan kehidupan yang dipinjamkan Allah dengan bersungguh-sungguh kerana pastinya ajal akan menjemput di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Fikirkan kematian dan dosa sudah cukup untuk buatkan kita menjadi insaf kerana syurga dan neraka itu benar. Semoga diberikan pengakhiran yang terbaik di syurga.
Santapan rohani hari ini.

Sunday, 27 September 2015

Bagaimana Dimurahkan Rezeki

Setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini telah pun di tetapkan rezekinya samaada banyak atau sedikit sejak di dalam kandungan ibunya lagi. Keyakinan kepada rezeki yang datangnya daripada Allah SWT adalah merupakan salah satu daripada rukun iman yang ke 6 iaitu percaya kepada qada dan qadar.

Setiap rezeki manusia sudah ditetapkan oleh Allah. Jadi kita tidak perlu risau akan hal ini.


Allah SWT menyebut di dalam surah al-An’am, ayat 151 yang bermaksud :  “Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka. (yakni anak-anak)”

Walaubagaimana pun kita perlu berusaha dan bertawakal kepada Allah SWT untuk memiliki rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.

 Beberapa amalan untuk mendapat  rezeki yang murah  adalah seperti berikut :

1.Menjaga hubungan dengan pencipta
2.Banyakkan beristighfar dan mengnigati Allah



3.Berbakti dan mendoakan kedua ibubapa


4.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

5.Bersedekah


6.Menjalin silaturrahim.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya (menjalini silaturahim)” (Hadis Riwayat Bukhari)
7.Syukur diatas segala nikmat pemberian Allah.


Firman Allah SWT maksudnya :  “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Surah Ibrahim ayat 7)

8. Berusaha dengan bersungguh-sungguh keluar rumah mencari rezeki.



Gizi seimbang bermaksud pemakanan harian yang mengandungi kesemua kelas makanan dengan kuantiti yang betul dalam jumlah yang mencukupi.

Amalan pemakanan yang sihat boleh dirancang dengan menggunakan piramid makanan yang juga digunakan dalam penyediaan makanan sihat.


Terdapat banyak kepentingan apabila kita makan makanan yang berkhasiat. Antara kepentingannya ialah membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia bermaksud kanak-kanak dapat membesar dengan normal. Selain itu,kepentingan makan makanan yang berkhasiat dapat membolehkan manusia bekerja secara produktif dan selesa. Manusia memerlukan tenaga yang banyak dalam kehidupan seharian terutamanya orang yang bekerja sebagai buruh binaan dan petani-petani. Oleh itu, dengan mengamalkan amalan pemakanan yang sihat, mereka dapat bekerja secara produktif. Di samping itu, dengan memakan makanan yang berkhasiat kita dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, kencing manis dan osteoporosis(reput tulang).

Kita juga dapat mempraktikkan amalan pemakanan yang betul berpandukan piramid makan untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat. Pengambilan makanan yang berlebihan bagi setiap kumpulan makanan dalam pyramid makanan atau makanan tidak seimbang bukan sahaja boleh menyebabkan penambahan berat badan, malah merupakan salah satu tanda awal ransangan terhadap setiap penyakit yang bakal kita hadapi. Kita memerlukan jadual atau carta di dalam memilih setiap makanan yang berkhasiat bagi mengekal kesihatan badan kita dan juga mengelak dari sebarang penyakit. Sekiranya kita tersilap memilih makanan untuk di makan setiap hari ia boleh mengundangkan penyakit pada badan kita. Selain daripada itu adalah merupakan satu keperluan bagi setiap individu dalam merancang pemakanan seimbang dengan menggunakan senarai kalori makanan yang kita makan seharian. Sebagai contohnya, untuk sarapan pagi kita boleh mengambil secawan susu, roti dan jem dan untuk makan tengahari pula, kita boleh mengambil sepinggan nasi putih, semangkuk sup sayur, seekor ikan goreng dan jus buah-buahan. Untuk makan malam pula,kita boleh mengambil sepinggan nasi putih,kari ayam, sayur-sayuran dan segelas air kosong.