Wednesday, 13 July 2016

Adakah Kahwin ,Cerai gaya hidup masa kini?


                                   Image result for contoh konflik rumah tangga

Suatu masa dahulu, pasangan yang bercerai menanggung perasaan malu. Perasaan itu turut ditanggung ahli keluarga yang lain. Hal ini disebabkan satu tanggapan bahawa pasangan yang bercerai berpunca sesuatu sikap yang tidak baik seperti suami atau isteri curang, mengamalkan sikap tidak baik, masalah tenaga batin dan sebagainya.
Malah, perceraian dianggap sesuatu yang `salah' dalam masyarakat. Sebab itu, pasangan suami isteri akan cuba sedaya mungkin mengelak daripada berlaku perceraian. Masalah dalam rumah tangga cuba diselesaikan secara bertolak ansur dan bijaksana. Keluarga akan campur tangan mendamaikan pasangan bermasalah agar tidak berakhir dengan perceraian.

Bilangan kes perceraian melibatkan pasangan Islam di negara ini berada pada tahap 10 hingga 15 peratus. Peratusan tersebut dianggap tinggi, biarpun masih terkawal. Pun begitu, timbul persoalan, adakah kahwin, dan cerai sudah menjadi gaya hidup masa kini? 
 Islam amat menggalakkan perkahwinan yang menyempurnakan keperluan tabii manusia yang memerlukan pasangan hidup. Manakala perceraian pula satu perkara halal yang paling dibenci. Perceraian berpunca kegagalan suami isteri melayari kehidupan berumah tangga seperti mana diharapkan.
Status duda dan janda bukan suatu yang baik pada pandangan masyarakat. Pandangan ini berdasarkan bahawa perceraian berpunca sesuatu yang tidak baik mengenai duda atau janda itu.

Keluarga yang prihatin tidak mudah menerima bakal ahli keluarga baru daripada kalangan duda atau janda. Mereka akan menyelidik apakah punca perceraian yang lalu. Adakah perceraian lalu berpunca daripada sikap bakal menantunya itu? Ini bagi mengelak perkara yang sama berlaku dalam perkahwinan baru kelak.
Dengan perkataan lain, duda atau janda dipandang rendah bukan kerana status, tetapi sebab di sebalik mengapa status itu diperoleh. Suami tidak mungkin menceraikan isteri yang baik. Atau, suami yang baik tidak mungkin menceraikan isteri tanpa alasan yang munasabah.

Tetapi, apakah matlamat perkahwinan `mesti' berakhir dengan perceraian. Jika perkahwinan diraikan sebagai hari paling gembira dan bersejarah, perceraian sepatutnya dianggap malapetaka paling besar.
Istilah perceraian sepatutnya tiada dalam kamus perkahwinan. Perceraian adalah jalan terakhir setelah segala usaha untuk mengekalkan rumah tangga gagal. Rakyat yang baik bermula dari keluarga yang bahagia.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Setiap individu yang berkahwin mengimpikan satu kehidupan yang bahagia kerana rumahtangga yang bahagia menjadikan penghuni-penghuninya dapat hidup dalam suasana tenang, harmoni dan selesa. Setiap anggota keluarganya saling kasih mengasihi, hormat menghormati dan menjalankan aktiviti-aktiviti rumahtangga dengan penuh kerelaan. Perjalanan hidup sebuah keluarga bahagia didasarkan di atas prinsip saling menjaga dan mengambil berat di antara satu sama lain, sentiasa memberi sokongan semasa menghadapi konflik dan penyelesaian permasalahan. Selain daripada itu, setiap suami isteri dapat meningkatkan lagi potensi diri dan membina hubungan erat dengan orang lain. Di dalam menjalani kehidupan, mereka sentiasa sensitiv dengan perubahan serta berupaya menyesuaikan dirinya.

