Suatu masa dahulu, pasangan yang bercerai menanggung perasaan malu. Perasaan itu turut ditanggung ahli keluarga yang lain. Hal ini disebabkan satu tanggapan bahawa pasangan yang bercerai berpunca sesuatu sikap yang tidak baik seperti suami atau isteri curang, mengamalkan sikap tidak baik, masalah tenaga batin dan sebagainya.
Malah, perceraian dianggap sesuatu yang `salah' dalam masyarakat. Sebab itu, pasangan suami isteri akan cuba sedaya mungkin mengelak daripada berlaku perceraian. Masalah dalam rumah tangga cuba diselesaikan secara bertolak ansur dan bijaksana. Keluarga akan campur tangan mendamaikan pasangan bermasalah agar tidak berakhir dengan perceraian.
Bilangan kes perceraian melibatkan pasangan Islam di negara ini berada pada tahap 10 hingga 15 peratus. Peratusan tersebut dianggap tinggi, biarpun masih terkawal. Pun begitu, timbul persoalan, adakah kahwin, dan cerai sudah menjadi gaya hidup masa kini?
Islam amat menggalakkan perkahwinan yang menyempurnakan keperluan
tabii manusia yang memerlukan pasangan hidup. Manakala perceraian pula
satu perkara halal yang paling dibenci. Perceraian berpunca kegagalan
suami isteri melayari kehidupan berumah tangga seperti mana diharapkan.
Status duda dan janda bukan suatu yang baik pada pandangan masyarakat. Pandangan ini berdasarkan bahawa perceraian berpunca sesuatu yang tidak baik mengenai duda atau janda itu.
Keluarga yang prihatin tidak mudah menerima bakal ahli keluarga baru daripada kalangan duda atau janda. Mereka akan menyelidik apakah punca perceraian yang lalu. Adakah perceraian lalu berpunca daripada sikap bakal menantunya itu? Ini bagi mengelak perkara yang sama berlaku dalam perkahwinan baru kelak.
Dengan perkataan lain, duda atau janda dipandang rendah bukan kerana status, tetapi sebab di sebalik mengapa status itu diperoleh. Suami tidak mungkin menceraikan isteri yang baik. Atau, suami yang baik tidak mungkin menceraikan isteri tanpa alasan yang munasabah.
Tetapi, apakah matlamat perkahwinan `mesti' berakhir dengan perceraian. Jika perkahwinan diraikan sebagai hari paling gembira dan bersejarah, perceraian sepatutnya dianggap malapetaka paling besar.
Istilah perceraian sepatutnya tiada dalam kamus perkahwinan. Perceraian adalah jalan terakhir setelah segala usaha untuk mengekalkan rumah tangga gagal. Rakyat yang baik bermula dari keluarga yang bahagia.
Di antara tindakan-tindakan yang patut dilakukan oleh suami ialah :
Status duda dan janda bukan suatu yang baik pada pandangan masyarakat. Pandangan ini berdasarkan bahawa perceraian berpunca sesuatu yang tidak baik mengenai duda atau janda itu.
Keluarga yang prihatin tidak mudah menerima bakal ahli keluarga baru daripada kalangan duda atau janda. Mereka akan menyelidik apakah punca perceraian yang lalu. Adakah perceraian lalu berpunca daripada sikap bakal menantunya itu? Ini bagi mengelak perkara yang sama berlaku dalam perkahwinan baru kelak.
Dengan perkataan lain, duda atau janda dipandang rendah bukan kerana status, tetapi sebab di sebalik mengapa status itu diperoleh. Suami tidak mungkin menceraikan isteri yang baik. Atau, suami yang baik tidak mungkin menceraikan isteri tanpa alasan yang munasabah.
Tetapi, apakah matlamat perkahwinan `mesti' berakhir dengan perceraian. Jika perkahwinan diraikan sebagai hari paling gembira dan bersejarah, perceraian sepatutnya dianggap malapetaka paling besar.
Istilah perceraian sepatutnya tiada dalam kamus perkahwinan. Perceraian adalah jalan terakhir setelah segala usaha untuk mengekalkan rumah tangga gagal. Rakyat yang baik bermula dari keluarga yang bahagia.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Setiap individu yang berkahwin mengimpikan satu kehidupan yang
bahagia kerana rumahtangga yang bahagia menjadikan penghuni-penghuninya dapat
hidup dalam suasana tenang, harmoni dan selesa. Setiap anggota keluarganya
saling kasih mengasihi, hormat menghormati dan menjalankan aktiviti-aktiviti
rumahtangga dengan penuh kerelaan. Perjalanan hidup sebuah keluarga bahagia
didasarkan di atas prinsip saling menjaga dan mengambil berat di antara satu
sama lain, sentiasa memberi sokongan semasa menghadapi konflik dan penyelesaian
permasalahan. Selain daripada itu, setiap suami isteri dapat meningkatkan lagi
potensi diri dan membina hubungan erat dengan orang lain. Di dalam menjalani
kehidupan, mereka sentiasa sensitiv dengan perubahan serta berupaya
menyesuaikan dirinya.
