Monday, 29 August 2016

Menyemai Benih Cinta


P

 ada suatu pagi,seorang pemuda menghadiri temu duga sebagai pengurus di sebuah syarikat.Selepas ditemu duga ,pemuda itu lulus semua peringkat pertama.Kemudia ,pihak syarikat memanggil pemuda itu sekali lagi ditemuga  dalam pusingan akhir bersama pengurus syarikat pula.Berpandukan resume yang dibawa bersama surat permohonan,pengurus besar mendapati pemuda itu mempunyai pencapaiaan akademik yang cemerlang.

Maka ,soalan pertama pengurus besar bertanya kepada pemuda itu adalah, “Adakah kamu menerima sebarang biasiswa sepanjang tempoh pengajian?”

Pemuda itu menjawab, “Tidak ada,tuan.”

Seterusnya,pengurus besar bertanya lagi,  “Adakah ayah kamu membiayai semua perbelanjaan kamu?”

Pemuda itu menjawab dengan spontan, “Ayah saya suda lama meninggal dunia,semasa saya berusia setahun.Ibu sayalah yang membiayai perbelanjaan pengajian saya.”

Pengurus besar itu bertanya lagi,“Ibu kamu bekerja sebagai apa?”

Lalu pemuda itu menjawab, “Ibu saya bekerja sebagai pencuci pakaian.”

Mendengar jawapan pemuda itu,pengurus besar mendapati kedua-dua belah tapak tangan pemuda itu lembut,licin,dan bersih.

Pengurus besar bertanya lagi ,“Adakah kamu pernah membantu ibu kamu mencuci pakaian sebelum ini?”

Si pemuda menjawab, “Tidak pernah sebab ibu mahu saya membaca lebih banyak buku dan belajar sahaja.Lagipun,ibu saya mencuci pakaian lebih cepat dari saya,”jawab pemuda itu.

Mendengar jawapan pemuda itu ,pengurus besar memintanya mencuci tangan ibunya apabila dia pulang ke rumah nanti dan datang berjumpa semula dengannya pada keesokan hari.

Mendengar permintaan pengurus besar ,hati si pemuda berbunga-bunga,meletakkan harapan yang tinggi bahawa dia akan berjaya mendapat pekerjaan itu.Sebaik tiba dirumah,pemuda itu melakukan apa yang diminta oleh pengurus besar.Dia memohon  kebenaran utk membersikan tangan ibunya.Perasaan ibunya bercampur baur,antara gembira dan pelik tetapi dengan rela menghulurkan kedua dua belah tangannya untuk dicuci oleh anaknya.Pemuda itu pun mencuci tangan ibunya,air mata mula menitis tanpa henti.Inilah kali pertama pemuda itu melihat tangan ibunya.Kulit tapak tangan ibunya pecah-pecah,berkuping-kuping,berkedut dan mempunyai kesan lebam dan luka-luka kecil yang belum sempat sembuh,sehinggakan berkerut-kerut muka ibunya menahan sakit apabila luka itu disentuh.

Di saat itu,pemuda menyedari bahawa tangan itulah yang mencuci pakaian setiap hari untuk membolehkan dia terus belajar,menyuap nasi,dan membayar yuran pengajian serta yuran aktiviti sekolah dan pusat pengajiannya selama ini.Sebaik selesai mencuci tangan ibunya,pemuda itu pu  cepat-cepat membantu menghabiskan cucian ibunya yang masih tersisa.Pada malam itu,si ibu dan anak berbual panjang,meluahkan rasa sedih masin-masing.Ibu meluahkan penderitaan yang dipendam selama ini kerana dia tidak mahu anaknya bimbang dan terganggu tumpuan untuk belajar.Si anak pula meluahkan rasa sedih dan menyesal dengan sikapnya yang tidak prihatin dengan pekerjaan ibu,malah tidak pernah bertanya dan membantu meringankan pekerjaan ibunya.Si ibu bukan sahaja teruk bekerja dan tidak pernah mengambil cuti ,tetapi terus bekerja tanpa menghiraukan tapak tangannya yang luka-luka akibat bahan pencuci yang digunakan untuk mencuci pakaian.

Pada keesokan hari,si pemuda kembali ke pejabat pengurus besar seperti yang diarahkan semalam.Pengurus terus bertanya apa yang dipelajari daripada tugasan semalam.Dengan linangan air mata,pemuda itu pun menjawab, “Selepas saya mencuci tangan dan lebihan pakaian yang dibasuh oleh ibu saya,sekarang saya sedar erti  memberi dan besarnya cinta ibu kepada saya hingga dia sanggup berkorban demi memberikan kemudahan untuk saya.Kini saya  sangat menghargai pengorbanannya. Saya baru sedar tanpa kerja keras ibu selama ini,saya tidak akan berada di sini.Dengan membantu mencuci  pakaian yang belum habis dicuci semalam,saya belajar betapa susahnya untuk mendapat wang sendiri demi menyara hidup.Saya juga mengerti betapa pentingnya sikap menghargai  dan erti nilai sikap membantu dan prihatin dalam kehidupan bekeluarga.” 