Kebahagiaan hidup sebuah keluarga banyak bergantung kepada persefahaman di dalam menjalinkan perhubungan suami isteri. Kegagalan mereka untuk berbuat demikian akan melahirkan ketegangan dan konflik. Oleh itu tidak mustahil jika dikatakan bahawa krisis adalah suatu perkara lumrah di dalam sebuah rumahtangga walau bagaimana harmoni kehidupan rumahtangga tersebut. Keadaan ini hanya boleh dapat diatasi dengan kebijaksanaan suami dan sokongan daripada isteri yang pengasih.

PUNCA-PUNCA KONFLIK RUMAHTANGGA

Krisis rumahtangga boleh berlaku disebabkan oleh berbagai-bagai faktor. Bagaimanapun ia boleh disimpulkan kepada tiga faktor utama yang membuatkan kegagalan suami isteri untuk bersefahaman dan seterusnya mengakibatkan krisis di dalam rumahtangga.
.
1. Komunikasi
Kegagalan pasangan suami isteri untuk berkomunikasi dengan berkesan selalunya akan membawa implikasi yang buruk terhadap sesebuah rumahtangga. Komunikasi agresif seringkali terjadi di dalam hubungan suami isteri. Di mana suami isteri memaksa pasangannya menerima sesuatu pendapat. Hal ini kerap menimbulkan reaksi pertelingkahan. Bagaimanapun teknik inilah yang kerap digunakan oleh suami isteri di dalam menyampaikan hasratnya.

Di antara teknik agresif ialah :
a. Paksaan : Memaksa pasangan menerima apa yang dikemukakan dengan menggunakan bahasa yang keras, ugutan dan sebagainya.
b. Menyakinkan : Dengan cara pujuk rayu, berjanji dan sumpah, tujuannya untuk menyakinkan pasangan bahawa untuk kebaikan bersama.
c. Penilaian : Memberi penilaian kepada sesuatu perkara dengan cara merendah-rendahkan pasangan.
d. Melindungi : Tidak menyatakan sesuatu dengan sebenarnya.
e. Menangguhkan : Melengah-lengahkan sesuatu harapan atau permintaan dengan tujuan supaya dilupakan atau sebagai satu dalihan untuk menolak.
f. Menyalahkan orang lain : Berlaku bila seseorang rasa marah dan tidak diketahui sebabnya. Oleh itu, ia mula mencari sasaran untuk melepaskan kemarahan.

2. Tanggungjawab
Pertelingkahan di dalam rumahtangga berlaku bila satu-satu pihak tidak menjalankan kewajipannya dengan sempurna.

Tanggungjawab di dalam rumahtangga meliputi :-

a. Nafkah : Suami tidak disediakan nafkah yang mencukupi kepada anak dan isteri.
b. Tempat tinggal : Tidak menyediakan tempat tinggal yang selesa dan kadang kala tidak menjelaskan sewa dan sebagainya.
c. Kebajikan : Termasuk soal perhatian, kesihatan perubatan, layanan persekolahan anak-anak dan pendidikan kerohanian.
d. Keselamatan : Perlindungan dari segala ancaman luaran dan dalaman.
e. Kasih sayang : Kasih sayang di antara suami isteri perlu sentiasa dipupuk supaya sentiasa mekar dan bersemarak. Jika suami isteri gagal atau tidak berusaha ke arah tersebut ia akan semakin pudar dan berkurangan.


Di dalam sebuah perkahwinan, suami adalah ketua dan pemimpin ke atas semua ahli keluarganya. Hal ini telah disebut dengan jelas oleh Allah SWT di dalam firmannya, yang bermaksud :
“Kaum lelaki adalah pemimpin yang bertanggungjawab ke atas perempuan oleh kerana Allah telah melebihkan kaum lelaki dengan beberapa keistimewaan di atas kaum perempuan dan kaum lelaki membelanjakan sebahagian daripada hartanya.”
(Surah An- Nisa : 4)
.
Sesuai dengan tanggungjawab dan penghormatan yang begitu tinggi diberikan kepada suami maka beliau berkewajipan untuk mencari jalan bagi mengatasi persoalan-persoalan yang timbul di dalam rumahtangganya, termasuklah bila berlaku krisis dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.