Kebahagiaan hidup sebuah keluarga banyak bergantung kepada
persefahaman di dalam menjalinkan perhubungan suami isteri. Kegagalan mereka
untuk berbuat demikian akan melahirkan ketegangan dan konflik. Oleh itu tidak
mustahil jika dikatakan bahawa krisis adalah suatu perkara lumrah di dalam
sebuah rumahtangga walau bagaimana harmoni kehidupan rumahtangga tersebut.
Keadaan ini hanya boleh dapat diatasi dengan kebijaksanaan suami dan sokongan
daripada isteri yang pengasih.
PUNCA-PUNCA KONFLIK
RUMAHTANGGA
Krisis rumahtangga boleh
berlaku disebabkan oleh berbagai-bagai faktor. Bagaimanapun ia boleh
disimpulkan kepada tiga faktor utama yang membuatkan kegagalan suami isteri
untuk bersefahaman dan seterusnya mengakibatkan krisis di dalam rumahtangga.
.
1. Komunikasi
Kegagalan pasangan suami
isteri untuk berkomunikasi dengan berkesan selalunya akan membawa implikasi
yang buruk terhadap sesebuah rumahtangga. Komunikasi agresif seringkali terjadi
di dalam hubungan suami isteri. Di mana suami isteri memaksa pasangannya
menerima sesuatu pendapat. Hal ini kerap menimbulkan reaksi pertelingkahan.
Bagaimanapun teknik inilah yang kerap digunakan oleh suami isteri di dalam
menyampaikan hasratnya.
Di antara teknik agresif
ialah :
a. Paksaan :
Memaksa pasangan menerima apa yang dikemukakan dengan menggunakan bahasa yang
keras, ugutan dan sebagainya.
b. Menyakinkan :
Dengan cara pujuk rayu, berjanji dan sumpah, tujuannya untuk menyakinkan
pasangan bahawa untuk kebaikan bersama.
c. Penilaian :
Memberi penilaian kepada sesuatu perkara dengan cara merendah-rendahkan
pasangan.
d. Melindungi :
Tidak menyatakan sesuatu dengan sebenarnya.
e. Menangguhkan :
Melengah-lengahkan sesuatu harapan atau permintaan dengan tujuan supaya
dilupakan atau sebagai satu dalihan untuk menolak.
f. Menyalahkan orang
lain : Berlaku bila seseorang rasa marah dan tidak diketahui sebabnya. Oleh
itu, ia mula mencari sasaran untuk melepaskan kemarahan.
2. Tanggungjawab
Pertelingkahan di dalam
rumahtangga berlaku bila satu-satu pihak tidak menjalankan kewajipannya dengan
sempurna.
Tanggungjawab di dalam
rumahtangga meliputi :-
a. Nafkah : Suami
tidak disediakan nafkah yang mencukupi kepada anak dan isteri.
b. Tempat tinggal
: Tidak menyediakan tempat tinggal yang selesa dan kadang kala tidak
menjelaskan sewa dan sebagainya.
c. Kebajikan :
Termasuk soal perhatian, kesihatan perubatan, layanan persekolahan anak-anak
dan pendidikan kerohanian.
d. Keselamatan :
Perlindungan dari segala ancaman luaran dan dalaman.
e. Kasih sayang : Kasih
sayang di antara suami isteri perlu sentiasa dipupuk supaya sentiasa mekar dan
bersemarak. Jika suami isteri gagal atau tidak berusaha ke arah tersebut ia
akan semakin pudar dan berkurangan.
Di dalam sebuah
perkahwinan, suami adalah ketua dan pemimpin ke atas semua ahli keluarganya. Hal
ini telah disebut dengan jelas oleh Allah SWT di dalam firmannya, yang
bermaksud :
“Kaum lelaki adalah
pemimpin yang bertanggungjawab ke atas perempuan oleh kerana Allah telah
melebihkan kaum lelaki dengan beberapa keistimewaan di atas kaum perempuan dan
kaum lelaki membelanjakan sebahagian daripada hartanya.”
(Surah An- Nisa : 4)
.
Sesuai dengan
tanggungjawab dan penghormatan yang begitu tinggi diberikan kepada suami maka
beliau berkewajipan untuk mencari jalan bagi mengatasi persoalan-persoalan yang
timbul di dalam rumahtangganya, termasuklah bila berlaku krisis dengan penuh
hikmah dan kebijaksanaan.
