Wednesday 17 February 2016

Memahami Bahasa Tangisan Bayi

Salam para ibu dan bakal ibu,

Biasanya, setiap kali bila bayi menangis, ibunya akan terus menyusukannya. Sebenarnya, lapar bukanlah satu-satunya sebab bayi menangis. Selain dari lapar, bayi akan menangis bila menghadapi keadaan-keadaan seperti penat, kembung perut, tidak selesa, perlu sendawa dan beberapa sebab lagi.

Seorang ibu mendakwa bahawa beliau boleh berkomunikasi dengan bayinya dan faham apa kehendak-kehendak si comel bila mereka menangis. Pendek kata, beliau boleh faham 'bahasa bayi'.

Dengan meneliti bunyi tangisan bayi, beliau boleh bezakan sama ada bayi tersebut, penat, letih, tidak selesa, perlu sendawa atau sebab-sebab lain.





Image result for BAYI DAN TANGISAN  Image result for BAYI DAN TANGISAN  
Image result for BAYI DAN TANGISANImage result for BAYI DAN TANGISAN

Kalaulah seseorang ibu itu faham sebab-sebab bayi menangis, tidak akan timbul masalah bayi tersebut menangis berpanjangan kerana apabila kehendak bayi itu dipenuhi, sudah pasti dia akan berhenti menangis.

Menurut ibu tersebut, tangisan bayi bukanlah satu bunyi yang dihasilkan secara rawak, tetapi ia adalah satu bentuk komunikasi oleh bayi bagi menyampaikan keinginan mereka.

Tangisan adalah merupakan 'bahasa universal' bagi bayi. Buktinya, teknik ini telah diaplikasikan oleh lebih dari 1000 bayi dari 30+  bangsa seluruh dunia.

9 daripada 10 ibu-ibu memberikan respons yang positif terhadap teknik ini.

70% ibu-ibu melaporkan bahawa mereka lebih yakin dan selesa setelah berjaya mengenalpasti teknik ini.

2 daripada 3 bapa melaporkan bahawa tekanan emosi yang mereka hadapi berkurangan dan hubungan rumahtangga yang lebih harmoni.

Anda tak percaya?  


Ketahuilah bahawa tangisan bayi bukanlah suatu bunyi yang terhasil secara rawak, tetapi ia adalah merupakan satu bentuk komunikasi.

Seorang bayi yang LETIH/PENAT dan INGIN TIDUR akan menunjukkan tanda-tanda berikut:
                -------------------------------------------------------------------

                # Bayi akan menangis/mengeluarkan bunyi ‘OWH’.
                # Mulut bayi berbentuk ‘O’ dan seperti menguap. 
                # Menggosok-gosok mata.

                # Bibir mata bayi kemerah-merahan.
                # Pergerakan bayi akan tersentak-sentak.
                # Menarik telinga.
                # Menggeliat.
                # Menolak badannya ke atas.
                # Menggaru-garu kepala.
Terdapat lima bunyi rutin tangisan bayi dalam menyatakan keperluan harian mereka seperti lapar (neh), mengantuk (owh), sendawa (eh), ketidakselesaan (heh), dan masalah kembung perut (eairh).

Read More at farmasimaya.com/memahami-bahasa-dan-tangisan-bayi/ © Life is a Story


Terdapat lima bunyi rutin tangisan bayi dalam menyatakan keperluan harian mereka seperti lapar (neh), mengantuk (owh), sendawa (eh), ketidakselesaan (heh), dan masalah kembung perut (eairh).

Read More at farmasimaya.com/memahami-bahasa-dan-tangisan-bayi/ © Life is a Story
Terdapat lima bunyi rutin tangisan bayi dalam menyatakan keperluan harian mereka seperti lapar (neh), mengantuk (owh), sendawa (eh), ketidakselesaan (heh), dan masalah kembung perut (eairh).

Kaedah mengenali tangisan bayi mengajar ibu bapa memahami tangisan sebaik saja bayi dilahirkan sehingga berusia empat bulan. Ia mengkategorikan bahasa bayi kepada lima bunyi iaitu Neh, Owh, Eh, Eairh dan Heh. 

