Wednesday, 6 January 2016

Secubit Rempah Rahsia

     
 Allah Swt berfirman: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (QS. Al Baqarah: 216).

Kita harus terikat aturan Allah. Kita juga dibekali akal untuk memahami aturan-Nya. Ketika kita memutuskan untuk taat atau melanggar aturanNya adalah pilihan kita sendiri. Bagaimana cara kita untuk mendapatkan jodoh adalah pilihan kita. Dengan jalan yang diredhaiNya atau tidak. Tetapi hasil akhirnya Allah yang menentukan.


Jangan Mencintai Manusia Secara Berlebihan

“Barangsiapa memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, dan menikah kerana Allah, maka sempurnalah imannya. (HR. Abu Dawud)

Jika kita mencintai manusia lebih daripada Allah, nescaya hati kita akan hancur dan putus asa jika ditinggalkan. Jika kita mencintai Allah di atas segalanya, nescaya kita akan selalu tegar dan tabah kerana kita yakin bahawa Allah itu Maha Hidup dan Abadi serta selalu bersama hambanya

Jika Gagal Berusaha Lagi

Jika kita gagal, jangan putus asa dan minder.  Kita harus sabar dan tetap berusaha mendapatkan yang lebih baik lagi. Yakinlah ada yang lebih baik yang sedang dipersiapkan Allah untuk kita.

Para sahabat besarpun mengalaminya. Contohnya Utsman ra yang melamar putri Abu Bakar ditolak, lalu melamar putri Umar juga ditolak, akhirnya malah menjadi menantu Rasulullah Saw.





Usaha yang konsisten, optimis dan prasangka baik akan memudahkan jalan kita.
  

 

 Bongkar sikit.. HEHE :) : )

                                                       Image result for i love you cute

Cinta itu bersifat sementara dan suatu saat jika sudah tiba waktunya pasti akan padam, setelah itu baru berlanjutan dengan kasih sayang.

Tuhan memberi kita sepasang mata untuk melihat, sepasang telinga untuk mendengar, sepasang tangan untuk memegang dan sepasang kaki untuk berjalan. Tetapi kenapa Tuhan hanya memberi satu hati kepada kita? Kerana Tuhan telah memberi satu hati lagi pada seseorang yang akan ditakdirkan menjadi jodoh kita.

                                               Image result for i love you cute      

Kesetiaan adalah harga mati (fix price) dalam menjalin perhubungan. Tanpa adanya kesetiaan, dapat dipastikan bahawa hubungan tidak akan bertahan lama.Telah banyak orang yang  mengetahui konsekuensi terhadap tindakan tidak setia, namun faktanya perselingkuhan masih tetap tumbuh dengan subur dalam sebuah perhubungan.

Tidak akan ada asap jika tidak pernah ada api. Semua hal terjadi kerana adanya faktor dan hukum dari sebab akibat. Pastinya kamu masih ingat apa yang menjadi penyebab dari berlakunya konflik hubungan cinta kamu dengannya bukan? Saatnya berfikir jernih, jika semua itu disebabkan oleh kesalahanmu sendiri, maka segeralah untuk meminta maaf kepadanya dan tunjukkanlah rasa penyesalan jika kamu telah melakukan suatu kesalahan sebelumnya.

Namun sebaliknya, jika kesalahan yang mengakibatkan hancurnya hubungan  justeru berasal dari dirinya, mungkin saat inilah waktu yang tepat untuk menguji kedewasaan kamu dalam mengatasi masalah. Berbesar hatilah dengan mencuba untuk memaafkan kesalahannya, mungkin ini sedikit sulit, namun demi sebuah harapan dapat kembali menyatukan hubungan, maka mahu tidak mahu kamu harus melakukannya.


Kita tentunya pernah membuat kesalahan, baik terhadap orang lain, sahabat atau juga kepada kekasih kita. Pasangan yang baik dan setia akan dengan mudah memaafkan dan memahami kesalahan yang kita buat selama kita menyesali tindakan tidak betul itu. Dengan sabar dia selalu mencuba membimbing kita menjadi
peribadi yang lebih baik


                                        

                                       Image result for setia
Kamu dan dia menjadi sepasang kekasih yang mana tentu kamu faham betul akan ekspresinya saat  dia sedih, bahagia, atau saat mendapat suatu masalah. Ekspresi perasaan bahagia bertemu dengan orang yang masih disayangi atau dicintai tak akan pernah dapat ditutupi dengan cara apa pun.

Rasa saling percaya merupakan pilar utama dalam menjalani LDR atau Long Distance Relationship ini. Ia memerlukan usaha ekstra agar hubungan jarak jauh tidak kandas di tengah jalan. Hanya mereka, pasangan yang benar – benar saling mencintai yang akan sukses dalam menjalani percintaan jarak jauh tersebut.

Ada pepatah yang mengungkapkan jika siapa yang menanam maka ia akan menuai. Pepatah tersebut juga berlaku dalam sebuah hubungan. Jika kita memberikan cinta kepadanya dengan sepenuh hati, maka ia pun akan membalas mencintai kita dengan setulus hatinya.

Mempercayai kekasih yang saat ini berada jauh diluar jangkauan kita bukanlah hal yang mudah kan??

Bagi seorang lelaki, bertemu dengan kekasihnya adalah kemewahan yang tak ternilai harganya.

