Thursday 16 June 2016
Allah s.w.t Memberi Kita Hikmah
Sekali lagi,perbaharui hati kita.Jangan biarkan kesedihan terlakar pada wajah.Tunjukkan yang kita juga sedang berbahagia.Kita juga berharap suatu hari nanti,kita dapat menyusul seperti dirinya,sekiranya waktu kita masih belum berkahwin.
Jangan berhenti menggali hikmah-Nya.Ibnu Al Jauzy berkata,
"Sekiranya kamu tidak mampu menangkap hikmah,bukan kerana hikmah itu tiada,tetapi kerana kelemahan daya ingatan kamu sendiri.Kamu perlu tahu,raja juga memiliki rahsia yang tidak diketahui oleh orang kebanyakan .Bagaimana kamu yang begitu lemah,mampu mengungkap semua hikmah-Nya?"
Banyak perkara yang terjadi dalam hidup ini,pada awalnya kita menganggap pahit,getir, ataupun menyakitkan.Tetapi pada kemudian hari kita mensyukurinya.Sebaliknya ,tidak sedikit perkara yang pada awalnya kita sambut sukacita,tetapi pada kemudian hari kita bermuram durja,malah menitiskan air mata.
Kisah Rasulullah s.a.w dan para sahabat dapat kita jadikan pengajaran berharga.Satu klausa Perjanjian Hudaibiyah menyatakan,Rasulullah s.a.w perlu kembali ke Madinah dan tidak boleh memasuki Makkah hingga tahun hadapan.Klausa berikutnya menyatakan,kedua-dua belah pihak melakukan genjatan senjata selama 10 tahun.Beberapa sahabat berasa sedih keranamereka sudah dijanjikan bagi memasuki Makkah,tetapi terpaksa berpatah balik dan pulang ke Madinah.
Nmaun sesuatu yang awalnya dirasakan pahit,menjadi manis selepas beberapa tahun.Antaranya,pengislaman beberapa tokoh Quraisy seperti Amru bin Al-Ash,Utsman bin Thalhah,dan Khalid bin Al Walid.Dalam rentang waktu itu,jumlah kaum Muslimin bertambah ramai.Hingga pada suatu waktu,dengan kekuatan baru yang dimiliki terjadi peristiwa yang tercatat dalam tinta emas sejarah,iaitu Fathu Makkah.Sebuah peradaban baru sudah terbentuk .Peradaban yang menerangi alam semesta ini sudah lahir.
Pelajaran beharga yang dapat kita ambil adalah ,pasti ada hikmah daripada Allah s.w.t ke atas kejadian yang berlaku.Persoalannya ,adakah kita berusaha mencari ataupun menggalinya ataupun tidak?Berkenaan bila masanya hikmah itu muncul ke permukaan juga sering menjadi persoalan.Boleh jadi pada waktu itu juga,ataupun selepas seminggu,sebulan,setahun,lima tahun, sepuluh tahun,bahkan mungkin selepas kitta meninggal dunia.
Pernah dengar berkenaan Tauq Al-Hamamah karya Ibnu Hazim? Hanya selepas Ibnu Hazim meninggal ramai yang memberikan perhatian kepada karya beliau.Antaranya adalah Reinhart Dozy,pakar kajian Andalausia,mencedok sebahagian daripada Tauq Al-Hamamah dan memasukkan ke dalam karyanya yang terkenal,bertajuk Histoire Des Musulmans d'Espagne Jusqu'ala Conquete del' Andalouse Parles Almoravides.Begitu juga potret Mona Lisa karya Leonardo Da Vincci.Monalisa mendapat banyak perhatian daripada pencinta seni hanya selepas senimannya meniggal dunia.Selepas Leonardo meninggal,ramai pencinta seni berusaha menggali rahsia di sebalik karyanya.
Setiap kejadian,pahit ataupun manis,pasti ada hikmah ataupun pelajaran berharga .Semasa hal itu terjadi ,kita perlu bersedia menghadapinya.Bukan berfikiran ragu-ragu dengan bertanyakan mengapa?,tetapi berfikir solusi dengan bertanyakan bagaimana?.Daripada kita terus berfikir sebab musabab berlakunya kejadian itu,lebih baik kita fikirkan perkara yang perlu kita lakukan bagi menghadapi keadaan ini.
Adakah kita jatuh tersungkur dan menyerah,ataupun bangkit dan melonjak?Kita sendiri yang tahu jawapannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment