Korang tahu tak apa beza dua makhluk ni?
Ramai yang tersalah anggap antara kupu-kupu dan rama-rama.
Kupu-kupu
Kupu-kupu, (kalau bahasa omputehnya dipanggil:
butterfly) adalah sejenis serangga terbang daripada order
Lepidoptera, sama seperti rama-rama. Kebanyakan kupu-kupu mempunyai kepak dengan warna yang terang dan menarik. Seperti serangga holometabolisme lain, kitaran hidup kupu-kupu terdiri daripada empat bahagian, telur, larva, pupa dan dewasa.
Kebanyakan spesies merupakan diurnal (berjaga siang). Kupu-kupu terdiri daripada
kupu-kupu sejati (superfamili Papilionoidea),
skipper (superfamili Hesperioidea) dan
kupu-kupu rerama (superfamili Hedyloidea). Semua famili yang lain dalam Lepidoptera dipanggil rama-rama.
Kitaran hidup
Ramai yang percaya bahawa kupu-kupu mempunyai jangka hayat yang amat
singkat. Sebenarnya, kupu-kupu dewasa mampu hidup selama seminggu
mahupun hampir setahun bergantung pada spesiesnya. Kebanyakan spesies
melalui peringkat larva yang agak lama, dan ada yang mampu menjadi dorman ketika dalam peringkat pupa atau telur agar dapat mengharungi musim sejuk.
Kupu-kupu boleh bertelur sekali atau banyak kali setiap tahun.
Bilangan keturunan setahun berbeza-beza atas pengaruh iklim, yang mana
kupu-kupu yang tinggal di kawasan tropika mampu bertelur lebih sekali dalam setahun.
Telur kupu-kupu dilindungi oleh kulit berabung keras yang dipanggil
korion ditutupi dengan salutan lilin yang melindungi telur daripada terjemur sebelum larva sempat berkembang sepenuhnya.
Setiap telur mengandungi liang-liang berbentuk corong yang halus di satu hujungnya, iaitu
mikropil yang bertujuan membolehkan kemasukan sperma untuk mensenyawakan telur
Lain spesies lain saiz telurnya, namun semua telur kupu-kupu berbentuk sfera mahupun ovat.
Telur kupu-kupu dilekatkan pada daun dengan bahan perekat khas yang
cepat mengeras. Apabila mengeras, bahan itu mengecut dan mencacati
bentuk telur. Perekat ini mudah dilihat membentuk bahan meniskus yang
mengelilingi tapak setiap telur. Perekat ini jugalah yang dihasilkan
oleh pupa untuk mengikat seta-seta kremaster.
Perekat ini sungguh keras
sampai lapik sutera yang melekatkan seta-seta tidak boleh dipisahkan.
Telur kupu-kupu sentiasa diletakkan di atas tumbuhan. Setiap spesies
kupu-kupu mempunyai julat tumbuhan perumah yang sendiri, baik yang hanya
satu spesies mahupun pelbagai spesies.
Larva kupu-kupu, iaitu beluncas,
memakan daun tumbuhan dan menghabiskan seluruh masanya sebagai beluncas
untuk mencari makanan. Kebanyakan beluncas adalah maun, tetapi ada
beberapa spesies seperti
Spalgis epius dan
Liphyra brassolis yang memakan serangga.
Sesetengah larva, terutamanya yang tergolong dalam Lycaenidae, menjalin perhubungan kesalingan
dengan semut. Beluncas berhubung dengan semut dengan menggunakan
getaran yang dipancarkan melalui substrat di samping merembeskan isyarat
kimia. Semut sedikit sebanyak melindungi larva ini; sebagai balasan, larva menolong semut mengumpulkan rembesan madu.
Beluncas membesar melalui serantaian peringkat yang dipanggil instar.
Menjelang akhir setiap instar, larva menjalani proses yang dipanggil apolisis, yang mana kulit ari, iaitu lapisan luaran keras yang diperbuat daripada campuran kitin dan protein-protein khusus, dikeluarkan dari epidermis yang lembut di bawahnya, maka epidermis membentuk kulit ari yang baru di bawah. Di akhir setiap instar, larva itu bersalin kulit lamanya, maka kulit baru berkembang lalu mengeras dan menghasilkan pigmen dengan cepat.
Proses menyalin kulit ini boleh mengambil masa berhari-hari. Corak
kepak kupu-kupu mula berkembang pada tubuh beluncas menjelang instar
yang terakhir.
Beluncas kupu-kupu mempunyai tiga pasang kaki kekal pada segmen toraks dan tidak lebih enam pasang prokaki yang tumbuh pada segmen abdomen. Pada prokaki ini ada gegelang cangkuk halus iaitu
krusye yang membantu beluncas menggenggam substrat.
Kepak atau anak kepak tidak kelihatan di luar larva, tetapi apabila larva dibedah, kelihatannya
cakera kepak
yang halus dan berkembang pada segmen toraks kedua dan ketiga di tempat
spirakel yang kelihatan pada segmen abdomen. Cakera kepak berkembang
seiringan dengan trakea yang terletak di sepanjang tapak kepak, dan
dikelilingi oleh
membran peripodial yang nipis dan berpaut pada epidermis luaran larva dengan duktus yang halus.
Cakera kepak amat kecil sehinggalah instar larva terakhir, apabila ia bertambah besar dengan begitu cepat, dilanda oleh trakea
yang bercabang dari tapak kepak yang mendahului pembentukan urat kepak,
dan mula mengembangkan corak-corak yang berkaitan dengan beberapa tanda
tempat kepak.
Apabila beluncas bertumbuh cukup besar, terhasilnya hormon-hormon seperti hormon protorasikotropik (PTTH) yang keluar dari otak untuk untuk memulakan proses pempupaan. Ketika ini, larva berhenti makan dan mula mencari tempat yang sesuai untuk bertukar menjadi pupa, lazimnya di bawah daun.
Larva itu bertukar menjadi pupa (atau kepompong)
dengan bergantung pada substrat lalu bersalin kulit buat kali terakhir.
Dalam kepompong, beluncas merembeskan enzim-enzim yang "mencernakan"
hampir seluruh tubuhnya menjadi benda lekit kecuali sel-sel yang penting
untuk membentuk tubuh kupu-kupu serta neuron-neuron yang menyimpan
kenangannya sebagai beluncas.
[12]
Kepompong ini lazimnya tidak mampu bergerak, namun sesetengah spesies
boleh menggoncangkan segmen-segmen abdomennya atau membuat bunyi untuk
menakutkan pemangsa.
Transformasi pupa menjadi kupu-kupu secara metamorfosis amat mengagumkan kaum manusia.
Peringkat dewasa yang cukup matang untuk hubungan seks bagi serangga dipanggil imago.
Kupu-kupu dewasa mempunyai empat helai kepak yang disaluti dengan
sisik-sisik yang halus. Kepak depan dan kepak belakang tidak bercantum
agar kupu-kupu boleh terbang dengan cantik.
Kupu-kupu dewasa mempunyai
enam batang kaki, tetapi bagi spesies-spesies Nymphalidae, kaki depannya
amat kecil. Setelah keluar dari kepompong, kupu-kupu tidak boleh
terbang sehingga kepaknya dibuka. Kupu-kupu yang baru keluar perlu
mengambil masa untuk mengembangkan kepaknya dengan darah sambil
menjemurkan kepaknya, baik satu jam mahupun berjam-jam lamanya; pada
ketika inilah ia amat terdedah kepada pemangsa.
Kebanyakan kupu-kupu mengumuhkan bendalir pewarna lebihan selepas keluar dari kepompong, baik yang putih, merah mahupun jingga.
Rama-rama
Rama-rama (bahasa Inggeris:
moth) merupakan sejenis serangga dalam pengkelasan dikelompokkan kepada order
Lepidoptera, sama seperti
kupu-kupu. Pembahagian susunan Lepidoptera kepada rama-rama dan kupu-kupu merupakan pembahagian popular, namun bukan merupakan pembahagian taksonomi saintifik.
Ramai orang keliru antara kupu-kupu dan
rama-rama. Perbezaan fizikal utama ialah pada sesungutnya.
Kebanyakan kupu-kupu mempunyai sesungut berfilamen yang langsing dan
berbentuk belantan di hujungnya. Sesungut rama-rama pula lebih berbulu.
Perbezaan lain ialah rama-rama akan merentangkan sayapnya apabila berehat, sementara kupu-kupu sayapnya terlipat tegak di atas tubuh pada waktu berehat.
Kebanyakan kupu-kupu aktif pada siang hari dan oleh itu
berwarna-warni, manakala rama-rama aktif pada malam hari dan tertarik
kepada cahaya lampu.
Peringkat kitaran hidup
Rama- rama
-
Peringkat pertama telur Pada peringkat
pertama ini rama-rama yang telah matang dan melakukan persenyawaan
akan menghasilkan telur seperti dalam rajah diatas. Telur
rama-rama sangat nipis ,kecil, berkilat kekuningan / keputihan dan
ada juga yang berbentuk silinder. Pada permukaan telur kelihatan
tulang- tulang halus. Kebiasaannya telur-telur yang dihasilkan
oleh rama- rama ini akan menempel pada daun atau dahan pokok.
Tahap ini juga boleh dikenali sebagai tahap perkembangan.
Telur-telur ini akan matang diantara 5 hingga 10 hari.
-
Peringkat kedua ulat/ larva
- Pada tahap ini
telur yang menempel pada daun tadi telah matang dan pecah seterusnya
menghasilkan ulat beluncas. Kebiasaanya ulat beluncas panjang dan
membentuk seperti badan rama-rama tetapi tidak mempunyai sayap.
Pada tahap ini ,ia dinamakan tahap perkembangan melalui pemakanan
kerana ulat beluncas akan makan dan terus berkembang. Makanan ulat
beluncas ialah daun dan ulat akan makan dengan banyak selama 2
hingga 3 minggu.Ulat beluncas juga akan mula ditumbuhi bulu-bulu
- Peringkat ketiga kepompong / pupa
- Peringkat
ketiga berlaku pada minggu ke-3
- Proses transformasi akan berlaku
iaitu ulat akan bertukar ke struktur serangga dewasa. Pada tahap
ini ulat beluncas akan berubah dan mengantungkan dirinya ke dalam
kepompong.Kepompong merupakan tempat perlindungan bagi ulat
semasa berehat. Ulat beluncas akan berehat selama 2 hingga 3 minggu
dan meneruskan kehidupan sehinggalah ia matang. Semasa di dalam
kepompong, kaki dan kepaknya akan mula terbentuk.
-
Peringkat keempat rama-rama.
- Pada peringkat
ini, kepompong yang telah matang tadi akan pecah dan rama-rama akan
keluar dari kepompongnya sebagai rama-rama yang cantik. Rama-rama
yang matang akan bersenyawa,bertelur dan kitaran hidup rama-rama yang
seterusnya akan berlaku.
-
"Rama-rama"dari ulat jadi kepompong,tidur nyenyak dalam
kelongsong,cukup masa kelongsong pecah,pom! pom!jadilah rama-rama yang
indah,rama-rama terbang merata,hisap madu di pohon bungasungguh cantik
aneka warna,tapi sayang hidup tak lama,