Monday 29 February 2016

"Butang " Kemesraan Rumahtangga


                                 
Image result for langkah ke jannah

Suka membelai tangan isteri,menyuap makanan ke mulut isteri dengan kasih sayang dengan ucapan atau menjadi pendengar setia  kepada setiap luahan isteri? Adakah itu semua membuatkan seorang suami digelar romantik?

"Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya.Orang yang paling baik antara kamu ialah yang paling akhlak terhadap isterinya."(riwayat al-Tirmizi)

Belum dikatakan baik seorang suami itu paling baik jika hanya mampu baik terhadap tetamu dan kawan sepejabat,namun tidak sempurna terhadap layanan kepada isterinya.

                               
Image result for pokok bunga ros jepun

Suami yang romantik itu ibarat sebatang pokok.

1. Daun-Teduhan daripada emosi,mendamaikan dan menenangkan dengan oksigen cinta

2. Batang-Menunjukkan akhlak yang baik kepada ahli keluarga

3. Akar - Iman yang disirami dengan sabar dan sayang.

4. Buah- Kata-kata manis , nasihat dan pujukan.



 Sketsa 1- Tenang Agar Menang

Situasi : Suami yang pulang daripada kerja mengharapkan hidangan sudah tersedia dia atas meja,tetapi tiada apapun walaupun segelas air.Kemudian dihempasnya pinggan ke lantai sebagai tanda marah.Rupa-rupanya si isteri demam panas!
Wahai suami ,jika ingin difahami, cubalah belajar untuk memahami si isteri.
Apa punca panas baran?
Sifat gopoh atau terburu-buru punca utama suami bertindak di luar kawalan.

Tanpa memikirkan perasaan isteri  dan anak-anak yang semakin membesar,asalkan amarahnya terluah, apa jua rasa yang tidak baik,janganlah dizahirkan dengan tindakan .

Padahal dalam ketenangan ada kekuatan.Orang yang tenang jiwanya akan menang.Kemarahan tanda kelemahan.


Sketsa 2- Cinta bukan Terpaksa

Situasi : Isteri tertekan dengan kerja.Apabila balik ke rumah,dia mengharapkan luahannya didengari suami,namun suami pula acuh tak acuh mendengarnya.

Wanita ialah " insan perasaan".Hati mereka mudah terguris dan jiwanya mudah terasa dengan pa yang berlaku di sekeliling mereka.

Suami perlu membimbing isteri dengan kelembutan disulami kasih sayang.Nasihatlah isteri atas dasar cinta bukan terpaksa ,jauh sekali membuatkan mereka terasa terseksa.

Fahamilah pengorbanan si isteri di rumah.Walau gelanggangnya kecil,namun peranannya besar dalam mendidik anak anak dan mengurus hal rumah tangga.

Jangan hanya kerana terlambat membuka pintu,kamu hamburkan dia kata kata kesat.Jangan lakukan !

Wahai isteri ,jika inginkan suami jadi penyayang,penyabar dan romantik mulakanlah pada diri sendriri.

Bagaimana?

1-Ubah cara layanan terhadap suami
2-Fahami isi hati suami
3-Redakan kemarahan dengan sentuhan dan kata kata yang baik
4-Perbanyakkan istighfar sebab syaitan suka pada pertengkaran
5-Jika berselih faham ,seelok eloknya ajaklah solat berjemaah.Masing masing akan rasa kerdil dan hinanya diri.
6-Budayakan suasana "berterima kasih" dan ungkapan sayang.Walau sekeras mana pun hati seorang lelaki pasti lebur dengan kata kata yang manis seorang isteri.
7- Jadikan diri mudah untuk minta maaf ,mudah untuk mengaku salah jika tersilap.

Image result for langkah ke jannah

              

      








Kepada Suami,

1-Ukirkan senyuman kerana isteri pasti juga penat dengan kerjanya
2-Ketepikan masalah di tempat kerja
3-Jadi pendengar setia
4-Hargai isteri anda,sekali sekala apa salahnya urut bahu dan tangan isteri.

"Seperti kanak kanak kecil dihadapan isterinya, dan menjadi lelaki ketika isteri memerlukannya "

No comments:

Post a Comment