Tuesday, 6 September 2016

Pengguna dan pelayan (Client&server)
     Sebuah komputer pelayan (Server)akan melayan komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client). Komputer pelayan akan menjalankan pengurusan pusat(Centralized) untuk melayan pengguna-pengguna dari segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dll. Pelayan biasanya berkuasa tinggi. Jenis-jenis pelayan:
    • Pelayan fail (Fail server)- Menyimpan perisian dan data.
    • Pelayan data (Database server)- Menyimpan data sahaja.
    • Pelayan cetak (Print server)- Mengawal satu atau lebih pencetak.
    • Pelayan fax (Fax server)- Menguruskan penghataran fax.
    • Pelayan mel (Mail server)- Menguruskan e-mail.
            Biasanya pelayan ini tidak memproses atau mengubah data yang dikirim. Pelayan tidak perlu tahu jenis fail, sebaliknya ia sibuk menjawab permintaan dari komputer pengguna atas fail yang disimpamnya. Contoh perisian Sistem Operasi Rangkaian /Network Operating Syatem(NOS) ialah Novell Netware, Windows NT,UNIX.
       2. Pengguna-pengguna sebaya (Peer to peer)
Sistem ini tidak melibatkan komputer palayan. Ia membenarkan perkongsian alat dan fail. Setiap komputer dapat mengirim, menerima dan memproses fail data kerana setiap komputer mempunyai potensi yang sama. Contoh NOS ialah AppleShare dan Windos for Workgroups, Windows 95 dan Windows 98.

KEBAIKAN MENGGUNAKAN RANGKAIAN (NETWORKING)
    • Berkongsi Fail
      Pengguna dapat berkongsi fail yang disimpan pada palayan (server) atau komputer pusat.
    • Memindahkan Fail
      Memudahkan pemindahan fail yang disimpan dari satu komputer ke komputer yang lain.
    • Berkongsi Perisian (Aplication) dan mengurangkan kos
      Memudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, Lotus, Access dll. Dengan ini ia dapat mengurangkan kos dan memudahkan instalasi perisian.
    • Berkongsi data dan menjimatkan masa untuk memasukkan data
      Data-data dapat dimasukkan serentak oleh dua atau lebih pengguna kedalam satu aplikasi. Pada masa yang sama juga pengguna yang lain dapat menggunakan data -data tersebut.
    • Berkongsi Pencetak, Pengimbas, CD-Rom dll
      Pencetak atau CD-Rom yang terdapat pada sesebuah komputer dapat digunakan oleh semua pengguna yang mengunakan komputer lain.
    • Menggunakan Mel Elektronik (E-Mail)
      Pengguna dapat menghatar memo dari satu komputer ke komputer yang lain.

No comments:

Post a Comment