1. Neh adalah bahasa bayi Dunstan untuk menzahirkan rasa lapar dan bahasa ini akan keluar dari mulut bayi untuk memberitahu kepada ibu yang dia lapar. “Untuk mengenali bunyi ini, bayi akan menggunakan bahasa bayi Neh dengan beberapa kombinasi suara dan gerakan lidah bayi di bahagian langit-langit mulut. Bersama bunyi, bayi akan menggerak-gerakkan kepala ke kiri dan kanan sambil menjilat bibir atau menghisap tangannya. Apabila mendengar bayi menangis seakan bunyi Neh, ibu boleh menyusukan bayi mereka,” katanya.

 2. Sekiranya bayi menangis sambil membunyikan Owh, ia adalah bahasa untuk menunjukkan rasa mengantuk. Ini diikuti tindakan bayi menguap dan pergerakan mulut berbentuk bujur. Ada juga bayi yang menggaru mata, menarik cuping telinga dan menggeliat bagi menunjukkan rasa mengantuk. “Selepas mengetahui bayi anda mengantuk, ibu boleh menidurkan anak dengan mudah tanpa perlu melakukan perkara lain terlebih dulu,” ujarnya.

 3. Eh pula adalah bahasa bayi yang membawa maksud bayi minta disendawakan. Bunyi ini terjadi disebabkan berlaku kontraksi pada bahagian dada untuk mengeluarkan angin menerusi mulut. Jika dibiarkan, angin akan menekan ke bawah dan menimbulkan rasa sakit. “Bagi melihat dengan jelas keadaan bayi, biasanya bayi akan menggeliat ketika dibaringkan. Dada bayi menegang dan selepas disusukan biasanya mereka akan menangis tanda tidak selesa,” ujarnya.

 4. Bagi ibu muda, tangisan berpanjangan diikuti bunyi Eairh menandakan ketidakselesaan pada perut atau kembung. Ini dapat dilihat apabila semua bahagian tubuh menjadi tegang dan kaku. Ada juga bayi mengangkat kaki ke arah perut diikuti tangisan yang semakin mengeras. 

5. Heh adalah bahasa bayi daripada Dunstan yang bererti bayi berada dalam keadaan panas, sejuk, ruam atau lampin basah. Suara Heh kedengaran sangat jelas dan bayi biasanya akan berhenti menyusu apabila berasa tidak selesa.

 Bagi memahami dan mempelajari jenis-jenis tangisan bayi ini, ibu bapa boleh belajarnya melalui Dunstan Baby Language. Ulas Uswatun, Dunstan Baby Language adalah sistem pertama di dunia mengajar ibu bapa mengenali makna tangisan bayi secara tepat. Kajian penyelidikan lebih 10 tahun oleh pasukan berpangkalan di Sydney, Australia itu disokong menerusi kaji selidik, Independence Research Studies yang dijalankan pada 2006 dan 2007 di Australia, Amerika Syarikat, dan United Kingdom. Kajian berkenaan membabitkan 1,000 bayi daripada 30 jenis kerakyatan, latar belakang, etnik, dan bahasa dan ia pertama kali diperkenalkan menerusi rancangan popular, The Oprah Winfrey Show.

 Hasil kajian menunjukkan kesan positif terhadap kualiti ilmu keibubapaan dengan 90 peratus ibu bersetuju Dunstan Baby Language membantu mereka menangani masalah tangisan anak segera dan mengelakkan masalah bayi digoncang. Manakala, dua daripada tiga bapa melaporkan menjalani kehidupan positif, kurang tertekan, dan mula tahu cara mengendalikan bayi bersama pasangan selepas mengamalkan produk berkenaan.