Lelaki itu simple , bahkan dalam cara dia berbohong pun juga sedemikian sederhana. Hal paling sering yang dilakukan oleh seorang lelaki ketika ia tidak ingin diganggu adalah dengan mengatakan sedang sibuk. Padahal, boleh jadi saat itu dia sedang bersenang – senang dengan kawan – kawannya atau hal yang terburuk adalah dia sedang mendekati perempuan lain.

Allah telah mengurniakan satu jodoh untuk kita. Orang lain yang terlalu berharap tak dapat, tapi kita dah dapat, kenapa nak sia-siakan..? . Jadi hargai apa yang kita ada sekarang. 

Ada yang dapat jodoh dengan orang yang dicintai, ada yang tidak. Semua itu kuasa Allah, kita tak layak mempersoalkannya. tetapi kita boleh belajar daripada pengalaman yang kita dapat. Bila dah dapat jodoh dengan seseorang yang kita cinta itu, jagalah elok-elok. 

Allah tidak kejam. Dia Maha Menyayangi. Dia akan mendengar setiap doa dan rintihan kita sekaligus menghadiahkan jodoh yang terbaik untuk kita semua. InsyaAllah.. :)


Sunday, 3 January 2016

Kehidupan

  Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.  

 Kehidupan adalah pengalaman, kehidupan adalah jumlah banyak perkara, keadaan, segmen. Kehidupan adalah kebahagiaan, kegembiraan, kesedihan, kekecewaan, kejayaan, kegagalan, baik atau buruk (bergantung kepada bagaimana kita melihat dan berapa banyak yang kita sedar), memenuhi di banyak tempat: kewangan, kesihatan, kerohanian, pertumbuhan, menjadi sedar, kecerdasan , pembangunan, keluarga, cinta, perhubungan, komunikasi dan dari segala sesuatu.

 

-  Seseorang telah berkata: "Saya tidak mahu mempunyai masalah".
  Mereka yang tidak mempunyai masalah berada di tempat lain.
-  Orang lain berkata: 

   "Hidup ini sukar untuk hidup dan penuh dengan masalah."       
    Jika anda mempunyai masalah, bermakna anda masih hidup. 
-  Masalah mempunyai penyelesaian.
-  Jika anda mempunyai pengetahuan, sentiasa boleh berfikir dan 

   percaya, Bermakna Anda boleh menyelesaikannya. 
- Jika anda percaya bahawa anda boleh, anda boleh.
- Jika anda boleh dan mahu, bertindak.
- Jika anda bertindak, anda telah berjaya.
Apakah kuasa terbesar anda sebagai manusia? 
 
Kuasa untuk mengawal pemikiran anda. Kuasa yang kita dapat dari Allah dengan kelahiran kita.

Kita akan membenarkan orang lain untuk mengawal fikiran kita atau kita akan menguruskan mereka dan kita akan menjadi pencipta.

Apakah PEMIKIRAN?

Pemikiran adalah (TENAGA) ENERGY (ia terbukti secara saintifik) dan merupakan aktiviti mental dan intelektual yang merangkumi kesedaran individu yang subjektif.


Erti sebuah kehidupan

"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan atau pun merasa berat,dan berjihadlah dengan HARTA dan DIRIMU di jalan Allah.yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui "


Kehidupan di dunia ini hanyalah dipinjamkan oleh Allah SWT kepada manusia buat sementara waktu.Namun,ramai manusia yang terlupa tentang erti kehidupan ini. Ada juga,yang terlalai dan hanyut dengan dunia ini sehingga lupa bahawa mereka akan meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya. Di dalam dunia ini,kita sentiasa diberi pilihan oleh Allah dalam apa sahaja perkara yang kita lakukan. Manakala,dalam alam lain iaitu alam akhirat kita tidak lagi diberi pilihan,namun kita diberi syurga atau neraka atas pilihan yang telah kita pilih di dunia. Kita boleh membuat pilihan untuk melakukan kejahatan dan kemaksiatan atau kebaikan dan amal soleh di muka bumi ini.Jika kita membuat pilihan yang salah,imbalan di akhirat nanti bersesuaian dengan pilihan yang telah kita buat.

Dalam Islam kita diajar solat sunat istikarah.Seringkali kita tersilap,bahawa istikarah hanya untuk pilihan jodoh.Tidak begitu,sebaliknya istikarah adalah bertujuan agar pilihan yang kita lakukan adalah pilihan yang betul.Iya,kita boleh membuat apa sahaja pilihan,namun kita perlu ingat hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui apa natijah disebalik pilihan yang kita buat. Oleh sebab  itu,kita mendirikan solat sunat istikarah agar pilihan yang kita buat akan menghasilkan natijah yang baik dan jika sebaliknya,moga Allah tidak mengizinkan berjalannya pilihan yang kita buat.

Islam mengajar kita agar kita tidak berputus asa dalam kehidupan ini. Islam mengajar kita agar berusaha dalam kehidupan ini untuk kejayaan di dunia,maupun akhirat.Islam tidak mengajar umatnya untuk bermalas-malasan dalam kerja maupun ibadat.Islam mengajar umatnya cukup sempurna dalam menghayati erti sebuah kehidupan ini.Kita sebagai seorang Islam seharusnya bersyukur dimana kita tidak perlu bertanya-tanya,dengan pertanyaan tentang diri,tentang alam,tentang Allah,dan semua perkara dalam kehidupan sepertimana penganut-penganut agama lain.Allah SWT telah mengurniakan kepada hambaNya,qalam yang cukup lengkap tentang dunia,erti sebuah kehidupan dan juga hari akhirat.Allah telah menjelaskan di dalm alquran,dari mana asal kejadian manusia,kenapa kita diciptakan oleh Allah SWT,bagaimana penciptaan langit dan bumi,bagaimana sifat-sifat Allah SWT dan semuanya panduan sebuah kehidupan yang sementara ini adalah cukup lengkap.Saya sertakan dibawah ini beberapa kalam Allah yang menyentuh tentang kekuasaan Allah,penciptaan manusia dan penciptaan langit dan bumi.





