P
|
ada suatu
pagi,seorang pemuda menghadiri temu duga sebagai pengurus di sebuah
syarikat.Selepas ditemu duga ,pemuda itu lulus semua peringkat pertama.Kemudia
,pihak syarikat memanggil pemuda itu sekali lagi ditemuga dalam pusingan akhir
bersama pengurus syarikat pula.Berpandukan resume yang dibawa bersama surat
permohonan,pengurus besar mendapati pemuda itu mempunyai pencapaiaan akademik
yang cemerlang.
Maka ,soalan pertama pengurus besar bertanya kepada pemuda itu
adalah, “Adakah kamu menerima sebarang biasiswa sepanjang tempoh pengajian?”
Pemuda itu
menjawab, “Tidak ada,tuan.”
Seterusnya,pengurus
besar bertanya lagi, “Adakah ayah kamu
membiayai semua perbelanjaan kamu?”
Pemuda itu
menjawab dengan spontan, “Ayah saya suda lama meninggal dunia,semasa saya
berusia setahun.Ibu sayalah yang membiayai perbelanjaan pengajian saya.”
Pengurus
besar itu bertanya lagi,“Ibu kamu bekerja sebagai apa?”
Lalu pemuda
itu menjawab, “Ibu saya bekerja sebagai pencuci pakaian.”
Mendengar
jawapan pemuda itu,pengurus besar mendapati kedua-dua belah tapak tangan pemuda
itu lembut,licin,dan bersih.
Pengurus
besar bertanya lagi ,“Adakah kamu pernah membantu ibu kamu mencuci pakaian
sebelum ini?”
Si pemuda
menjawab, “Tidak pernah sebab ibu mahu saya membaca lebih banyak buku dan
belajar sahaja.Lagipun,ibu saya mencuci pakaian lebih cepat dari saya,”jawab
pemuda itu.
Mendengar
jawapan pemuda itu ,pengurus besar memintanya mencuci tangan ibunya apabila dia
pulang ke rumah nanti dan datang berjumpa semula dengannya pada keesokan hari.
Mendengar
permintaan pengurus besar ,hati si pemuda berbunga-bunga,meletakkan harapan
yang tinggi bahawa dia akan berjaya mendapat pekerjaan itu.Sebaik tiba
dirumah,pemuda itu melakukan apa yang diminta oleh pengurus besar.Dia memohon kebenaran utk membersikan tangan
ibunya.Perasaan ibunya bercampur baur,antara gembira dan pelik tetapi dengan
rela menghulurkan kedua dua belah tangannya untuk dicuci oleh anaknya.Pemuda
itu pun mencuci tangan ibunya,air mata mula menitis tanpa henti.Inilah kali
pertama pemuda itu melihat tangan ibunya.Kulit tapak tangan ibunya
pecah-pecah,berkuping-kuping,berkedut dan mempunyai kesan lebam dan luka-luka
kecil yang belum sempat sembuh,sehinggakan berkerut-kerut muka ibunya menahan
sakit apabila luka itu disentuh.
Di saat
itu,pemuda menyedari bahawa tangan itulah yang mencuci pakaian setiap hari
untuk membolehkan dia terus belajar,menyuap nasi,dan membayar yuran pengajian
serta yuran aktiviti sekolah dan pusat pengajiannya selama ini.Sebaik selesai
mencuci tangan ibunya,pemuda itu pu
cepat-cepat membantu menghabiskan cucian ibunya yang masih tersisa.Pada
malam itu,si ibu dan anak berbual panjang,meluahkan rasa sedih masin-masing.Ibu
meluahkan penderitaan yang dipendam selama ini kerana dia tidak mahu anaknya
bimbang dan terganggu tumpuan untuk belajar.Si anak pula meluahkan rasa sedih
dan menyesal dengan sikapnya yang tidak prihatin dengan pekerjaan ibu,malah
tidak pernah bertanya dan membantu meringankan pekerjaan ibunya.Si ibu bukan
sahaja teruk bekerja dan tidak pernah mengambil cuti ,tetapi terus bekerja
tanpa menghiraukan tapak tangannya yang luka-luka akibat bahan pencuci yang
digunakan untuk mencuci pakaian.
Pada
keesokan hari,si pemuda kembali ke pejabat pengurus besar seperti yang
diarahkan semalam.Pengurus terus bertanya apa yang dipelajari daripada tugasan
semalam.Dengan linangan air mata,pemuda itu pun menjawab, “Selepas saya mencuci
tangan dan lebihan pakaian yang dibasuh oleh ibu saya,sekarang saya sedar
erti memberi dan besarnya cinta ibu
kepada saya hingga dia sanggup berkorban demi memberikan kemudahan untuk
saya.Kini saya sangat menghargai
pengorbanannya. Saya baru sedar tanpa kerja keras ibu selama ini,saya tidak
akan berada di sini.Dengan membantu mencuci
pakaian yang belum habis dicuci semalam,saya belajar betapa susahnya
untuk mendapat wang sendiri demi menyara hidup.Saya juga mengerti betapa
pentingnya sikap menghargai dan erti
nilai sikap membantu dan prihatin dalam kehidupan bekeluarga.”
“Dengan
pengalaman itu,kamu diterima bekerja disini,”kata pengurus besar .Ini kerana
kami sedang mencari pengurus yang mampu menghargai sikap suka membantu dan
mampu memahami serta menghargai pengorbanan orang lain untuk menyelesaikan
kerja.Ingat , “orang tidak akan bekerja
kerana gaji dan kedudukan semata-mata,” sambungnya lagi.
Sekiranya
ibu bapa terlalu memnjakan anak-anak dan memberikan apa sahaja yang mereka
mahu,secara tidak langsung,kita sudah mendidik mereka bersikap demanding,mementingkan diri,serta tidak
pandai menghargai pengorbanan ibu bapa dan orang-orang yang pernah berjasa
kepada mereka sehingga merek tidak pandai berdikari.Maka ibu bapa perlulah
mengajar anak-anak supaya mereka ada pengalaman secara langsung dengan
memberikan tugasan rumah yang mudah seperti contoh ,ajar anak-anak memotong
rumput di kawasan rumah,mencuci pinggan mangkuk,mengemas bilik,memasak yang
mudah,membantu ke pasar,membuang sampah dan lain –lain yang perlu.Tugas ibu
bapa hanyalah yakin dengan kebolehan anak-anak serta meyakinkan bahawa kesenangan bukan kekal dan ibu bapa tidak akan selamanya bersama mereka.Ajarlah
anak-anak berdikari diusia muda untuk
meneruskan kehidupan.
“Benih yang baik
,jatuh ke laut akan jadi pulau,terlambung ke langit menjadi kejora,dan jatuh ke
daratan menjadi pohon rendang untuk berbuah.”
No comments:
Post a Comment