Di antara tindakan-tindakan yang patut dilakukan oleh suami ialah :

a. Suami hendaklah sentiasa sensitif dengan setiap kejadian di dalam rumahtangga.
b. Suami mesti mengkaji dengan teliti sebab-sebab punca insiden.
c. Sebab-sebab kejadian.
Setelah tindakan tersebut dilakukan dan ternyata ia berpunca daripada pihak suami sendiri maka suami mesti mengakui kesilapannya sendiri, buat perubahan tingkah laku. Selain daripada itu suami mesti melaksanakan ssegala tanggungjawab dengan sempurna dan membentuk kepimpinan pada diri suami sendiri. Di samping segala usaha dilakukan suami mesti berdoa dan bertawakal kepada Allah.
Bagaimanapun jika suami mendapati punca masalah adalah daripada faktor luaran suami mesti melakukan tindakan-tindakan berikut :
1. 1. Menasihati isteri supaya hentikan perbuatan.
2. 2. Suami patut ubah keadaan dalam rumahtangga.
3. 3. Adakan sekatan atau kawalan, jika perlu.
4. 4. Suami patut memberi alternatif-alternatif kepada isteri, supaya isteri boleh buat pilihan
i. Jikalau konflik rumahtangga itu berlaku berpunca daripada diri isteri semata-mata bukan dipengaruhi oleh anasir-anasir luaran. Allah SWT telah menggariskan panduan melalui firmannya yang bermaksudnya
“Dan isteri-isteri yang kamu curigai atau bimbang berlaku nusyuznya(derhaka), maka hendaklah kamu (suami) menasihati mereka, dan jika sekiranya mereka berdegil tinggalkan mereka di tempat tidur, dan jika mereka masih berdegil juga pukullah mereka (dengan pukulan yang tidak mencederakan) kemudian jika mereka taat kepada kamu maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka dan ingatlah sesungguhnya Allah Maha Tinggi Lagi Maha Besar.”
(Surah An-Nisa’: 34)
.
 MENASIHATI ISTERI
.
Dalam menghadapi sesuatu permasalahan suami sewajarnya memberi nasihat kepada isteri dengan penuh bijaksana. Nasihat yang diberi meliputi menerangkan hukum dan akibat perbuatan : Memberi contoh-contoh teladan yang boleh diambil iktibar oleh isteri. Suami juga mesti memberi panduan apa yang patut isteri lakukan dan peringatan-peringatan supaya menjadi pegangan isteri. Suami juga hendaklah bersedia memaafkan isteri di atas kesilapan yang dilakukan. Tindakan yang dilakukan oleh suami hendaklah dengan cara yang lembut, sopan dan berperikemanusiaan, sesuai dengan Sabda Rasulullah SAW, maksudnya:

Dari Abi Hurairah r.a.; Katanya, Nabi s.a.w. bersabda ,
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Khiamat, maka apabila ia menyaksikan sesuatu peristiwa, hendaklah ia menanggapi dengan baik atau diam. Bijaksanalah membimbing wanita kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Dan bahagiannyan yang paling bengkok ialah sebelah atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya ia patah tetapi jika engkau biarkan, ia akan sentiasa bengkok kerana ia bijaksanalah membimbing wanita dengan baik.”
(Riwayat Muslim)
.

 MENINGGALKAN TEMPAT TIDUR
.
Merupakan langkah yang kedua yang disarankan kepada suami untuk bertindak setelah langkah pertama menemui kegagalan. Langkah ini boleh dilakukan dengan cara berikut :
a. Suami tidak melakukan persetubuhan dengan isterinya.
b. Tidur berasingan (berlainan bilik).
c. Tidak bertegur sapa atau bercakap hanya sekadar dengan perlu sahaja
d. Tidur dengan cara membelakangkan isteri
Tempoh bagi suami melaksanakan tindakan ini ialah selama 30 hari (sebulan). Hal ini dikiaskan kepada tindakan yang telah diambil oleh Rasulullah terhadap Safiah apabila Rasulullah marah terhadapnya. Walau bagaimanapun ia boleh dilanjutkan sehingga 4 bulan (120 hari) mengikut keperluan.
Dalam melaksanakan tindakan ini suami tidak boleh meninggalkan rumah dan tidak boleh melampau di dalam tindakannya. Apabila isteri telah kembali taat suami hendaklah memberhentikan semua tindakan dan suami tidak boleh sekali-kali mencari jalan untuk menyusahkan isteri atau membalas dendam.
.
.
 PUKUL

