Thursday 29 September 2016

Kupu-kupu vs Rama-rama ,Apakah perbezaannya?

Korang tahu tak apa beza dua makhluk ni?
Ramai yang tersalah anggap antara kupu-kupu dan rama-rama.

Kupu-kupu

Image result for kupu kupu


Kupu-kupu, (kalau bahasa omputehnya dipanggil: butterfly) adalah sejenis serangga terbang daripada order Lepidoptera, sama seperti rama-rama. Kebanyakan kupu-kupu mempunyai kepak dengan warna yang terang dan menarik. Seperti serangga holometabolisme lain, kitaran hidup kupu-kupu terdiri daripada empat bahagian, telur, larva, pupa dan dewasa.

Kebanyakan spesies merupakan diurnal (berjaga siang). Kupu-kupu terdiri daripada kupu-kupu sejati (superfamili Papilionoidea), skipper (superfamili Hesperioidea) dan kupu-kupu rerama (superfamili Hedyloidea). Semua famili yang lain dalam Lepidoptera dipanggil rama-rama.

Kitaran hidup

Ramai yang percaya bahawa kupu-kupu mempunyai jangka hayat yang amat singkat. Sebenarnya, kupu-kupu dewasa mampu hidup selama seminggu mahupun hampir setahun bergantung pada spesiesnya. Kebanyakan spesies melalui peringkat larva yang agak lama, dan ada yang mampu menjadi dorman ketika dalam peringkat pupa atau telur agar dapat mengharungi musim sejuk.

Kupu-kupu boleh bertelur sekali atau banyak kali setiap tahun. Bilangan keturunan setahun berbeza-beza atas pengaruh iklim, yang mana kupu-kupu yang tinggal di kawasan tropika mampu bertelur lebih sekali dalam setahun.







Image result for kitaran kupu kupu

 Telur kupu-kupu dilindungi oleh kulit berabung keras yang dipanggil korion ditutupi dengan salutan lilin yang melindungi telur daripada terjemur sebelum larva sempat berkembang sepenuhnya.
Setiap telur mengandungi liang-liang berbentuk corong yang halus di satu hujungnya, iaitu mikropil  yang bertujuan membolehkan kemasukan sperma untuk mensenyawakan telur
Lain spesies lain saiz telurnya, namun semua telur kupu-kupu berbentuk sfera mahupun ovat.
Telur kupu-kupu dilekatkan pada daun dengan bahan perekat khas yang cepat mengeras. Apabila mengeras, bahan itu mengecut dan mencacati bentuk telur. Perekat ini mudah dilihat membentuk bahan meniskus yang mengelilingi tapak setiap telur. Perekat ini jugalah yang dihasilkan oleh pupa untuk mengikat seta-seta kremaster.

Perekat ini sungguh keras sampai lapik sutera yang melekatkan seta-seta tidak boleh dipisahkan.
Telur kupu-kupu sentiasa diletakkan di atas tumbuhan. Setiap spesies kupu-kupu mempunyai julat tumbuhan perumah yang sendiri, baik yang hanya satu spesies mahupun pelbagai spesies.

Larva kupu-kupu, iaitu beluncas, memakan daun tumbuhan dan menghabiskan seluruh masanya sebagai beluncas untuk mencari makanan. Kebanyakan beluncas adalah maun, tetapi ada beberapa spesies seperti Spalgis epius dan Liphyra brassolis yang memakan serangga.

Sesetengah larva, terutamanya yang tergolong dalam Lycaenidae, menjalin perhubungan kesalingan dengan semut. Beluncas berhubung dengan semut dengan menggunakan getaran yang dipancarkan melalui substrat di samping merembeskan isyarat kimia. Semut sedikit sebanyak melindungi larva ini; sebagai balasan, larva menolong semut mengumpulkan rembesan madu.

Beluncas membesar melalui serantaian peringkat yang dipanggil instar. Menjelang akhir setiap instar, larva menjalani proses yang dipanggil apolisis, yang mana kulit ari, iaitu lapisan luaran keras yang diperbuat daripada campuran kitin dan protein-protein khusus, dikeluarkan dari epidermis yang lembut di bawahnya, maka epidermis membentuk kulit ari yang baru di bawah. Di akhir setiap instar, larva itu bersalin kulit lamanya, maka kulit baru berkembang lalu mengeras dan menghasilkan pigmen dengan cepat. Proses menyalin kulit ini boleh mengambil masa berhari-hari. Corak kepak kupu-kupu mula berkembang pada tubuh beluncas menjelang instar yang terakhir.