"Pengalaman adalah guru yang kejam sebab ia menguji terdahulu, 
kemudian baru ia memberi sesuatu pengajaran"





Ada beberapa tips yang boleh membantu kita untuk melakukan anjakan paradigma dalam diri.

1. Niat
Bak kata member aku "Niat itu penting! apa-apa pun, yang penting niat!"
Tidak kira apa jua kita lakukan, niat adalah perkara utama. Ketika solat pun perlu dimulakan dengan niat. Ia juga boleh dikatakan azam dalam diri seseorang dan tanpanya kita akan hilang arah tujuan. percayalah bahawa niat yang baik akan sentiasa mendapat pertolongan daripada Yang Maha Kuasa.

2. Kenali diri sendiri
Kita harus mengetahui potensi kita sendiri. Kebanyakan daripada kita tidak mengetahui apakah kelebihan yang kita miliki dan dalam masa yang sama masih mencari identiti (kalau pandai mengumpat ke mengata ke atau memiliki sesuatu yang lain dari orang lain, itu bukanlah kelebihan yang posotif ) Ia merupakan masalah yang biasa yang dihadapi fasa perkembangan manusia (manusia sahaja ok? bukan binatang ke apa ke, tak termasuk, harap maklum). Jadi kita perlu senaraikan kelebihan dan kekurangan yang ada pada kita dan lebihkan muhasabah diri. Anda pasti akan mengetahui potensi diri sendiri.

3. Tetapkan matlamat
Dalam meletakkan sesuatu matlamat atau impian, pastikan ia realistik agar mudah dicapai. Janganlah kita menetapkan sesuatu yang sukar. Penetapan Matlamat yang tidak relevan dan sukar hanya akan menjadikan diri anda terbeban seterusnya berdepan dengak konflik yang tidak sudah. Untuk sesetengah orang, mereka perlu menyediakan diari matlamat dengan menulis deskripsi matlamat mereka, rancangan tindakan yang sesuai dan bila mahukan ia tercapai. Semua bergantung kepada setiap individu, lain orang, lain cara.

4. Buang persepsi yang salah atau berfikiran negatif
Sentiasa anggap sesuatu yang telah dialami mempunyai maksud dan hikmah tersendiri. Jangan berfikaran sempit dan menyalahkan takdir atas setiap peristiwa yang telah kita harungi. Ini akan menjadikan kita seorang yang berfikir dan secara tidak langsung memberi kita motivasi untuk terus maju.

5. Hentikan perkataan negatif
Orang yang hebat adalah orang yang menilai sesuatu perkara sebelum berkata. Orang hebat juga tidak pernah berkata "Tidak". Ini kerana setiap perkataan itu menjadi tenaga dan motivasi kepada diri sendiri. Maka, berfikirlah dengan matang dan positif. Kita juga perlu melatih diri kita untuk menggunakan perkataan yang mampu membangkitkan aura dalaman kita.

6. Pedulikan apa kata orang
Kata-kata biasa sering dikatakan "Ada aku kesah?".
Untuk berubah, pasti banyak dugaannya. Hidup tanpa cabaran bukanlah kehidupan namanya. Sentiasa ingat bahawa bukan orang lain yang mengubah nasib kita tapi diri kita sendiri. Orang akan berkata apa sahaja jika kita ingin berjaya, namun tetapkan jati diri kita untuk terus mencapai kejayaan.

7. Membaca kisah orang yang berjaya
Dengan menjadikan buku sebagai rakan karib, ia bukan sahaja menambah intelektual, malah meningkatkan daya imaginasi kita. Namun, harus dipastikan apa sahaja buku yang kita baca melalui tapisan akal fikiran bagi menjana pengetahuan dan bukannya input yang membuatkan kita terus leka. Dekatilah tokoh-tokoh yang berjaya dan cuba hadiri ceramah motivasi bagi meningkatkan keinginan untuk berjaya (pastikan bukan ceramah politik yer, kalau tidak lingkup jer matlamat kita..heheh). Jika malas sekalipun, jadikan model buku yang kita baca itu sebagai pendorong kita seperti A Tribute To Dr. Mahathir Mohamad. Tapi ingat, ambil yang positif sahaja dan realistik dengan kehidupan kita.


 Hitam Putih Kehidupan :

Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan





wow inspired a lot !!
Jadi..
Marilah kita sama-sama berubah kearah kebaikan



 

Penemuan fosil spesis manusia baru

الحمد لله رب العالمي


 
 
Tulang-tulang manusia ini mempunyai anatomi perpaduan manusia primitif dan moden. Penyelidik menemui fosil dari Zaman Batu di dua gua di China. Fosil tersebut diduga spesies baru manusia. Manusia jenis baru yang disebut manusia gua Red Deer itu kemungkinan berlangsung sampai awal masa pertanian.

Penemuan ini terdiri dari tengkorak dan beberapa potongan tulang berumur 14.300 dan 11.500 tahun. Tulang-tulang ini kemungkinan berasal dari empat individu. Para ahli terkejut dengan bentuk tulang-tulang tersebut kerana mempunyai anatomi perpaduan manusia primitif dan moden.