Di antara tindakan-tindakan yang patut dilakukan oleh suami ialah :
a. Suami hendaklah
sentiasa sensitif dengan setiap kejadian di dalam rumahtangga.
b. Suami mesti mengkaji
dengan teliti sebab-sebab punca insiden.
c. Sebab-sebab kejadian.
Setelah tindakan
tersebut dilakukan dan ternyata ia berpunca daripada pihak suami sendiri maka
suami mesti mengakui kesilapannya sendiri, buat perubahan tingkah laku. Selain
daripada itu suami mesti melaksanakan ssegala tanggungjawab dengan sempurna dan
membentuk kepimpinan pada diri suami sendiri. Di samping segala usaha dilakukan
suami mesti berdoa dan bertawakal kepada Allah.
Bagaimanapun jika suami
mendapati punca masalah adalah daripada faktor luaran suami mesti melakukan
tindakan-tindakan berikut :
1. 1. Menasihati isteri
supaya hentikan perbuatan.
2. 2. Suami patut ubah
keadaan dalam rumahtangga.
3. 3. Adakan sekatan
atau kawalan, jika perlu.
4. 4. Suami patut memberi
alternatif-alternatif kepada isteri, supaya isteri boleh buat pilihan
i. Jikalau konflik
rumahtangga itu berlaku berpunca daripada diri isteri semata-mata bukan
dipengaruhi oleh anasir-anasir luaran. Allah SWT telah menggariskan panduan
melalui firmannya yang bermaksudnya
“Dan isteri-isteri yang
kamu curigai atau bimbang berlaku nusyuznya(derhaka), maka hendaklah kamu
(suami) menasihati mereka, dan jika sekiranya mereka berdegil tinggalkan mereka
di tempat tidur, dan jika mereka masih berdegil juga pukullah mereka (dengan
pukulan yang tidak mencederakan) kemudian jika mereka taat kepada kamu maka
janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka dan ingatlah sesungguhnya
Allah Maha Tinggi Lagi Maha Besar.”
(Surah An-Nisa’: 34)
.
MENASIHATI ISTERI
.
Dalam menghadapi sesuatu
permasalahan suami sewajarnya memberi nasihat kepada isteri dengan penuh
bijaksana. Nasihat yang diberi meliputi menerangkan hukum dan akibat perbuatan
: Memberi contoh-contoh teladan yang boleh diambil iktibar oleh isteri. Suami
juga mesti memberi panduan apa yang patut isteri lakukan dan
peringatan-peringatan supaya menjadi pegangan isteri. Suami juga hendaklah
bersedia memaafkan isteri di atas kesilapan yang dilakukan. Tindakan yang
dilakukan oleh suami hendaklah dengan cara yang lembut, sopan dan
berperikemanusiaan, sesuai dengan Sabda Rasulullah SAW, maksudnya:
Dari Abi Hurairah r.a.;
Katanya, Nabi s.a.w. bersabda ,
“Sesiapa yang beriman
kepada Allah dan hari Khiamat, maka apabila ia menyaksikan sesuatu peristiwa,
hendaklah ia menanggapi dengan baik atau diam. Bijaksanalah membimbing wanita
kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Dan bahagiannyan yang paling
bengkok ialah sebelah atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya ia
patah tetapi jika engkau biarkan, ia akan sentiasa bengkok kerana ia
bijaksanalah membimbing wanita dengan baik.”
(Riwayat Muslim)
.
MENINGGALKAN TEMPAT TIDUR
.
Merupakan langkah yang
kedua yang disarankan kepada suami untuk bertindak setelah langkah pertama
menemui kegagalan. Langkah ini boleh dilakukan dengan cara berikut :
a. Suami tidak melakukan
persetubuhan dengan isterinya.
b. Tidur berasingan
(berlainan bilik).
c. Tidak bertegur sapa
atau bercakap hanya sekadar dengan perlu sahaja
d. Tidur dengan cara
membelakangkan isteri
Tempoh bagi suami
melaksanakan tindakan ini ialah selama 30 hari (sebulan). Hal ini dikiaskan
kepada tindakan yang telah diambil oleh Rasulullah terhadap Safiah apabila
Rasulullah marah terhadapnya. Walau bagaimanapun ia boleh dilanjutkan sehingga
4 bulan (120 hari) mengikut keperluan.
Dalam melaksanakan
tindakan ini suami tidak boleh meninggalkan rumah dan tidak boleh melampau di
dalam tindakannya. Apabila isteri telah kembali taat suami hendaklah
memberhentikan semua tindakan dan suami tidak boleh sekali-kali mencari jalan
untuk menyusahkan isteri atau membalas dendam.