Beluncas kupu-kupu mempunyai tiga pasang kaki kekal pada segmen toraks dan tidak lebih enam pasang prokaki yang tumbuh pada segmen abdomen. Pada prokaki ini ada gegelang cangkuk halus iaitu krusye yang membantu beluncas menggenggam substrat.

Kepak atau anak kepak tidak kelihatan di luar larva, tetapi apabila larva dibedah, kelihatannya cakera kepak yang halus dan berkembang pada segmen toraks kedua dan ketiga di tempat spirakel yang kelihatan pada segmen abdomen. Cakera kepak berkembang seiringan dengan trakea yang terletak di sepanjang tapak kepak, dan dikelilingi oleh membran peripodial yang nipis dan berpaut pada epidermis luaran larva dengan duktus yang halus.

Cakera kepak amat kecil sehinggalah instar larva terakhir, apabila ia bertambah besar dengan begitu cepat, dilanda oleh trakea yang bercabang dari tapak kepak yang mendahului pembentukan urat kepak, dan mula mengembangkan corak-corak yang berkaitan dengan beberapa tanda tempat kepak.

Apabila beluncas bertumbuh cukup besar, terhasilnya hormon-hormon seperti hormon protorasikotropik (PTTH) yang keluar dari otak untuk untuk memulakan proses pempupaan. Ketika ini, larva berhenti makan dan mula mencari tempat yang sesuai untuk bertukar menjadi pupa, lazimnya di bawah daun.
Larva itu bertukar menjadi pupa (atau kepompong) dengan bergantung pada substrat lalu bersalin kulit buat kali terakhir.

 Dalam kepompong, beluncas merembeskan enzim-enzim yang "mencernakan" hampir seluruh tubuhnya menjadi benda lekit kecuali sel-sel yang penting untuk membentuk tubuh kupu-kupu serta neuron-neuron yang menyimpan kenangannya sebagai beluncas.[12] Kepompong ini lazimnya tidak mampu bergerak, namun sesetengah spesies boleh menggoncangkan segmen-segmen abdomennya atau membuat bunyi untuk menakutkan pemangsa.
Transformasi pupa menjadi kupu-kupu secara metamorfosis amat mengagumkan kaum manusia.

Peringkat dewasa yang cukup matang untuk hubungan seks bagi serangga dipanggil imago. Kupu-kupu dewasa mempunyai empat helai kepak yang disaluti dengan sisik-sisik yang halus. Kepak depan dan kepak belakang tidak bercantum agar kupu-kupu boleh terbang dengan cantik.

Kupu-kupu dewasa mempunyai enam batang kaki, tetapi bagi spesies-spesies Nymphalidae, kaki depannya amat kecil. Setelah keluar dari kepompong, kupu-kupu tidak boleh terbang sehingga kepaknya dibuka. Kupu-kupu yang baru keluar perlu mengambil masa untuk mengembangkan kepaknya dengan darah sambil menjemurkan kepaknya, baik satu jam mahupun berjam-jam lamanya; pada ketika inilah ia amat terdedah kepada pemangsa.

Kebanyakan kupu-kupu mengumuhkan bendalir pewarna lebihan selepas keluar dari kepompong, baik yang putih, merah mahupun jingga.


Rama-rama

Image result for rama rama


 Rama-rama (bahasa Inggeris: moth) merupakan sejenis serangga dalam pengkelasan dikelompokkan kepada order Lepidoptera, sama seperti kupu-kupu. Pembahagian susunan Lepidoptera kepada rama-rama dan kupu-kupu merupakan pembahagian popular, namun bukan merupakan pembahagian taksonomi saintifik.

Ramai orang keliru antara kupu-kupu dan rama-rama. Perbezaan fizikal utama ialah pada sesungutnya. Kebanyakan kupu-kupu mempunyai sesungut berfilamen yang langsing dan berbentuk belantan di hujungnya. Sesungut rama-rama pula lebih berbulu.