Mereka dinamakan Manusia Rusa Merah setelah ada indikasi kegemaran manusia ini memangsa dan memasak rusa. Fosil ini ditemui di gua Longlin, wilayah Guangxi, seperti dikutip dari Guardian.
 
Manusia Rusa Merah mempunyai sejumlah perbedaaan dengan manusia moden. Mereka mempunyai rahang yang lebih menonjol, gigi molar besar, kening yang menonjol, tengkorak tebal, wajah rata, dan hidung lebar. Otak mereka seukuran manusia dari Zaman Ais.

"Mereka boleh jadi garis evolusi baru manusia. Atau populasi manusia moden yang sebelumnya tidak diketahui, tiba dari Afrika dan gagal bertahan hidup di Asia Timur," kata Darren Curnoe yang mengetuai pasukan penyelidik dari University of New South Welsh, Australia.

Dia menambah tengkorak manusia baru ini sangat unik. Manusia ini juga sangat berbeza dengan semua manusia moden, baik yang hidup hari ini atau di Afrika 150 ribu tahun lalu.

Selain itu, Curnoe menambah, manusia in tetap hidup sampai hampir 11 ribu tahun yang lalu. Pada tahun itu, manusia moden sudah hadir. "Mungkin spesies manusia ini terpencil dari manusia moden. Kami menduga mereka tidak melakukan kahwin silang atau kalau iyapun, dalam jumlah yang terhad."

Penemuan spesies manusia itu menunjukkan betapa rumitnya evolusi manusia. Curnoe menilai evolusi manusia yang paling menarik adalah di Asia, tepat saat berakhirnya Zaman Ais.
 
Tulang dari Zaman Batu itu adalah sangat penting kerana para saintis mempunyai beberapa fosil manusia dari Asia. Tapi bagaimana garis dan penempatan manusia-manusia ini masih samar. Penemuan terbaru  menunjukkan gambar yang jauh lebih kompleks dari evolusi manusia dari yang dijangkakan sebelumnya.

Manusia mempunyai beberapa penduduk yang hidup di daerah itu yang mungkin mewakili jalur evolusi yang berbeza: orang-orang Red Deer di benua Asia Timur; Homo floresiensis atau 'Hobbit' di pulau Flores di Indonesia, dan manusia moden tersebar luas dari timur laut Asia ke Australia . "Ini menggambarkan gambaran yang menakjubkan dari kepelbagaian."
 
-sayaberitahu.com

Saturday, 2 January 2016

ALHAMDULILLAH



                                          Image result for alhamdulillah lyrics


disaat waktu berhenti...kosong
dimensi membutakan mata,memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri


ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)
syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)

merenungi luar jendela,mengagumi kebesaran yang Maha Esa
ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
tak memadai hanya kecapi rasa selesa
maukan harta yang mampu beli 1 semesta
berpesta ke pagi botol bergelimpangan
kekasih muda bukan takat berpegang tangan
harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
ingin hidup sempurna aset nilai berjuta,
saling tukar wanita,senyum dan mati tua
bakat dikurnia jangan disalah guna
jangan kufur nikmat yang diberi percuma
guna kelebihan untuk hikmah bersama
jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama
ada berisi ada yang kurus,ada melencong ada yang lurus bukan semuanya tulus
ada sempuna ada kurang upaya ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya
sebesar rumah bermula dengan sekecil bata,boleh hilang dalam sekelip mata
ucaplah alhamdulillah bukannya sukar, kerna semua nak kaya atau besar
tetap Allahuakbar!!!

jadikanlah ku tentera Fisabilillah yang tertera di kalimah harap memanduilah
entah apabila persimpangan tiba,hidup penuh rintangan harus kuhadapinya
harapku tidak terlupa diri bila gembira,dan cuma mula mencari kau disaat hiba
ku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan
teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan
sentiasa legar diminda,dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya
ku mengerti siapa ku tanpamu disisi dan apa guna posesi juga posisi
sementara ini cuma hanya puisi,nukilan tulisan dan bisikan isi hati
mencari keterangan,menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan
alhamdulillah atas kurniaan rezeki,moga tidak terleka dalam perjalanan ini

 aku yang memandang di dalam lubuk hati,mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi
aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati
aku hakiki,aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi
gunanya tiada fantasi, pelik dan benar,qada' dan qadar kau berilah ku kekuatan
agar dapat ku hindarkan segala kesesatan
usah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini,
aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui
moga cahaya lailatul tak membutakan mataku,semoga segala puji tak ku meninggi diri
moga segala janji dapat juga ku penuhi,moga dapatku hadapi tikaman dari belakang
lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan dugaan, cabaran sepanjang perjalanan
ku pasrah ku akur 7,8,6 Alhamdulillah Syukur...

sujudku pun takkan memuaskan inginku
'tuk hanturkan* sembah sedalam kalbu
adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah
untuk nama,harta dan keluarga yang mencinta
dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
alhamdulillah pilihan dan kesempatan
yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah....

                                      Image result for alhamdulillah lyrics

Wednesday, 30 December 2015

Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di Malaysia

                                               
                                                  Image result for keselamatan persekitaran tempat kerja

 Pengenalan kepada Perundangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di Malaysia

Keselamatan dan kesihatan pekerjaan meruapakan satu bidang yang bertujuan melindungi keselamatan dan kesihatan pekerja. Keselamatan tempat kerja merupakan suatu aspek penting di dalam sesebuah organisasi syarikat. Kerajaan telah mengambil langkah-langkah perlu dengan memperkenalkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 pada 25 Februari 1994.



Antara faktor yang membawa kepada pengenalan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 adalah kerana terdapatnya banyak kelemahan di dalam Akta Kilang dan Jentera 1967 dan statistik kemalangan di tempat kerja yang tinggi. Sebagai contoh, insiden letupan kilang mercun di Sungai Buloh yang berlaku pada 1994 yang mengakibatkan berpuluh-puluh pekerja terperangkap dan terkorban di dalam insiden tersebut. Di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994, ianya merupakan salah satu tanggungjawab majikan untuk mengambil berat tentang keselamatan dan kesihatan para pekerja ketika bekerja dan juga orang lain yang turut berada di kawasan tersebut.



Akta ini dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari Kementerian Sumber Manusia dan dibahagikan kepada limabelas bahagian iaitu :

  1. Permulaan (Preliminary), 
  2. Perlantikan Pegawai (Appointment of Officers), 
  3. Majlis Negara bagi Keselamatan & Kesihatan (National Council for OSH) , 
  4. Kewajipan Am Majikan & Orang Yang Bekerja Sendiri (General Duties of Employers and Self-Employed Persons),
  5.  Kewajipan Am Perekabentuk, Pengilang & Pembekal (General Duties of Designers, Manufacturers and Suppliers), 
  6. Kewajipan Am Pekerja (General Duties of Employees), 
  7. Organisasi Keselamatan & Kesihatan (Safety and Health Organizations),
  8.  Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan & Penyakit Pekerjaan & Siasatan (Notification of Accidents, Dangerous Occurrence, Occupational Poisoning and Occupational Diseases and Inquiry), 
  9. Larangan Terhadap Penggunaan Loji atau Bahan (Prohibition Against Use of Plant or Substance),
  10.  Tataamalan Industri (Industry Codes of Practice),
  11.  Penguatkuasaan & Penyiasatan (Enforcement and Investigation),
  12.  Liabiliti bagi Kesalahan (Liability for Offences),
  13.  Rayuan (Appeals),
  14.  Peraturan-peraturan (Regulations), dan Pelbagai (Miscellaneous).



Organisasi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja

 Organisasi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja terbahagi kepada tiga iaitu :

  1.     Jabatan Keselamatan dan Kesihatan (Department of Safety and Health),
  2.     Majlis Negara (National Council),
  3.     Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (National Institute of Safety and Health).


Di antara fungsi-fungsi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan adalah menguatkuasakan Akta Kilang dan Jentera 1967 dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, menjalankan kerja galakan dan promosi, mengkaji perundangan sedia ada, memberi khidmat nasihat dan kepakaran, menjadi sekretariat kepada Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.









 


Image result for keselamatan persekitaran tempat kerja

Image result for keselamatan persekitaran tempat kerja 



Image result for keselamatan persekitaran tempat kerja 

AKTA KESELAMATAN DAN PEKERJAAN 1994 
(OSHA)

  1. Diperkenalkan di Amerika Syarikat pada 1970.
  2. Berkuatkuasa di Malaysia pada Februari 1994.
  3. Sediakan perundangan untuk memupuk,merancang dan kendalikan mutu keselamatan & kesihatan pekerja yang tinggi semasa bekerja.
  4. Matlamat jangka masa panjang akta untuk hasilkan satu budaya kerja yang sihat  dan selamat dikalangan pekerja dan majikan di Malaysia.
  5. Di bawah tanggungjawab Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja,Kementerian Sumber Manusia.




Kandungan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 (OSHA)

  • 15 bahagian & mendefinisikan kewajipan am majikan, pengilang, pekerja, perekabentuk, pengimport & pembekal.
  • Akta beri peruntukan perlantikan pegawai-pegawai penguatkuasa, Penubuhan Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, pembentukan polisi & penyusunan langkah-langkah utk. Keselamatan, kesihatan & kebajikan orang-orang yg sedang bekerja dpd bahaya.
  • Kuasa utk penguatkuasaan & penyiasatan serta liabiliti utk kesalahan-kesalahan juga dinyatakan dgn jelas. 

Objektif Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 (OSHA)

  • Pastikan keselamatan. Kesihatan & kebajikan pekerja terhadap risiko yg berbangkit dpd aktiviti di tempat kerja.
  • Lindungi orang awam dpd sebarang kemalangan.
  • Nyatakan persekitaran pekerjaan di tempat kerja yg bersesuaian dgn keperluan fisiologi & psikologi mereka.
  • Adakan perundangan Keselamatan & Kesihatan pekerjaan yg boleh digantikan secara berperingkat oleh sistem, peraturan & tata amalan industri yg diluluskan & digabungkan dgn peruntukan akta utk kekalkan atau perbaiki standard keselamatan & kesihatan.

 Faktor-Faktor Pengaruhi Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan

  • Dpd kajian, kemalangan berlaku kerana tiada pengurusan keselamatan & kesihatan di tempat kerja.
  • Pengurusan keselamatan & kesihatan di pengaruhi oleh beberapa faktor utama:
  • Kehendak Perundangan
  • Faktor Kemanusiaan
  • Faktor Ekonomi. 
Kehendak Perundangan

- Akta 514 –tetapkan “pengaturan kendiri” – tanggungjawab keselamatan & kesihatan di tempat kerja terletak kpd majikan & pekerja.
- Kehendak perundangan ditambah dgn penguatkuasaan oleh Jab. Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi memastikan semua tempat kerja punyai pengurusan keselamatan dan kesihatan.


