Monday, 7 November 2016

SISTEM OPERASI (OPERATING SYSTEM - OS)


1.1       PENGENALAN KEPADA SISTEM OPERASI

Sistem Operasi merupakan sebuah perisian asas yang digunakan untuk menjalankan dan mengendalikan sebuah sistem komputer.

Apabila komputer mula dihidupkan, BIOS akan dibaca dan dijalankan untuk mengesan perkakasan-perkakasan asas seperti cakera keras (hardisk), jumlah memori dan jenis pemproses, setelah itu OS pula akan dibaca dan dimasukkan ke dalam memori.

Sistem operasi :

1)    Menyediakan antara muka mesra-pengguna.
2)    Menyediakan kemudahan keselamatan data.
3)    Menggalakkan perkongsian maklumat di kalangan pengguna  / sekumpulan pengguna.
4)    Memainkan peranan sebagai perantaraan di antara pengguna dan perkakasan komputer.
5)    Menjadikan penggunaan komputer mudah digunakan.
6)    Menyediakan pelbagai kemudahan untuk memantau dan membantu pengguna melaksanakan tugas / program mereka.
 
1.2    FUNGSI UTAMA SISTEM OPERASI

1)    Menguruskan proses-proses seperti menjalankan beberapa aplikasi pada satu masa dan menyediakan penjadualan untuk satu/lebih proses untuk dilaksanakan oleh CPU.
2)    Menguruskan pembahagian dan penggunaan memori utama di antara aplikasi.
3)    Menguruskan dan membaca fail-fail di dalam cakera keras.
4)    Menguruskan peranti-peranti input/output seperti kad video, papan kekunci dan tetikus.

1.3    PENGKELASAN SISTEM OPERASI
1.
SATU PENGGUNA (SINGLE USER)
Hanya satu pengguna boleh menggunakan OS tersebut pada satu-satu masa.
2.
MULTI PENGGUNA (MULTI USER)
Membenarkan lebih dari satu pengguna menggunakan OS tersebut.
3.
MULTI PEMPROSES (MULTI PROCESSOR)
Membenarkan pemprosesan dibahagikan kepada lebih daripada satu pemproses.
4.
MULTI TUGAS (MULTI TASKING)
Membenarkan lebih daripada satu program dijalankan serentak.
5.
MULTI BAHAGIAN (MULTI TREADING)
Membenarkan lebih daripada satu bahagian program dijalankan sekali gus.



No comments:

Post a Comment