Perbezaan lain ialah rama-rama akan merentangkan sayapnya apabila berehat, sementara kupu-kupu sayapnya terlipat tegak di atas tubuh pada waktu berehat.

Kebanyakan kupu-kupu aktif pada siang hari dan oleh itu berwarna-warni, manakala rama-rama aktif pada malam hari dan tertarik kepada cahaya lampu.

Image result for kitaran rama-rama

Peringkat kitaran hidup Rama- rama 


  1. Peringkat pertama telur Pada peringkat pertama ini rama-rama yang telah matang dan melakukan persenyawaan akan menghasilkan telur seperti dalam rajah diatas. Telur rama-rama sangat nipis ,kecil, berkilat kekuningan / keputihan dan ada juga yang berbentuk silinder. Pada permukaan telur kelihatan tulang- tulang halus. Kebiasaannya telur-telur yang dihasilkan oleh rama- rama ini akan menempel pada daun atau dahan pokok. Tahap ini juga boleh dikenali sebagai tahap perkembangan. Telur-telur ini akan matang diantara 5 hingga 10 hari. 
  2. Peringkat kedua ulat/ larva
  3.  Pada tahap ini telur yang menempel pada daun tadi telah matang dan pecah seterusnya menghasilkan ulat beluncas. Kebiasaanya ulat beluncas panjang dan membentuk seperti badan rama-rama tetapi tidak mempunyai sayap. Pada tahap ini ,ia dinamakan tahap perkembangan melalui pemakanan kerana ulat beluncas akan makan dan terus berkembang. Makanan ulat beluncas ialah daun dan ulat akan makan dengan banyak selama 2 hingga 3 minggu.Ulat beluncas juga akan mula ditumbuhi bulu-bulu
  4.  Peringkat ketiga kepompong / pupa
  5.  Peringkat ketiga berlaku pada minggu ke-3
  6.  Proses transformasi akan berlaku iaitu ulat akan bertukar ke struktur serangga dewasa. Pada tahap ini ulat beluncas akan berubah dan mengantungkan dirinya ke dalam kepompong.Kepompong merupakan tempat perlindungan bagi ulat semasa berehat. Ulat beluncas akan berehat selama 2 hingga 3 minggu dan meneruskan kehidupan sehinggalah ia matang. Semasa di dalam kepompong, kaki dan kepaknya akan mula terbentuk.
  7. Peringkat keempat rama-rama.
  8. Pada peringkat ini, kepompong yang telah matang tadi akan pecah dan rama-rama akan keluar dari kepompongnya sebagai rama-rama yang cantik. Rama-rama yang matang akan bersenyawa,bertelur dan kitaran hidup rama-rama yang seterusnya akan berlaku.
  9. "Rama-rama"dari ulat jadi kepompong,tidur nyenyak dalam kelongsong,cukup masa kelongsong pecah,pom! pom!jadilah rama-rama yang indah,rama-rama terbang merata,hisap madu di pohon bungasungguh cantik aneka warna,tapi sayang hidup tak lama,




Saturday 10 September 2016

Perkakasan Rangkaian



a)      Kad Rangkaian Antaramuka(NIC)

NIC ialah papan litar bercetak yang membolehkan komputer berkomunikasi dengan talian    penghantaran.Berbentuk kad dan ada yang berupa komponen dalam motherboard komputer.


i. IEEE telah merekabentuk LLC agar lapisan pautan data dapat bertindak secara bersendiri (independently )

ii. NIC berada di lapisan pautan data membolehkanya berfungsi menyediakan data dan berfungsi .


iii. LLC di lapisan pautan data menguruskan protokol data seperti packet IP dan menambahkan maklumat kawalan untuk membolehkan packet IP ke destinasi yang dikehendaki. Ia menambahkan 2 pengalamatan berdasarkan piawaian 802.2 iaitu DSAP (Destination Service Access Point) dan SSAP (Source Service Access Point).


iv. Setelah repackaged packet IP, melalui sub lapisan MAC untuk dimasukkan data dan juga encapsulation data. (digunakan oleh teknologi Ethernet, Token Ring atau FDDI)