Faktor Kemanusiaan

  • Pengurusan keselamatan & kesihatan dianggap sbg satu syarat dlm menjawab menjamin sesebuah industri/tempat kerja diberi perhatian sbg selamat & sihat.
  • Pengurusan sistematik akan angkat moral sesuatu industri.
  • Faktor Ekonomi
  • Setiap kehilangan kerosakan & kematian perlu dibayar premium insurans.
  • Keuntungan adalah utk jangka panjang. 

Kepentingan Program Keselamatan dan Kesihatan

  • Tanggungjawab jaga keselamatan & kesihatan terletak pada majikan, pihak pengurusan, pekerja & komuniti.
  • Pihak pengurusan atau majikan tanggung risiko secara langsung atau tidak langsung atau kedua-dua sekali akibat dpd kemalangan pekerja.
  • Tanggungan Secara Langsung
  • Kemalangan libatkan kerosakan jentera – libatkan kos pembaikan/ penggantian yg tinggi.
  • Kos akan kurangkan aliran wang tunai sykt.
  • Pampasan, SOCSO atau gaji diberikan kpd pekerja terlibat. 

Tanggungan Secara Tidak Langsung

  • Pihak pengurusan juga terpaksa tanggung kos pengambilan pekerja baru utk ganti pekerja yg mati/hilang upaya.
  • Mungkin libatkan kos tidak langsung yg tinggi spt latihan bg pekerja baru.
  • Nama baik majikan tercemar.
  • Majikan terdedah kpd denda & tuntutan undang-undang. 

Kemalangan di tempat kerja

  • Statistik Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) – kira-kira 250 juta pekerja terbabit dlm kemalangan di tempat kerja setiap tahun, termasuk 1.6 juta yg kehilangan nyawa.
  • Di Malaysia – purata 1,000 pekerja maut setiap tahun. Kajian Rambang MTUC
  • Daripada 400 sykt dlm pelbagai sektor – 90% tidak punyai JKTK, termasuk sebuah sykt yg punyai hampir 2,000 pekerja (Berita Harian 29/04/2004).
  • Akta sedia ada – majikan gagal patuhi hanya dikenakan denda hingga RM50,000 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya, selain wajib baginya sediakan dasar keselamatan di tempat kerja & pamerkan di tempat strategik supaya mudah dibaca. 
  • Kajian MTUC pada 2002 terhadap kesan mengendalikan kimia berbahaya, dapati keadaan amat membimbangkan & satu laporan mengenainya telah dikemukakan kpd Kementerian Sumber Manusia awal tahun 2003 – Ancaman kesihatan kpd pekerja sektor elektronik yg perlu kendali bahan kimia berbahaya dlm jangkamasa panjang.
  • MTUC memayungi 230 kesatuan sekerja yg hanya mewakili kira-kira 500,000 pekerja atau 10% dpd jumlah keseluruhan warga pekerja di Malaysia.
  • Di sektor elektronik – hanya 8,000 dpd 120,000 pekerja sertai kesatuan (BH – 29/04/2004).








Rujukan

  1.     Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
  2.     http://www.dosh.gov.my

 Most Downloaded

  1.     Occupational Safety and Health Act 1994 (Act 514) (66577)
  2.     Safety and Health Officer Training Centre (59793)
  3.     Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) (49152)
  4.     Factories and Machinery Act (Ammendment) (2006) (46051)
  5.     Guidelines for Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control (HIRARC), 2008 (39225)

Monday, 28 December 2015

Mengurus Diri



"Orang yang tidak pandai mengurus diri sendiri hidup seperti mayat!"

Anda dan saya mempunyai jumlah masa 24 jam sehari, 7 hari seminggu bersamaan 168 jam seminggu. Ia bukanlah jumlah yang sedikit. Terlalu banyak perkara yang dapat kita lakukan dalam tempoh 168 jam.

Mengurus diri penting jika mahu jadi orang berjaya. Seimbangkan pelbagai aspek dalam pengurusan diri. Jangan menumpu kepada satu-satu aspek kecemerlangan sahaja. Urus diri anda sebelum anda cuba mengurus diri orang lain.


Sekecil-kecil perkara dalam rutin seharian, anda harus urus sendiri. Jika anda mengharapkan orang lain untuk menguruskan diri anda seperti basuh tidaknya pakaian anda, kebersihan diri anda, kewangan anda, makan minum anda, hatta beg sekolah dan kotak pensil anda, anggapkan diri anda sudah mati seperti jenazah yang tidak mampu mengurus dirinya sendiri!

Apa yang hendak diurus?

 FIZIKAL DIRI :Keseimbangan Jasad Lahiriah.

 Kejadian jasad kita ini bukanlah matlamat kehidupan tetapi kita memerlukan jasad lahiriah untuk mendapatkan kemenangan yang kekal abadi di akhirat. Kalau kita tidak mengurus jasad kita dengan baik, cita-cita kita tidak akan kesampaian. Sebaliknya jika kita berlebih-lebih mengurus jasad lahiriah, kita terlupa perkara yang lebih penting dalam hidup ini iaitu pengisiannya.

