Wednesday 10 February 2016

Pemberani?

"People May Doubt What You Say, But They Will Believe What You Do"

Masalah di dunia ini diciptakan Tuhan agar manusia dapat berfikir lebih dewasa dari hari ini, kelmarin dan sebelumnya .

Salah satu sifat menonjol dalam peribadi wanita ideal adalah pemberani. Berani dalam  hal hal kebaikan, berani berkata jujur, berani mengingkari kemaksiatan, berani dalam menghadapi detik-detik yang menakutkan, berani dalam bertindak, dan bertanggun jawab dalam situasi yang menegangkan.

Hidup tidak selamanya indah dan menyenangkan kerana bencana pasti akan datang silih berganti.

Isteri yang penakut adalah penyebab lahirnya orang-orang penakut dalam dunia ini. Jika kita meneliti bahagian dalam raga anak kecil, tentu kita temukan bahawa keberanian dan takut bukan dari warisan orang tua sama sekali, tetapi keduanya tumbuh berdasarkan pendidikan.

Oleh kerana itu, dia tidak histeria ketika melihat darah, dia harus kuat meskipun itu hanya sebatas luarannya sahaja, kemudian mengubatinya dengan berani dan penuh percaya diri.

Anak-anak kecil tidak akan histeria ketika melihat luka dan darah, kecuali kerana mereka melihat ibu mereka atau orang yang merawat mereka histeria, takut, kalut dan menjerit.

Anaklah nanti yang menjadi korban pendidikan yang bisu, kerana sejak kecil dia telah meminum pendidikan takut sejak dini. Ibu yang tidak mengerti akan menakut-nakutkan anaknya dengan suara cengkrik, kucing, anjing, dan kematian. Secara tidak sedar, ibu itu telah membunuh karekter yang terdapat dalam diri si anak, iaitu "keberanian'.

 Di antara hal yang tidak masuk akal adalah jika ada orang yang mengatakan, “Pujilah aku jika anak-anakku berjaya dan berhasil dan jangan salahkan aku jika mereka gagal dan tidak berprestasi,” kerana perkataan seperti itu hanya sesuai  diucapkan oleh orang yang kurang waras sahaja.

Seorang ibu senang ketika kebaikan-kebaikan si anak dinisbatkan kepada keberhasilannya dalam mendidik, senang mendengar pujian orang tentang pendidikan anaknya, dan senang kejayaan anaknya dinisbatkan kepadanya.

No comments:

Post a Comment