Penghantaran dan pengawalan data

i. Ethernet ataupun piawaian 802.3 merupakan rangkaian bersifat broadcast. Kesemua stesen dapat melihat kerangka (frames), dan memeriksa destinasi kerangka tersebut.

ii. Data melalui talian, dan NIC setiap stesen yang akan memeriksa kerangka tersebut. NIC akan mengenalpasti kepala pada kerangka yang mengandungi alamat destinasi data yang dibawanya.

iii.  Sebelum NIC menghantar data kedalam sistem rangkaian, ia perlu berdialog secara elektronik dengan NIC yang hendak dihubungkan. Untuk memastikan kedua-dua NIC sependapat .


Pemilihan NIC

Terdapat 3 perkara yang perlu difikirkan, iaitu;

i. Jenis teknologi rangkaian yang hendak digunakan (Ethernet, Token Ring, FDDI, dll)

ii. Jenis media yang digunakan (twisted pair, kabel sepaksi, fiber optik)

iii. Jenis sistem bas yang digunakan (PCI – Peripheral component interconnect dan ISA – Industry standard arcitecture)
       
                       Kad rangkaian
Image result for kad rangkaian


b)      Router
Ø  Router adalah peranti multi-port yang membuat keputusan terhadap bagaimana
menguruskan kandungan frame,berdasarkan protokol dan alamat rangkaian..
Ø  Router adalah peranti pengesan protokol yang menyenggara satu jadual setiap rangkaian  yang wujud.

 Router berfungsi

i.                    Bagi membolehkan router berfungsi sebagai pengesan protocol. Protokol rangkaian menyediakan kaedah-kaedah untuk mengumpulkan sistem-sistem rangkaian dalam satu kawasan tertentu .

ii.                   Setiap sistem ini akan diberikan alamat protokol rangkaian dengan awalan (prefix) yang sama.

iii.                Alamat rangkaian adalah menyerupai alamat surat-menyurat.


     
c)       Hub
Hub adalah satu peranti yang banyak terdapat dalam rangkaian selaian dari NIC. Mempunyai beberapa bilangan female RJ 45 yang dikenali sebagai port. Setiap penyambung ini direkabentuk supaya boleh memuatkan satu kabel twisted pair melalui penyambung male RJ 45.



                  Image result for hub
           
Klasifikasi hub didalam rangkaian iaitu;
a. Hub pasif –memisahkan isyarat tanpa menjanakan semula isyarat yang dihantar (seperti kabel yang berbentuk “Y” mengesahkan headphone kanan dan kiri)
b. Hub aktif – memerlukan bekalan kuasa luar untuk menjanakan semula isyarat yang dihantar.

Terdapat 2 kategori Hub

1.       Chasis Hub

i.                     Berbentuk lebih besar daripada hub biasa,
ii.                   Chasis ini ada ruang/slot pengembangan kad (card expansions slots). Ia direkabentuk sedemikian rupa untuk menggelonsorkan kad tanpa perlu membuka chasis tersebut. Dihadapaan kad tersebut terdapat port RJ 45.
iii.                   Mampu menyokong 4 hungga 24 port bergantung kepada kepadatan port. Hub jenis ini juga kebiasaanya mempunyai slot yang diperuntukan bagi slot kad pengurusan.
iv.                 Hub chasis juga menampung kad-kad bridge,switch dan juga router.



2.       Stackable Hub (hub bertindan)

i. Rekabentuk hub jenis ini lebih kurang sama dengan mana-mana hub yang biasa, mengandungi 6 hingga 24 port.
ii. Kebanyakkan portnya mempunyai lampu yang menyala bagi menunjukkan aktivitinya. Ia dikenali sebagai stackable hub kerana hub ini boleh ditindankan untuk menambahkan port sambungan.

2 jenis stackable hub :

a. Managed stackable hub

Ø  Dikenali sebagai hub pintar,

Ø  Komunikasi ini berguna jika kita mempunyai persekitaran rangkaian yang luas.