  • Kebersihan Diri: Kebersihan tubuh badan: Kulit, gigi, kuku, anggota sulit. 
  • Fungsi Pancaindera: Lahir dan batin - Mata, telinga, lidah, daya sentuh, hidung.
  •  Jaga Penampilan Diri: Rambut, solekan, elak tabarruj, aksesori, perkataan, body language
  •  Jaga Pemakanan: Berzat, enak, halal, mengikut waktu, tidak membahayakan dan tidak berlebihan. Istiqamah Riadah: 1/2 jam sehari.
  •  Elakkan riadah melampau dan merbahaya. 
  • Kebersihan dan Kesesuaian Pakaian: Bersih, wangi, kemas, harmoni, menutup aurat, sesuai dengan fungsinya.
  •  Kebersihan dan Keselamatan Tempat Tinggal: Ada rumah, bilik, study table, work station, aliran udara yang baik, bersih daripada najis, perhiasan yang bermanfaat, peralatan yang membantu.

MENTAL DIRI: Kekuatan Minda (Otak)

Kita hendaklah mengurus mental kita dengan cemerlang.

Mental kita terdiri lebih daripada 10 bilion sel yang setiap satu mempunyai keupayaan seperti sebuah komputer kerangka utama (main frame computer) sebesar sebuah bilik. Rugilah hidup kita jika aset terpenting ini kita abaikan.

Bagaimana mengurus minda?
  •  Lahirkan otak yang cergas. 
  • Elakkan daripada merosakkan otak seperti merokok, mengambil dadah, melihat bahan lucah, melihat najis, melihat benda kaku seperti batu nisan, patung berhala, palang gereja, dll. 
  • Timbulkan keyakinan dari kekuatan diri. 
  • Apa yang mampu difikirkan oleh otak, mampu dicapai oleh jasad. 
  • Tambah pengetahuan. Jika anda pelajar, jadilah pelajar cemerlang. 
  • Tingkatkan kemahiran diri. 
  • Tambah hobi yang bermanfaat. 
  • Tambah keupayaan minda. 
  • Berfikir dengan lebih kritikal dan rasional.
  •  Luaskan perjalanan dan pengembaraan. 
  • Ajarkan ilmu anda kepada orang lain.
EMOSI DIRI: Kekuatan Perasaan. Kekuatan perasaan datang daripada hati. Hati kecil sentiasa dipimpin oleh Tuhan membenarkan perkara yang baik. Apa-apa yang tidak pasti dalam hidup anda anda tanyalah hati kecil anda. Ini juga dipanggil fitrah. Orang yang menyalahi fitrah membuat perkara yang songsang.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

EMOSI DIRI: Kekuatan Perasaan.

Kekuatan perasaan datang daripada hati.

Hati kecil sentiasa dipimpin oleh Tuhan membenarkan perkara yang baik. Apa-apa yang tidak pasti dalam hidup anda anda tanyalah hati kecil anda. Ini juga dipanggil fitrah. Orang yang menyalahi fitrah membuat perkara yang songsang.

Bagaimana mengurus hati?

Jagalah hati dengan sempurna.

  • Berbuatlah baik dengan semua orang. 
  • Buang sifat dendam kesumat. 
  • Jangan iri hati secara negatif (sakit hati dengan kejayaan dan kelebihan orang lain). 
  • Jangan gusar dengan kesenangan dan kekayaan orang lain. 
  • Jangan rasa rendah diri dengan kekurangan atau kemiskinan diri dan keluarga.
  •  Tingkatkan daya juang. 
  • Tahan tekanan. 
  • Ingat: Kita hanya tidak berdaya menahan tekanan apabila jasad kita sudah tidak bernyawa. 
  • Hadapi kesusahan dan kemiskinan hidup. Kesusahan dan kemiskinan hanya sementara. Lihatlah orang yang dahulunya susah sekarang sudah senang. 
  • Suburkan sifat berlumba. Berlumbalah dengan diri sendiri, jangan berlumba dengan orang lain.
  •  Anda akan sentiasa menang jika berlumba dengan diri sendiri.


 ROHANI DIRI: Kekuatan Dalaman.

 Kekuatan rohani berbanding kekuatan jasmani seperti seekor burung di dalam sangkar. Jika burung itu kuat, dia boleh terbang membawa sangkar. Rohani kita jika kuat boleh menerobos alam semesta ini tanpa batasan. Orang yang kuat rohani, dunia fizikal ini ringan baginya. Hari ini kita susah untuk berjumpa dengan orang yang kuat rohani. Tetapi bagaimana anda mahu menafikan kekuatan dan kemenangan para sahabat, para pejuang serta para nabi terdahulu. Kekuatan dan kemenangan mereka menakluk dunia adalah cerita benar. Tempias kehebatan orang yang kuat rohani yang masih tersisa hingga ke hari ini ialah seperti menangnya Mujahidin di Afghanistan menghalau Rusia keluar daripada tanah air mereka, kekuatan kumpulan-kumpulan tarikat dan sufi membentuk jemaah dan pembangunan di serata dunia dan kejayaan beberapa banyak kumpulan underdog, kecil dan lemah mengalahkan lawannya yang kuat dan dominan.

Bagaimana mengurus kekuatan rohani?