 Lebih daripada 70 peratus ibu bapa turut mendapati diri mereka berkeyakinan, tenang, dan terkawal menjalani kehidupan harian. Selain itu, 50 peratus ibu merasakan hubungan ibu dan anak berlangsung lebih hebat serta kualiti tidur terkawal.

mengenali tangisan bayi dapat mengurangkan tekanan kepada ibu berkerjaya kerana masa yang digunakan untuk meredakan tangisan bayi akan menjadi lebih singkat. Malah teknik ini boleh diajar kepada pembantu rumah supaya mereka lebih memahami apa yang perlu dilakukan ketika bayi menangis. Daripada kajian ke atas 1,000 bayi daripada 30 bangsa berbeza, sembilan daripada 10 ibu di dunia memberikan maklum balas positif terhadap teknik ini. Kira-kira 70 peratus ibu ini melaporkan mereka menjadi lebih positif dan berkeyakinan melayan kerenah anak manakala dua pertiga daripada responden mengakui hubungan suami isteri menjadi lebih positif dan tekanan emosi semakin berkuranga

Read More at farmasimaya.com/memahami-bahasa-dan-tangisan-bayi/ © Life is a Story
“Setiap tangisan bayi adalah berbeza dan ia bersifat universal yang terhasil akibat tindak balas dari dalam badan. Apabila bayi merasa lapar, paras glukosa dalam badannya menurun dan sistem dalaman bayi melakukan gerakan menyedut (sucking) sebagai tanda bersedia menerima makanan. seterusnya apabila bunyi ditambah kepada tindakan balas (sucking reflex), terhasillah bunyi lapar,” tuturnya lagi. Terdapat lima bunyi rutin tangisan bayi dalam menyatakan keperluan harian mereka seperti lapar (neh), mengantuk (owh), sendawa (eh), ketidakselesaan (heh), dan masalah kembung perut (eairh). Bagi memahami dan mempelajari jenis-jenis tangisan bayi ini, ibu bapa boleh belajarnya melalui Dunstan Baby Language. Ulas Uswatun, Dunstan Baby Language adalah sistem pertama di dunia mengajar ibu bapa mengenali makna tangisan bayi secara tepat. Kajian penyelidikan lebih 10 tahun oleh pasukan berpangkalan di Sydney, Australia itu disokong menerusi kaji selidik, Independence Research Studies yang dijalankan pada 2006 dan 2007 di Australia, Amerika Syarikat, dan United Kingdom. Kajian berkenaan membabitkan 1,000 bayi daripada 30 jenis kerakyatan, latar belakang, etnik, dan bahasa dan ia pertama kali diperkenalkan menerusi rancangan popular, The Oprah Winfrey Show. Hasil kajian menunjukkan kesan positif terhadap kualiti ilmu keibubapaan dengan 90 peratus ibu bersetuju Dunstan Baby Language membantu mereka menangani masalah tangisan anak segera dan mengelakkan masalah bayi digoncang. Manakala, dua daripada tiga bapa melaporkan menjalani kehidupan positif, kurang tertekan, dan mula tahu cara mengendalikan bayi bersama pasangan selepas mengamalkan produk berkenaan. Lebih daripada 70 peratus ibu bapa turut mendapati diri mereka berkeyakinan, tenang, dan terkawal menjalani kehidupan harian. Selain itu, 50 peratus ibu merasakan hubungan ibu dan anak berlangsung lebih hebat serta kualiti tidur terkawal.

Read More at farmasimaya.com/memahami-bahasa-dan-tangisan-bayi/ © Life is a Story
 Mengenali tangisan bayi dapat mengurangkan tekanan kepada ibu berkerjaya kerana masa yang digunakan untuk meredakan tangisan bayi akan menjadi lebih singkat. Malah teknik ini boleh diajar kepada pembantu rumah supaya mereka lebih memahami apa yang perlu dilakukan ketika bayi menangis. 

Daripada kajian ke atas 1,000 bayi daripada 30 bangsa berbeza, sembilan daripada 10 ibu di dunia memberikan maklum balas positif terhadap teknik ini. Kira-kira 70 peratus ibu ini melaporkan mereka menjadi lebih positif dan berkeyakinan melayan kerenah anak manakala dua pertiga daripada responden mengakui hubungan suami isteri menjadi lebih positif dan tekanan emosi semakin berkurangan

No comments:

Post a Comment