Salah satu langkah yang boleh dilakukan oleh suami terhadap keengkaran isteri setelah langkah pertama dan kedua tidak memberi apa-apa kesan. Tujuan pukulan ialah untuk menyedarkan isteri tentang sikap buruknya serta untuk mengembalikannya ke pangkal jalan. Sabda Rasulullah SAW; maksudnya :
“Hendaklah kamu memukul isteri-isteri kamu apabila mereka mendurhakai kamu tentang perkara yang baik”.
Di dalam melaksanakan langkah ini, syarak telah menerapkan syarat-syarat seperti berikut :
1. Memukul isteri dengan pukulan yang tidak melukakan atau yang boleh meninggalkan sebarang kesan.
2. Tidak memukul di bahagian muka / tempat-tempat yang merbahaya seperti dada.
3. Tidak menggunakan alat-alat yang boleh mencederakan.
Selain daripada itu, suami mestilah bertindak di dalam keadaan yang waras dan tidak sekali-kali dengan mengikut perasaan marah atau dendam. Islam melarang keras suami memukul isteri yang tidak membuat kesalahan. Sebolehnya mengelakkan daripada memukul isteri, sekali pun langkah-langkah terdahulu telah gagal.
.
.
MELANTIK ORANG TENGAH

Setalah suami melakukan ketiga-tiga langkah terdahulu dan didapati tidak menampakkan apa-apa kesan positif malahan bertambah keingkaran isteri, sedangkan suami masih mengharapkan kebaikan maka suami bolehlah melnatik orang tengah. Ini berdasarkan firman Allah dalam surah An-Nisa’ : 35, maksudnya :
.
Dan jika bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantikan orang tengah untuk mendamaikan mereka iaitu seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan, jika orang tengah itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan nescaya Allah akan menjadikan kedua suami isteri itu berpakat iaitu sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui lagi di dalam pengetahuannya”.
ii. Konflik yang berpunca daripada pihak suami.
.
Dalam menghadapi konflik rumahtangga yang berpunca daripada sikap buruk suami, isteri hendaklah bertindak berdasarkan firman Allah SWT, (Surah An-Nisa’ : 128) maksudnya :
.
Dan jika seorang wanita khuatir akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya, maka tidak apa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya, dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir ……..
.
Daripada ayat di atas, tindakan yang patut dilaksanakan oleh isteri ialah memujuk suami dengan menyatakan bahawa suami sebagai tempat perlindungan isteri dan anak, isteri hendaklah memberi peluang kepada dirinya dan suami untuk meneruskan kehidupan suami isteri di samping meningkat potensi diri bagi menarik minat dan kesedaran suami supaya untuk memberi perhatian terhadap rumahtangga. Di dalam keadaan ini, pihak isteri tidak patut menggalakkan sikap terburu-buru atau mencerca. Suami di atas kesilapannya dan memohon pertolongan daripada Allah SWT.
.
Walau bagaimanapun dalam keadaan tertentu isteri perlu mendapatkan bantuan dan nasihat daripada pihak tertentu seperti keluarga sahabat atau orang tengah yang dilantik untuk membaiki keadaan rumahtangga yang kian meruncing. Kemuncak daripada krisis rumahtangga mungkin isteri perlukan mengambil sesuatu tindakan isteri perlu menunjukkan permasalahan ke pejabat-pejabat agama. Bagaimanapun semasa krisis, isteri tidak boleh sekali-kali untuk meninggalkan rumah tanpa persetujuan daripada pihak suami melainkan untuk mendapatkan perlindungan (kes-kes deraan dan sebagainya).
.