.
.
PUKUL
Salah satu langkah yang
boleh dilakukan oleh suami terhadap keengkaran isteri setelah langkah pertama
dan kedua tidak memberi apa-apa kesan. Tujuan pukulan ialah untuk menyedarkan
isteri tentang sikap buruknya serta untuk mengembalikannya ke pangkal jalan.
Sabda Rasulullah SAW; maksudnya :
“Hendaklah kamu memukul
isteri-isteri kamu apabila mereka mendurhakai kamu tentang perkara yang baik”.
Di dalam melaksanakan
langkah ini, syarak telah menerapkan syarat-syarat seperti berikut :
1. Memukul isteri dengan
pukulan yang tidak melukakan atau yang boleh meninggalkan sebarang kesan.
2. Tidak memukul di
bahagian muka / tempat-tempat yang merbahaya seperti dada.
3. Tidak menggunakan
alat-alat yang boleh mencederakan.
Selain daripada itu,
suami mestilah bertindak di dalam keadaan yang waras dan tidak sekali-kali
dengan mengikut perasaan marah atau dendam. Islam melarang keras suami memukul
isteri yang tidak membuat kesalahan. Sebolehnya mengelakkan daripada memukul
isteri, sekali pun langkah-langkah terdahulu telah gagal.
.
.
MELANTIK ORANG TENGAH
Setalah suami melakukan
ketiga-tiga langkah terdahulu dan didapati tidak menampakkan apa-apa kesan
positif malahan bertambah keingkaran isteri, sedangkan suami masih mengharapkan
kebaikan maka suami bolehlah melnatik orang tengah. Ini berdasarkan firman
Allah dalam surah An-Nisa’ : 35, maksudnya :
.
Dan jika bimbangkan
perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantikan orang tengah
untuk mendamaikan mereka iaitu seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari
keluarga perempuan, jika orang tengah itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak
mendamaikan nescaya Allah akan menjadikan kedua suami isteri itu berpakat iaitu
sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui lagi di dalam pengetahuannya”.
ii. Konflik yang
berpunca daripada pihak suami.
.
Dalam menghadapi konflik
rumahtangga yang berpunca daripada sikap buruk suami, isteri hendaklah bertindak
berdasarkan firman Allah SWT, (Surah An-Nisa’ : 128) maksudnya :
.
Dan jika seorang wanita
khuatir akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya, maka tidak apa bagi
keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya, dan perdamaian itu lebih
baik (bagi mereka walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir ……..
.
Daripada ayat di atas,
tindakan yang patut dilaksanakan oleh isteri ialah memujuk suami dengan
menyatakan bahawa suami sebagai tempat perlindungan isteri dan anak, isteri
hendaklah memberi peluang kepada dirinya dan suami untuk meneruskan kehidupan
suami isteri di samping meningkat potensi diri bagi menarik minat dan kesedaran
suami supaya untuk memberi perhatian terhadap rumahtangga. Di dalam keadaan
ini, pihak isteri tidak patut menggalakkan sikap terburu-buru atau mencerca.
Suami di atas kesilapannya dan memohon pertolongan daripada Allah SWT.
.
Walau bagaimanapun dalam
keadaan tertentu isteri perlu mendapatkan bantuan dan nasihat daripada pihak
tertentu seperti keluarga sahabat atau orang tengah yang dilantik untuk
membaiki keadaan rumahtangga yang kian meruncing. Kemuncak daripada krisis
rumahtangga mungkin isteri perlukan mengambil sesuatu tindakan isteri perlu
menunjukkan permasalahan ke pejabat-pejabat agama. Bagaimanapun semasa krisis,
isteri tidak boleh sekali-kali untuk meninggalkan rumah tanpa persetujuan
daripada pihak suami melainkan untuk mendapatkan perlindungan (kes-kes deraan
dan sebagainya).
.
KESIMPULAN
Krisis di atas suami isteri
merupakan perkara yang lumrah berlaku di dalam rumahtangga walau sebagaimana
rukun sekali perhubungan mereka. Kejadian krisis dalam rumahtangga boleh
memberi kesan yang positif apabila ia dikendalikan atau ia diselesaikan dengan
baik kerana ia boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Bagaimanapun jika
terlalu kerap berkrisis akan menjadikan rumahtangga sentiasa bergelombang dan
jika dibiarkan ia akan karam. Oleh itu, tolak ansur dan persefahaman di antara
suami isteri selalunya akan menyelamatkan keadaan dan rumahtangga akan terus
kekal bahagia
Wallahua’lam
No comments:
Post a Comment