Ø  Hub pintar juga akan menghantar amaran (alert) kepada stesen pengurusan.

b. Unmanaged stackable hub

Ø  Hub jenis ini tiada sebarang perisian pengurusan ataupun perisian pemantuan. Status hub ini hanya dilihat pada nyalaan lampu LED (light emission diode) bagi setiap port. Bagi mengetahui sama ada data dihantar, diterima, mahupun perlanggaran data berlaku



d)      Switch
Ø  Switch mempunyai rupabentuk yang serupa seperti stackable hub, iaitu mempunyai penyambung RJ 45. Switch berfungsi seolah-oleh mempunyai bridge kecil pada setiap portnya

Ø   Berfungsi seolah-oleh mempunyai bridge kecil pada setiap portnya. Ia akan sentiasa mengesan alamat MAC pada setiap portnya dan mengarahkan laluan (route) trafik tertentu kepada alamat port tertentu sahaja.

Ø  Pemasangan Switch bagi sesuatu rangkaian membolehkan collision domain hanya terhad kepada 2 peranti (Switch dan juga peranti yang disambung). Boleh mengelakkan daripada perlanggaran isyarat berlaku dan juga kita dapat mengelakkan transmisi kedua-dua sistem ini daripada bertindan diantara satu sama lain.

Teknologi VLAN

Ø  Switching memperkenalkan satu teknologi dikenali sebagai virtual local area network (VLAN)
Ø  Pentadbir switch akan menguruskan transmisi antara port secara logikal supaya kumpulan sambungan dapat diwujudkan mengikut keperluan pengguna.
Ø  Bahagian yang virtual adalah kumpulan-kumpulan VLAN ini boleh merangkumi beberapa segmen rangkaian

e)      Bridge
Bridge adalah seperti sebuah kotak kecil, dengan dua penyambung rangkaian yang disambung kepada 2 rangkaian yang terpisah.
Image result for bridge network device


Operasi bridge
i.                     Bridge menggunakan alamat dikepala kerangka untuk memantau sumber dan destinasi alamat MAC pada setiap kerangka data.
ii.                   Dengan memantau alamat-alamat sumber ini, bridge akan mengecam semua lokasi sistem rangkaian. Bridge kemudianya akan membina satu jadual yang menyenaraikan alamat MAC yang boleh dicapai oleh setiap portnya.
iii.                  NIC P akan mendengar semua transmisi dari stesen-stesen lain dalam rangkaian. Jika talian didapati free, P akan transmit kerangka data. Bridge juga melihat keadaan trafik, dan ia akan melihat sumber dalam kepala kerangka data P.
iv.                 Bridge akan mencipta satu jadual masukan (table entry) P dengan alamat MACnya.
v.                    Apabila O membalas permintaan P, bridge sekali lagi akan melihat destinasi kerangka data sekali lagi.
vi.                 memisahkan collision antara satu segmen dengan segmen yang lain.
vii.                Setiap sistem hanya perlu bersaing untuk bandwidth dengan sistem disegmenya
viii.              Apabila bridge tidak pasti akan lokasi sesebuah sistem, ia akan sentiasa membenarkan packet melaluinya.



f)       Repeater

Ø  Repeater digunakan untuk mengatasi masalah yang wujud akibat suatu had tertentu seperti jarak, panjang kabel, bilangan pengguna .

Image result for repeater network device 
Image result for repeater network device
Ø  Bahagian-bahagian repeater:

1.       Local repeater

-Digunakan apabila 2 LAN perlu dipautkan back to back .Tanpa gunakan rangkaian atau kabel sebagai suatu jarak yang tidak melebihi 100m.


2.       Remote repeater

-Digunakan bagi memautkan LAN yang berada didlm jarak 2000 m,



3.       Buffered repeater

-Digunakan bagi pautan LAN CSMA/CD yang berjarak jauh .

4.       Multiport repeater

-Digunakan bagi memaut LAN yang bersenibina pengkabelan “upon linear”

               5.  Hub repeater

               - Berfungsi seperti hub-dlm topologi bintang

6.       modular rack repeater

                           -Digunakan bila sambungan berpusat diperlukan bertindak sebagai satu titik  
                                                               sambungan repeater

7.       Stackable hub repeater

                           -Ianya merupakan alternatif kepada modular rack dimana hub repeater     
    ditindankan kepada ketinggian tertentu.