KESIMPULAN

Krisis di atas suami isteri merupakan perkara yang lumrah berlaku di dalam rumahtangga walau sebagaimana rukun sekali perhubungan mereka. Kejadian krisis dalam rumahtangga boleh memberi kesan yang positif apabila ia dikendalikan atau ia diselesaikan dengan baik kerana ia boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Bagaimanapun jika terlalu kerap berkrisis akan menjadikan rumahtangga sentiasa bergelombang dan jika dibiarkan ia akan karam. Oleh itu, tolak ansur dan persefahaman di antara suami isteri selalunya akan menyelamatkan keadaan dan rumahtangga akan terus kekal bahagia

Wallahua’lam





 

Saturday, 25 June 2016

DIA- Sosok yang sangat menyayangi keluarganya tanpa sedikitpun meremehkan mereka.


" Banggalah pada suamimu yang senantiasa menitiskan keringatnya hingga lupa membasuhnya dan mengering tanpa dia sedari.
Banggalah pada suamimu, kerana ucapan itu adalah pemberian yang paling mudah dan paling indah jika suamimu mendengarnya.
Sambut kepulangannya di rumah dengan senyum dan sapaan hangat. Kecup keningnya agar dia merasakan ketenangan setelah menahan beban berat di luar sana.
Sambutlah dengan penuh rasa tulus ikhlas untuk menyayangi suamimu.
Selagi dia kembali dalam keadaan dapat membuka mata selebar-lebar.
Dan bukan kembali dalam memejamkan mata untuk selamanya."


                        Image result for suami yang setia kepada istrinya


Allah SWT berfirman:
‘Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajiban menurut cara yang baik akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan atas isterinya.”
(Al Baqarah : 228)

“Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat bercucuk-tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa kamu kelak akan menemui-Nya. Dan berilah kabar gembira orang-orang yang beriman.” (Q.S.al-Baqoroh (2) :223)

“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka menaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (QS. An-Nisa: 34)

Rasulullah SAW bersabda yang ertinya :

“Seorang perempuan tidak patuh pada suaminya dan dia tidak akan mampu tanpa suaminya”. (HR. Bukhari dan Muslim)
“Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya di antara mereka. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap istri-istrinya.” (HR. Ahmad)
“Sebaik-baik kalian, adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya, dan Aku adalah orang yang paling baik terhadap keluargaku.” (HR. Tirmizi)
“Laki-laki (suami) adalah pemimpin bagi keluarganya dan kelak ia akan ditanya (dimintai pertanggungjawaban) tentang mereka.” (HR. Al-Bukhari)
“Kewajiban seorang suami terhadap isterinya ialah suami harus memberi makan kepadanya jika ia makan dan memberi pakaian kepadanya jika ia berpakaian dan tidak boleh memukul mukanya dan tidak boleh memperolokkan dia dan juga tidak boleh meninggalkannya kecuali dalam tempat tidur (ketika isteri membangkang).”
(Hadist Riwayat: Abu Daud







Maafkan aku sayang.

Thursday, 16 June 2016

Allah s.w.t Memberi Kita Hikmah

                                           Image result for hikmah


Sekali lagi,perbaharui hati kita.Jangan biarkan kesedihan terlakar pada wajah.Tunjukkan yang kita juga sedang berbahagia.Kita juga berharap suatu hari nanti,kita dapat menyusul seperti dirinya,sekiranya waktu kita masih belum berkahwin.

Jangan berhenti menggali hikmah-Nya.Ibnu Al Jauzy berkata,
"Sekiranya kamu tidak mampu menangkap hikmah,bukan kerana hikmah itu tiada,tetapi kerana kelemahan daya ingatan kamu sendiri.Kamu perlu tahu,raja juga memiliki rahsia yang tidak diketahui oleh orang kebanyakan .Bagaimana kamu yang begitu lemah,mampu mengungkap semua hikmah-Nya?"