“Dengan pengalaman itu,kamu diterima bekerja disini,”kata pengurus besar .Ini kerana kami sedang mencari pengurus yang mampu menghargai sikap suka membantu dan mampu memahami serta menghargai pengorbanan orang lain untuk menyelesaikan kerja.Ingat , “orang tidak akan bekerja kerana gaji dan kedudukan semata-mata,” sambungnya lagi.

Sekiranya ibu bapa terlalu memnjakan anak-anak dan memberikan apa sahaja yang mereka mahu,secara tidak langsung,kita sudah mendidik mereka bersikap demanding,mementingkan diri,serta tidak pandai menghargai pengorbanan ibu bapa dan orang-orang yang pernah berjasa kepada mereka sehingga merek tidak pandai berdikari.Maka ibu bapa perlulah mengajar anak-anak supaya mereka ada pengalaman secara langsung dengan memberikan tugasan rumah yang mudah seperti contoh ,ajar anak-anak memotong rumput di kawasan rumah,mencuci pinggan mangkuk,mengemas bilik,memasak yang mudah,membantu ke pasar,membuang sampah dan lain –lain yang perlu.Tugas ibu bapa hanyalah yakin dengan kebolehan anak-anak serta meyakinkan bahawa kesenangan bukan kekal  dan ibu bapa tidak akan selamanya bersama mereka.Ajarlah anak-anak berdikari diusia muda  untuk meneruskan kehidupan.

“Benih yang baik ,jatuh ke laut akan jadi pulau,terlambung ke langit menjadi kejora,dan jatuh ke daratan menjadi pohon rendang untuk berbuah.”

Tuesday, 23 August 2016

Adakah sifat pendiam itu bagus atau tidak?




 Image result for bertih jagung vs tin kosong

Jawapan:

Terus aje lah ye ke jawapan,macam ni kamu yang bersifat itu tak boleh menganggapnya sebagai sifat yang tidak bagus.Zaman sekarang ni  yang paling banyak orang cari adalah orang yang banyak kerjanya daripada yang banyak berkata-kata.

Saya ada sesuatu yang ingin kita renungkan :Kenapa tuhan menciptakan kita dua tangan,dua kaki,dua telinga,dua mata dan hanya menciptakan kita satu mulut?Alasannya ialah kita disuruh jadi seperti diatas supaya kita  banyak bekerja daripada berkata-kata.

Sifat pendiam itu  sifat yang cool .Tapi pendiam itu tergantung pada keadaan-keadaan  tertentu jika  kamu bijak mempergunakan situasi itu.Saat guru/pensyarah sedang mengajar,saat melawat orang sakit/meninggal.Saat di dalam masjid ,yang memang disunatkan untuk memperbanyakkan diam daripada berkata-kata,maksudnya disini untuk berzikir.

Pendiam bukanlah mereka ini autis ,ertinya tidak ada hendak dibualkan/dibincangkan tapi orang yang pendiam ni  walaupun diam bukan bererti otaknya pun turut diam,tak, otak orang pendiam ni berfikir   5x lebih banyak dari orang kebanyakan.

Sifat dan karakter orang orang yang pendiam:

1.Betul betul jarang berbual ,baginya penat dan membuang air liurnya,perkataannya hanya yang penting sahaja.

2. Orang yang tabah namun kurang sabar

3. Tidak suka berdebat,dan tergolong orang yang mengalah

4. Urusan cinta?,ma'af! Tak akan anda ketahui dari orang orang type ini,walaupun anda sudah ribuan tahun satu atap dengannya.(Ho oH. ..:)

5. Kehidupan tertutup untuk umum,mereka berjalan seolah olah di kiri dan kanannya tidak ada orang.kadang pandangannya lurus,kadang menunduk.

6. Suka berbicara dengan dirinya sendiri.

7. Tidak iri hati,tidak dengki.Orang nak pesawat ke,nak ke bulan ke,makan aiskrim magnum gold ke,tetap je acuh tak acuh,ade aku kesah, itulah wataknya?

8. Jika ia senyum atau tertawa,tidak pernah di buat buat.

9. Tidak pandai berbasa basi,suka menyimpan rahsia

10.Orang pendiam sangat mencintai dan menyayangi keluarganya

11.Seorang pendengar yang baik .Sangat mengamati hal hal-hal kecil dilingkungan persekitaran.Dia dapat menjdai sosok yang mendengar dengan baik terhadap orang-orang yang berkeluh kesah dengannya.






Dan saya pun termasuk jenis golongan orang yang sifatnya PENDIAM!
Pendiam bukan bererti  BODOH tak de perasaan langsung tau,Bro!
K Bai.Nanti kau tahu sendiri.