  • Kerjakan solat seolah-olah kita dapat melihat Tuhan.
  •  Ingatlah jika kita tidak dapat melihat Tuhan sesungguhnya Tuhan sentiasa melihat kita.
  •  Yakin dengan kekuasan Tuhan. 
  • Meletakkan pengharapan yang tertinggi kepada Tuhan. Rasa seperti permohonan kita sentiasa didengari dan dimakbulkan Tuhan. Kalau tidak segera mungkin lambat sedikit. Kalau tidak di dunia pasti di akhirat nanti. Letakkan kebergantungan kita hanya dengan Tuhan. Yakin akhirnya Tuhan akan memberi kemenangan kepada kita.
‘Orang yang pandai adalah yang menghisab dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah swt.
(HR. Imam Turmudzi, ia berkata, ‘Hadits ini adalah hadits hasan’)


Semoga perkongsian ilmu ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca sekalian.Selamat mencuba :)

168 Hours: You Have More Time Than You Think
agaimana mengurus kekuatan rohani? Kerjakan solat seolah-olah kita dapat melihat Tuhan. Ingatlah jika kita tidak dapat melihat Tuhan sesungguhnya Tuhan sentiasa melihat kita. Yakin dengan kekuasan Tuhan. Meletakkan pengharapan yang tertinggi kepada Tuhan. Rasa seperti permohonan kita sentiasa didengari dan dimakbulkan Tuhan. Kalau tidak segera mungkin lambat sedikit. Kalau tidak di dunia pasti di akhirat nanti. Letakkan kebergantungan kita hanya dengan Tuhan. Yakin akhirnya Tuhan akan memberi kemenangan kepada kita.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Keseimbangan Jasad Lahiriah. Kejadian jasad kita ini bukanlah matlamat kehidupan tetapi kita memerlukan jasad lahiriah untuk mendapatkan kemenangan yang kekal abadi di akhirat. Kalau kita tidak mengurus jasad kita dengan baik, cita-cita kita tidak akan kesampaian. Sebaliknya jika kita berlebih-lebih mengurus jasad lahiriah, kita terlupa perkara yang lebih penting dalam hidup ini iaitu pengisiannya.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Keseimbangan Jasad Lahiriah. Kejadian jasad kita ini bukanlah matlamat kehidupan tetapi kita memerlukan jasad lahiriah untuk mendapatkan kemenangan yang kekal abadi di akhirat. Kalau kita tidak mengurus jasad kita dengan baik, cita-cita kita tidak akan kesampaian. Sebaliknya jika kita berlebih-lebih mengurus jasad lahiriah, kita terlupa perkara yang lebih penting dalam hidup ini iaitu pengisiannya.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

PENGURUSAN MASA YANG BERKESAN

Sepuluh (10) saranan bagi pengurusan masa yang berkesan.




  1. Budayakan Tabiat Suka Mencatat – Umumnya ramai dalam kalangan kita yang merasa penat kerana terlalu memikirkan banyak perkara, terutama apabila kita cuba untuk memastikan semua tugasan dilaksanakan mengikut jadual dan perancangan. Kenapa tidak cuba untuk membudayakan diri kita membuat catatan, ia sangat membantu meringankan beban fikiran.Budaya suka mencatat juga dapat memastikan idea tidak dibazirkan hanya kerana kita lupa, sebaliknya dapat dikembangkan. Idea tidak datang selalu, jadi amalkan membawa buku catatan kecil dan pen dimana jua anda berada.
  1. Susun Tugas Mengikut Keutamaan
    – Menyusun tugas mengikut keutamaan menjadikan diri kita lebih fokus disamping dapat menjimatkan masa.
  2. Bezakan Tugasan Utama & Tugasan Sampingan
    – Elakkan dari mencampur-adukkan tugasan utama dan tugasan sampingan. Rujuk senarai tugas anda.
  3. Rancangkan Jadual Kerja Anda – Rancang jadual kerja mengikut minggu dan bulan. Peruntukkan waktu untuk merancang kerja dan menyemak kembali pencapaian setiap minggu.
  4. Berfikir Sebelum Bertindak & Belajarlah Berkata Tidak
    – Amalkan berfikir sebelum bertindak dan memberikan sebarang persetujuan. Manusia dipegang pada janji dan kerana mudah menerima dan berjanji, maka ramai dalam kalangan kita yang merasa terbeban untuk memenuhinya. Belajarlah untuk berkata tidak kepada perkara-perkara yang dirasakan tidak perlu dan membazirkan masa.
  5.  Peningkatan Diri Secara Berterusan
    – Luangkan masa konsisten untuk mempelajari perkara baru, atau sekurang-kurangnya dengan membaca. Membaca dapat meningkatkan pengetahuan dan keupayaan diri. Kedua-duanya dapat membantu membina keyakinan diri terutama dalam menjalankan tugasan seharian.
  6. Jadualkan Tugasan Harian Anda – Terdapat tugasan atau perkara-perkara yang dibuat secara rutin setiap hari. Agihkan waktu yang bersesuaian untuk memastikan tugasan tersebut berjalan lancar.
  7. Hapuskan Tabiat Membazir Masa
    – Setiap orang mempunyai kelemahan tersendiri, apatah lagi dalam pengurusan masa.  Cuba kenalpasti dan hapuskan tabiat buruk berkenaan. Aktiviti seperti berbual kosong, menonton tv secara keterlaluan, melayari internet tanpa tujuan, chatting dsb haruslah dihapuskan dari kamus hidup anda.
  8. Mengapa Buat Kerja Orang Lain? – Adakah dengan membuat kerja orang lain, anda menjadi popular dan disenangi, menjadi hero ataupun anda sebenarnya membuat kerja yang tidak bermanfaat – membazirkan masa sendiri?
  9. Jangan Jadi Perfectionist
    – Anda pentingkan kesempurnaan? Ia adalah ciri yang bagus, tetapi tidak semua tugas memerlukan anda mengerahkan kemampuan anda semaksimum mungkin. Ada tugasan yang perlukan ketelitian dan ada tugasan yang mudah serta ringkas untuk dilaksanakan.