Banyak perkara yang terjadi dalam hidup ini,pada awalnya kita menganggap pahit,getir, ataupun menyakitkan.Tetapi pada kemudian hari kita mensyukurinya.Sebaliknya ,tidak sedikit perkara yang pada awalnya kita sambut sukacita,tetapi pada kemudian hari kita bermuram durja,malah menitiskan air mata.

Kisah Rasulullah s.a.w dan para sahabat dapat kita jadikan pengajaran berharga.Satu klausa Perjanjian Hudaibiyah menyatakan,Rasulullah  s.a.w perlu kembali ke Madinah dan tidak boleh memasuki Makkah hingga tahun hadapan.Klausa berikutnya menyatakan,kedua-dua belah pihak melakukan genjatan senjata selama 10 tahun.Beberapa sahabat berasa sedih keranamereka sudah dijanjikan bagi memasuki Makkah,tetapi terpaksa berpatah balik dan pulang ke Madinah.

Nmaun sesuatu yang awalnya dirasakan pahit,menjadi manis selepas beberapa tahun.Antaranya,pengislaman beberapa tokoh Quraisy seperti Amru bin Al-Ash,Utsman bin Thalhah,dan Khalid bin Al Walid.Dalam rentang waktu itu,jumlah kaum Muslimin bertambah ramai.Hingga pada suatu waktu,dengan kekuatan baru yang dimiliki terjadi peristiwa yang tercatat dalam tinta emas sejarah,iaitu Fathu Makkah.Sebuah peradaban baru sudah terbentuk .Peradaban yang menerangi alam semesta ini sudah lahir.

Pelajaran beharga yang dapat kita ambil adalah ,pasti ada hikmah daripada Allah s.w.t  ke atas kejadian yang berlaku.Persoalannya ,adakah kita berusaha mencari ataupun menggalinya ataupun tidak?Berkenaan bila masanya hikmah itu muncul ke permukaan juga sering menjadi persoalan.Boleh jadi pada waktu itu juga,ataupun selepas seminggu,sebulan,setahun,lima tahun, sepuluh tahun,bahkan mungkin selepas kitta meninggal dunia.

Pernah dengar berkenaan  Tauq Al-Hamamah karya Ibnu Hazim? Hanya selepas Ibnu Hazim meninggal ramai yang memberikan perhatian kepada karya beliau.Antaranya adalah Reinhart Dozy,pakar kajian Andalausia,mencedok sebahagian daripada Tauq Al-Hamamah dan memasukkan ke dalam karyanya yang terkenal,bertajuk Histoire Des Musulmans d'Espagne Jusqu'ala Conquete del' Andalouse Parles Almoravides.Begitu juga potret Mona Lisa karya Leonardo Da Vincci.Monalisa mendapat banyak perhatian daripada pencinta seni hanya selepas senimannya meniggal dunia.Selepas Leonardo meninggal,ramai pencinta seni berusaha menggali rahsia di sebalik karyanya.

Setiap kejadian,pahit ataupun manis,pasti ada hikmah ataupun pelajaran berharga .Semasa hal itu terjadi ,kita perlu bersedia menghadapinya.Bukan berfikiran ragu-ragu dengan bertanyakan mengapa?,tetapi berfikir solusi dengan bertanyakan bagaimana?.Daripada kita terus berfikir sebab musabab berlakunya kejadian itu,lebih baik kita fikirkan perkara yang perlu kita lakukan bagi menghadapi keadaan ini.


Adakah kita jatuh tersungkur dan menyerah,ataupun bangkit dan melonjak?Kita sendiri yang tahu jawapannya.

Sunday, 12 June 2016

Cinta Seorang Anak

                                                       Image result for cinta seorang anak

Kisah seorang anak yang berusaha menjaga bapanya di sebuah daerah di China mendapat penghargaan sehingga dia dianugerahkan Anugerah Jasa Cemerlang pada 27 Januari 2006.Majlis Anugerah Jasa Cemerlang bagi mengenang mereka berjasa kepada masyarakat.Anugerah Jasa Cemerlang dianugerahkan kepada sembilan orang tokoh pada tahun itu. Antara sembilan orang penerima anugerah itu,seoarang kanak-kanak berumur 10 tahun menjadi tumpuan kerana menjadai penerima anugerah termuda.orang ramai tertunggu tunggu untuk mengetahui jasa yang sudah dilakukan sehingga layak menerima penghargaan tertinggi di negara mereka.Kanak kanak itu adalah Zhang Da.

Apabila diperjelaskan,didapati anak ini berbakti secara luar biasa kepada bapanya yang mengalami sakit yang teruk.Ibu kepada Zhang Da meninggalkan mereka kerana tidak sanggup hidup dalam kemisikinan,Di samping suaminya menghidap penyakit,tidak bolehbekerja,tidak boleh berjalan dan sering sakit.Melihat keadaan bapanya,Zhang Da keberatan mahu meninggalkan bapanya walaupun dia baru berusia 10 tahun ketika itu.Tidak semua kanak kanak mampu menjaga bapa yang sedang sakit di usianya itu.

Memadangkan dua beranak ini tinggal jauh di pedalaman,Zhang Da perlu berjalan kaki melintasi denai dan elukar belukar kecil dalam jarak jauh untuk ke sekolah.Disebabkan tidak mampu dari segi kewangan ,dia memakan dun daun kayu,biji bijian, atau buah buahan yang ditemui disepanjang perjalan ke sekolah.Kadang kala ,dia memakan rumput yang dirasakan sesuai dengan lidahnya untuk mengalas peaik sahaja pulang dari sekolah,anak ini mengambil upah memecah batu batu besar.Upah daripada pekerjaan itulah,dia membeli makanan dan ubat ubatan bapanya.

Setiap hari sebaik pulang bekerja,dia mengurus ayahnya,memandikan,menyediakan bubur,dan menyuapkan makanan untuk bapanya.Semua urusan keperluan bapanya dilakukan sendiri dengan bersungguh-sungguh .Melihat keadaan bapanya yang tidak sembuh dan harga ubat pula terlalu mahal,dia menghasilkan sendiri ubat berpandukan buku panduan lama membuat ubat yang ditemui di gerai menjual buku buku lama.Dia nekad menghasilkan sendiri ubat dan memberikan rawatan kepada bapanya termasuk belajar menyuntik ubat.Selepas dia benar benar yakin dia menyuntik sendiri ubat yang dibuatnya ke badan bapanya sehingga dengan izin Allah ,bapanya sembuh.

Kejayaan ini didrong oleh rasa cintanya yang tulus ikhlas terhadap bapanya.Walaupun baru berusia 10 tahun,dia menjalankan tanggungjawab yang berat ini selama 5 tahun.Maka semasa menerima Anugerah Jasa Cemerlang ,anak ini sudah berumur 15 tahun.Dengan cabaran dipukul,kini anak remaja ini membesar sebagai anak yang berkeyakinan diri tinggi,tidak mengenal erti putus asa,dan sangat berdikari.

Orang dahulu pernah berkata,"Jikalau kita takut anak MENANGIS semasa mereka KECIL, kita sebagai IBU BAPA (DEWASA) akan lebih banyak menangis apabila ANAK-ANAK sudah  BESAR."

                                                 Image result for cinta seorang anak

Melalui kisah Zhang Da ,dapat kita simpulkan ,sekiranya semua anak kita pada zaman sekarang ditemukan dengan pengalaman-pengalaman yang berharga dan mencabar seperti ini,pasti anak kita akan membesar sebagai anak yang sangat teguh pendirian,berdikari,pantang menyerah serta susuk peribadi yang diperlukan untuk membangun bangsa dan agama.

Dalam surah Az Zumar ayat 10,Allah s.w.t menegaskan,
"Sesungguhnya orang orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira."